Rumah Kecil Tapi Dekorasi Macam Rumah Mewah

Wednesday, November 23, 2016


Morning! Mendung pagi ni rasa nak sambung tidur je kan tapi tak boleh sebab kalau sambung tidur satu kerja pun tak siap nanti. Pagi-pagi ni terpandang pulak gambar dekorasi rumah kecil yang dekorasi nya macam rumah mewah gitu. Rumah takdelah rumah kecil sangat. Rumah teres dua tingkat kira besar juga tu kan.

Tersuka dengan dekorasi minimalist dalam rumah ni yang dikongsikan di facebook oleh Oh! Media. Sekali tuan punya rumah ni renovate rumah dia terus jadi wow sangat! Yang tengok ni pun terus nak cakap wow sekali. Kalau tengok dari luaran rumah, boleh assume yang tuan rumah ni memang jenis berbajet lebih.


Walaupun rumah teres dua tingkat ni tak mempunyai laman yang luas tapi Fiza berkenan betul kalau rumah ada landskap kolam ikan yang comel ni. Teringin nak ada satu! Tunggu bajet lebih dan ada rumah besar sikit haruslah ada nanti. Husband pun suka dengan koi tu ha.

Perabot dan keseleuruhan dalam rumah menggunakan design yang sangat style dan nampak mewah. Lantai, pintu, design ruang tamu..Semua cantik! 


Suka juga jenis tangga macam ni.  Lampu sangat memainkan peranan yang penting.


Terjatuh cinta dengan design bilikt tidur ni. Simple tapi menarik sangat.

Dilengkapi dengan TV. Ni yang nak memerap dalam bilik je kan.

Dekorasi bilik air yang cantik. Lagi sekali teringin nak ada bilik air yang luas macam ni. Ada bilik air kering dan basah di asingkan.


Teringin juga nak ada tab mandi. Sesekali kalau musim panas, berendam je dalam air nak sejukkan badan.  

Toilet dia Kemain mewah luasnnya.

Bilik tidur kedua pula design minimal juga. Cantik style katil macam ni kan.


Bilik air yang putih bersih. Style pintu pun unik.

Jatuh cinta sekali lagi dengan dapur dia yang simple ni. Siap ada tempat untuk tanam apa yang patut. Ni kalau tanam segala serai, cili api, sawi dan macam-macam lagi senang nak masak main petik je. Segar dari ladang kaedahnya.


Menarik dapur ada island kitchen. 

Ruang makan yang sangat-sangat menarik. Nak makan pun rasa best


Beruntung tuan rumah yang memiliki dekorasi rumah kecil seperti rumah mewah ni kan. Nak keluar rumah pun rasa bersalah nak tinggalkan segala pemandangan rumah yang cantik macam ni. Kalau korang ada bajet lebih yang nak pindah rumah baru tu boleh jadikan rumah ni sebagai sumber inspirasi untuk mendeko nanti. 

9 comments

  1. tgk design rumah dah tau dah banyak modal nak kena keluar nie

    ReplyDelete
  2. memang cantik dia upah arkitek dan interior designer kot kan .... nampak mcm mewah sgt dan mcm gaya rumah banglo tp teres je

    ReplyDelete
  3. cantik sgt !! mcm condo daa OMG!
    P/S : jln2 smbil follow :)

    ReplyDelete
  4. Ha ah, cantikkk betul..bestnya bajet besarr, rumah kecik pun bolehh da... barang kena kurang lah cmnii... ehhe~

    ReplyDelete
  5. cantiknya..

    jemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl yang cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. wowwwww.. akak pun terpegun tgk.. yes betul, nampak mewah id ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.