November Rain

Tuesday, November 01, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Sebut je bulan November mesti nak dikaitkan dengan lagu november rain Guns N' Roses tu kan sebab tu pilih tajuk 'November  Rain'. Kebetulan pula hujung bulan Oktober musim hujan je. Hari ni pun masuk 1 November mendung je macam nak hujan. Memang kenalah dengan november rain.

Jauh sudah perjalanan tahun 2016 yang di rasakan sekejap je berlalu. Sebulan lebih je lagi nak masuk tahun 2017. Banyak lagi yang belum tercapai untuk 2016 ni. Apa yang bestnya bulan November ni dah tentunya bulan yang di nanti budak-budak sekolah sebab tak sabar nak bercuti lama kan sebelum masuk penggal persekolahan tahun depan. Jadinya, ramailah parents dah plan untuk bercuti bulan ni.

Apa yang tak bestnya bulan November ni harga petrol naik dan harga minyak masak juga naik. Kena belajar-belajar makan makanan rebus lah ye? Macamana dengan kedai makan? Mesti tak terkata dengan kenaikan harga ni. Confirm makanan pun akan jadi mahal lepas ni. Ke? Bertabahlah. Nak mengeluh pun tak membuatkan harga turun. Sedih pedih.



Untuk bulan November ni masih takde plan lagi. Plan masih kosong tapi yang pasti tetap akan sibuk seperti biasa. =__='
With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. tak kisah kalau barangan tu naik..tapi gaji kenalah naik jugak..baru adil..ni barangan naik,tapi gaji tetap tang tu jugak..sakit hati..haha

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah sini.. sedih betul tengok kenaikan harga minyak masak.. naiknya berganda2..hurmm sedih! ...november rain..well everday hujan je sekarang..malam tadi hujannya sampai ke pagi ni..alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Akak masuk bulan ni terus buat kira2 buat plan cuti2..sebab dah berapa minggu je lagi budak2 cuti..memang kena plan awal2..lagi2 musim hujan tak banyak tempat pilihan boleh pi...kena banyak menggoogle..

    ReplyDelete
  4. Minyak naik...Orang pon naik minyak laaa huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.