NYX Soft Matte Lip Cream : Copenhagen

Friday, November 27, 2015

Satu lagi NYX SLMC kesukaan Fiza yang biasa Fiza pakai, NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC) 20 Copenhagen. Warna ni terlajak laris juga jualan dia. Nasiblah masa Fiza beli tu ada stok yang Fiza nak. Kalau tak memang selagi tu lah tak beli².

Pastikan beli yang original ye. Kalau yang bukan original, agak berbeza dia punya hasil olesan lipstick ni dan mungkin akan mendatangkan kesan yang tak elok pada bibir. Biar beli mahal sikit asalkan original dan berkualiti. Baru puas hati gitu nak pakai.
http://www.azhafizah.com/
Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.
Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.
Kalau NYX SLMC21 Transylvania warnanya ala ala purple gelap, NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC)20 Copenhagen ni gelap juga warnanya tapi lebih terang. Nampak macam ala ala dekat nak sama sebab beza 1 code je. Cantik warna dia. Memang suka sangat pakai.
http://www.azhafizah.com/

Untuk pembelian

Instagram : @nyxbeautycosmetic

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.