Pelamin Simple

Sunday, November 15, 2015

Kalaulah dapat di putarkan balik masa kahwin dulu memang semuanya Fiza nak pilih yang lebih bagus dan pilih yang lebih baik dan lebih memuaskan hati. Dah banyak kita dengar kes yang tak puas hati dengan mak andam, baju kahwin dan sebagainya. Sebagai pengantin dah tentu kita kecewa sangat jika sesuatu yang kita harapkan menjadi kenyataan telah dimusnahkan oleh mak andam.

Apa gunanya kita bayar tapi tak seperti yang kita bayar? Paling Fiza tak puas hati masa kahwin dulu baju kahwin. Dua dua majlis tak menepati apa yang Fiza nak. dengan sizenya tak sama dengan designnya lari.. aduh aduhh.. Sampai waktu dah last minit nak tak nak terpaksa jugak sarung. Sedih dan kecewa masa tu tak dapat nak cakap apa. Redha~

Pelamin pun salah satunya. Tak seperti yang di minta. Nak buat macamana kan. Kalau boleh Fiza nak buat semula dan pilih yang lebih bagus buat kerja.  Zaman sekarang ni Fiza rasa lebih elok kalau DIY je. Senang tak perlu sakit hati dengan mereka yang buat kerja hanya kerana duit bukan kepuasan pelanggan.

Kalau buat pelamin simple macam ni pun Fiza rasa dah cukup cantik, cukup simple, cukup meriah. Susun bunga sikit² dan letak lampu. Kalau keluar bajet sikit pun berbaloi sebab lepas tu boleh guna semula lampu dan bunga tu buat perhiasan. Takpun boleh buat sewa.

http://www.azhafizah.com/

Kalau nak cerita pasal persiapan kahwin dan cerita dengan mak andam memang boleh buat sedih. Dari segi pelamin, baju kahwin, kek kahwin..semua masalah. Nak kata Fiza tak bayar..Fiza bayar on time. Sudahnya perkhidmatan mengecewakan..Sedih kan?

Pada yang buat kerja bagus tu okaylah. Tapi yang sebaliknya memang tak baik buat perkahwinan orang macam tu. Dahlah duit habis untuk kahwin tapi tak dapat yang macam kita tak? Janji ntah ke mana kan. Itu yang buat rosak majlis jadi kenangan tak berapa manis pulak. Spoil mood kahwin. Untuk mereka yang bakal kahwin pilihlah mereka yang bagus buat kerja buat semata mata kerana duit.


4 comments

  1. cantik...

    bw sini..

    http://macammacamcite.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Ena suka pelamin yang simple tapi nampak kemas dan gah... Apapun suka tgok gambar kahwin akk.. Cantik giler kak fiza

    ReplyDelete
  3. kawin bak kata org skali seumur idup.
    sedih la kalau jadik gitu, fiza.
    tak seperti yg kita nak kan.
    impian aida utk anak2 aida nanti, pelamin yg simple tapi nampak elegan.
    tak moh la byk sgt aksesori mcm dedulu kala...

    ReplyDelete
  4. betul. nikah kawen sekali dalam seumur hidup. bagi kita. bagi orang lain, mungkin ada dua atau tiga. tapi, bila part kita. kenalah nak yang the best kan A'a. tak pe A'a. lepas ni, mungkin rezeki A'a kot nak membantu bakal-bakal pengantin maybe? :) mana tahu kan. A'a kan kreatif :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.