Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014

Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014 Edisi ke-6 akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang dianjurkan oleh Qistina Avenue dan di taja oleh Mydream Wedding dan EDM Events Photography dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Cuti Cuti 1 Malaysia. Malaysia Wedding Festival (MEFA) atau lebih mudahnya kita kata "pameran pengantin" sangat membantu bakal bakal pengantin dalam menyediakan persiapan untuk hari perkahwinan mereka.

pameran pengantin

Malaysia Wedding Festival (MEFA) antara festival perkahwinan yang terbesar di Malaysia kerana mengumpulkan lebih 70 vendor di dalam satu bumbung dan antara vendor yang terlibat adalah seperti vendor katering, pelamin, baju pengantin, mak andam, videographer, photographer dan wedding planner dari serata Malaysia terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Lengkap persiapan yang disediakan untuk bakal pengantin.


Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan dalam pameran pengantin ni, antaranya ialah korang berpeluang mendapat hadiah berminat RM15,000, Ada pertunjukan busana pengantin, Pencarian model inspirasi perkahwinan 2014, Promosi harga pakej perkahwinan 2014, cabutan bertuah, pertandingan make up artist dan juga persembahan pentas. Setiap tempahan pakej yang dibuat ketika MEFA berlansung akan layak untuk cabutan pertuah.


Masa pameran pengantin ni confirm korang rambang mata tengok pelbagai busana pengantin dan pelamin yang cantik-cantik. Semuanya yang terkini okay! Dan juga korang kena bijak memilih ikut citarasa dan juga budget. Nak kahwin ni mesti nak pilih yang terbaik kan. Semua vendor dalam MEFA ni adalah terbaik untuk pilihan korang. So jangan lepaskan peluang yang ada. Boleh tengok MEFA highlight tahun lepas. Amek feel untuk 2014 ni pulak. Meriah betul.





Bakal bakal pengantin jangan lupa temujanji bersama dengan MEFA ye. Masuk adalah PERCUMA. Yang lain juga di jemput sekali memeriahkan suasana. 


Tarikh : 2-4 Mei 2014 ( Jumaat-Ahad)
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC)
Masa : 10 pagi- 10 malam

Untuk maklumat lanjut dan terkini :
Website : www.mefa.my
Instagram : MEFAPENGANTIN 
Fanpage : https://www.facebook.com/mefaevent
Twitter : MEFAEVENT 
Email : sales@mefa.my
Phone No: 012 387 1775 / 018 282 5535 

Notapink : Dulu masa nak kahwin memang excited pergi pameran pengantin. Ini cantik itu cantik, ini best itu best. Banyak betul pilihan. Jangan lupa ambil segala flyers, maklumat dan contact number untuk rujukan akan datang ye.


8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.