D.I.Y Bunga Pahar

Thursday, November 03, 2016


Majlisnya lambat lagi bulan Februari tahun depan tapi disebabkan tak suka nak kelam kabut, lebih baik siapkan awal. Nanti nak buat kerja lain pun senang hati sikit kan. Kalau tak, asyik dok fikir bila nak buat bila nak siap. Yang tak siapnya cuma nak letakkan telur je dan ada beberapa bunga telur yang tak ber riben lagi. Riben pulak habis. Status masih tak siap sepenuhnya lagi la ni.

Bunga pahar ni untuk majlis kahwin adik ipar. Dah diberi tugas oleh Mak mertua kenalah buat. Bukan susah mana pun sebab sebelum ni pun majlis sendiri kami berdua laki bini pun DIY je bunga pahar ni. Mudah, jimat dan lebih puas hati. Kalau di kira beli yang ready made pun agak mahal sikitlah kan. Tapi kalau ada bajet lebih dan sibuk sangat nak buat, beli je yang dah siap. Lega bila dah siap bunga pahar ni. Opss warnanya kena di rahsiakan lah dulu. 



Harga setiap barang yang diperlukan
Paper Crepe =RM7.90 (10pcs). Fiza beli 2 packs untuk gabungkan 2 warna sekuntum bunga
Dawai =RM3.90 (700pcs)
Riben =RM3.90 x 2 rolls
Jaring Telur = RM8.90 (100pcs)
Pelilit gam kat lidi =RM3.00 (2 rolls)
Lidi Fiza tak beli sebab guna baki yang Fiza beli masa majlis Fiza dulu.

Untuk kesemua ni dapat buat 100 bunga paper crepe ni. Bakal pengantin yang nak jimat dan ada masa nak buat tu bolehlah cuba DIY bunga telur untuk bunga pahar ni.

Lepas ni simpan dulu bunga telur ni dalam kotak ye. Saja letakkan kat pahar tu sebab untuk ambil gambar bila dah siap. Kalau letak gitu sampai majlis tak bertutup memang berhabuk jawabnya. 

KLIK SINI UNTUK TUTORIAL DIY BUNGA PAHAR DARI PAPER CREPE

3 comments

  1. awal sgt tu gubah bunga pahar..klu tak disimpan elok2 bedebu jgk bunga2 tu

    ReplyDelete
  2. saje test cucuk kat situ kak nak tengok hasilnya. Lepas ni memang masuk kotak la dulu :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.