Kepentingan Asid Folik untuk Kesuburan dan Kehamilan.


Kepentingan Asid Folik untuk Kesuburan dan Kehamilan | Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin pastinya nak anak sebagai penyeri dan penyambung zuriat kan. Anugerah dari Allah dan harta yang sangat bernilai. Tapi anak adalah rezeki dari Allah. Kalau belum ada rezeki anak Allah nak bagi kita kena bersabar.

Dalam masa tu kena jugak usaha dan doa. Sebagai langkah persediaan dan usaha untuk hamil, merancang untuk hamil perlunya mengambil asid folik. Ketahui kepentingan asid folik.

Apakah Asid Folik

Asid Folik atau folate dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting untuk membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak dalam sel. So, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Kalau si ibu kekurangan asid folik kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Kepentingan Asid Folik

  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang [neural tube defect] seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang [spinal bifida]
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah [anemia]. 
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi seperti Sumbing lelangit (cleft palate), Kecacatan pada jantung (congenital heart disease), Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Siapa yang perlukan Asid folik

  • Asid folik diperlukan oleh semua wanita yang berumur 14 - 44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Waktu Pengambilan Asid Folik

Untuk wanita yang merancang untuk hamil, ambil asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Untuk wanita yang telah hamil pula, dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. 

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Dos Asid Folik yang diperlukan.

  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

Kepentingan Asid folik untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita

Asid Folik dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di tanam ke dalam rahim. 

Sumber Makanan yang mengandungi Asid Folik

  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Supplement yang mengandungi Asid Folik

Shaklee menyediakan dua produk yang mengandungi asid folik iaitu B Complex dan Vita Lea. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita.


B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.

Kepentingan B Complex.

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kepentingan Vita-Lea (Multivitamin & Multimineral) 

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Asid Folik larut dalam air. Kalau kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing. So,tak salah kalau nak ambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha Allah yang menentukan. Mudah mudahan ada rezeki.Aminnn

Untuk dapatkan supplement ni boleh contact Fiza atau ade sesiapa nak jana pendapatan di rumah dengan business Shaklee Fiza boleh bantu. :)



Blog : shaklycious.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/shaklycious

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

23 comments:

  1. eka dah start makan acid folik dah hehehe.

    Fiza makan tak?

    ReplyDelete
  2. Salam fizah..akak makan dulu pastu stop..pasni insyaallah nak makan balik lah..fizah sihat? lama kak intan x singgah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yanggg, betul! better amik acid folic sebelum disahkan mengandung. bagus untuk menguatkan rahim dalam persediaan menerima zuriat. heee sheila consume acid folic biasa je before this. lepas dah pregnant baru consume shaklee ~~~

    ReplyDelete
  4. @Cik Puan Eka
    Baguslah Eka, Fiza start makan next month sbb skang tgh consume some pills dari doktor :)

    ReplyDelete
  5. @intanfirdaus247
    Alhamdulillah sihat kak..Fiza pun lama tak singgah blog akak..sorry ye kak..

    ReplyDelete
  6. akak makan acid folic time mengandung dulu je Fiza..
    skrg bila rasa diri dah tua2 ni kena ambik jugak acid folic utk badan..

    ReplyDelete
  7. @Sheila Salim
    itulah kan sheila..tengah² nak consume la ni..mudah mudahan berhasil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, doa dan berusaha ye fiza.. sheila doakan semoga dipermudahkan urusan kalian berdua ~~~

      Delete
  8. @Liza Licha
    memang penting especially untuk perempuan :)

    ReplyDelete
  9. yup, nk pregnen kena start mkn asid foliq dr awal..

    ReplyDelete
  10. bagusnye fiza, inshallah kalo2 lah shida nk consume blh la kite bdua eh eh hehee :)

    tp dah kawen nnt kalo de pape mslah blh refer fiza :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.