THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser

Monday, November 23, 2015

Sebelum ni guna pencuci muka Bioglo Aloe Vera dari Cosway. Memang bagus untuk kulit. Tapinya pencuci muka tu jenis takde buih. Macam tak syok nak mencuci muka. Sudahnya tunggu dekat nak habis, baru survey pencuci muka yang lebih menepati citarasa.

Fiza lebih prefer yang jenis botol, liquid, berbuih, jenis picit atau tekan dan lebih kepada natural basis. Mudah bawak travel. Yang penting sesuai dengan jenis kulit. Lagipun jenis Tea Tree memang bagus kan untuk kulit berjerawat dan berminyak.

Prone to blemishes, blackheads and oily skin? Tea tree is nature’s alternative to harsh ingredients, with Community Fair Trade organic tea tree oil, clinically proven to give clearer skin from one week. The range also uses tamanu oil extract which is reputed to help generate new tissue and improve the healing process for skin. So say goodbye to shine and hello to clear skin!
The Body Shop® difference: When the seasons change, so can your skin — and sometimes not for the better. Our new Tea Tree range with a triple blend of natural active ingredients — Community Trade tea tree oil, lemon tea tree, and tamanu oil — work together to keep skin clear by helping to prevent blemishes and blackheads, and controlling excess oil. No matter what kind of climate you live in, using our Tea Tree range as your daily skin care regime will help combat existing blemishes, prevent future breakouts, and control oil and shine all year long.-The Body Shop
Plan nak beli pencuci muka SKII atau Mary Kay tapi macam over bajet pulak. So kira kira bajet survey beli THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser je la. Dalam banyak banyak jenis cleanser body shop, Fiza lebih suka jenis foaming ni. Lagipun  Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser memang dirumus khas untuk kulit berjerawat.

http://www.azhafizah.com/

Husband pun boleh guna sekali. Jimatlah untuk dua orang gunakan.
http://www.azhafizah.com/

Apa yang menarik tentang THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser

Pencuci muka jenis liquid, bila di picit akan automatic bertukar menjadi foaming(buih) tanpa perlu gosok²dah keluar buih dah. Boleh menanggalkan make up dan kotoran kat muka secara berkesan. Kesan paling best macam mencuci muka tu, dia berikan kesan yang fresh berangin ala ala mint gitu. 

Cara menggunakan THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser

1. Basahkan muka dengan air bersih. 
2. Picit pencuci muka dan kemudian urut/cuci pada muka dan leher dengan jari. 
3. Bersihkan dengan air dan lap kering.

Harga RM55. Kalau beli online tambah duit pos lah macam biasa melainkan kalau free postage. Ni husband belikan kat The Body Shop store terus senang kan. Dan kalau CIMB Card holder CC dapat diskaun 10%! So jimatlah dalam RM5.50 camtu. Total RM49.50
http://www.azhafizah.com/

Expired 12 months selepas dibuka. Boleh baca entry tips expired make up dari blogger Innanie Ariffin.
http://www.azhafizah.com/
Kita tengok berapa lama tahan pencuci muka ni. Kalau kesan bagus, okaylah boleh beli lagi.

6 comments

  1. tak masuk2x lagi pun kedai Body Shop ni. Tapi setahu eiqa kalau yg kurang foam tu yg lg okay sebenarnya, tapi ada betul jugak xde foam macam x syiokk. Hahhaa sebab eiqa pun macam tu. kihkihh

    ReplyDelete
  2. pernah try guna Hada Labo tak? Ok jgk. Packaging dia pon dalam botol and ade dua jenis..yang biasa and Foam type mcm yg Fiza suka.

    ReplyDelete
  3. body shop ni akak suka pakai perfume dia jer

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.