NYX Soft Matte Lip Cream : Stockholm

Monday, November 30, 2015

Bila dah banyak stok lipstick warna terang dan gelap. Haruslah kena ada tona warna yang slow sikit. So bolehlah pakai ikut kesesuaian kan. Dalam banyak² code warna nude colour, Fiza pilih NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC) 02 Stockholm.

Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.
Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.
Warna stockholm ni tak terlalu slow dan tak terlalu terang. Kira yang sedang sedang je. Kalau slow sangat nampak pucat pulak. Tapi ada je yang suka warna yang tak berapa nak nampak. Ikut taste masing masing. Sesuai tak sesuai jatuh nombor dua..boleh?

Untuk pembelian

Instagram : @nyxbeautycosmetic

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.