Lancarkan Penghadaman Dan Jaga Kecantikan dengan Dried Apple Flower Tea
Hari hari melawas selepas minum dried apple tea flower ni tau! Memang lancar penghadaman. Semua natural tea mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi Dried apple flower tea ni dia lebih kepada lancarkan penghadaman dan lebih menjaga kecantikkan kulit.
Bau Dried Apple Flower tea
Sekali bukak penutup bekas dried apple flower tea, menusuk bau segar dried apple flower tu. Macam aromateraphy pulak. Wangi sangat! Bila rendam dengan air panas tu lagilah wangi harum semerbak!
Rasa Dried Apple Flower Tea
Bila dihidangkan kosong dengan hanya rendaman dried apple flower tea tu rasanya masih boleh diterima tekak sebab rasanya bercampur manis kelat tu. Pahit tu adalah rasa sikit² hujung² gitu tapi tak terlalu kuat. Mesti lagi sedap dicampur dengan gula batu, stevia ataupun madu.
Masukkan 1 sudu kecil dried apple flower ke dalam 250ml air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum. Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah stevia, madu atau gula batu ke dalam minuman
Kesan Pengambilan Dried Apple Flower Tea
Kebiasaanya Fiza minum natural tea ni mesti akan memberikan kesan penghadaman dan perlawasan yang baik. Kalau tiap² hari minum, mesti tiap² hari membuang jugak. Tapi minum apple flower tea ni memang lawas habis. Kalau perut memulas mulas tu dah jadi kesan yang biasa dah. Kalau yang ada masalah sembelit tu boleh minum dried apple flower tea ni. Memang bersih dalam perut ni. Ringan pun ringan. Makan banyak sikit pun takde hal lah kot.
Dalam masa yang sama dried apple flower tea ni memberikan kesan sampingan pada kulit dengan mencantikkan kulit meringankan pigmentasi katanya. Buat masa ni Fiza belum nampak lagi kesan tu, mungkin sebab kesannya ambil masa sikit kot. Kena orang lain tengok baru perasan kan. Kita hari hari tengok mungkin kurang perasan.
Khasiat Dried Apple Flower Tea
Melancarkan penghadaman
Membantu masalah jerawat dan jeragat
Bagus untuk kecantikkan kulit
Membantu penurunan berat badan
Boleh dinikmati bersama rose bud tea
Mempunyai rasa yang segar dan manis.
Ia baik untuk kulit
meningkatkan pencernaan
menghilangkan lebihan lemak
meringankan pigmentasi
Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan
Penafian : Produk Ini tidak bertujuan untuk merawat, mengubati atau mengdiagnos sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan
TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK
Harga Dried Apple Flower Tea Murah dan Berpatutan
Dried Apple Flower 40g RM15.00
Semasa buat tempahan, berikan code Blog Sihatimerahjambu ye. Selain dried apple flower tea, ada dried lavender tea, dried roselle tea dan dried rose bud tea. Nak jimat boleh beli satu pakej terus. Jimat kos pos! Nantikan review seterusnya okay!

great
ReplyDeleteoooo...tak elok utk wanita menyusukan anak ye..huu...
ReplyDeletewahhh bestnya... cuma kak Alycia tak tau kesan bagi ibu menyusu kalau minum tea2 jenis mcm ni...
ReplyDeleteharap2 menang nanti dried flower ni
ReplyDelete