Responsive Ad Slot

Slider

Tempat Photoshoot Menarik Di Segamat

kamiorang gigih la pergi Kuari Simpang Jabi, Segamat ni sebab nak ambil gambar punya pasal. Ye lah, kat sini antara tempat menarik menarik dan favourite photographer Segamat untuk photoshoot

Lepas menjamu selera di Aslan Thai Tom Yam tu kamiorang gigih la pergi Kuari Simpang Jabi, Segamat ni sebab nak ambil gambar punya pasal. Ye lah, kat sini antara tempat menarik menarik dan favourite photographer Segamat untuk photoshoot gambar kahwin. Tengok ramai pulak pengantin yang ber photoshoot kat sini. Fiza ni nama je orang Segamat tapi tak semua tempat tahu. Almaklumlah sekolah dan belajar sana sini luar dari Segamat. Memang tak sempat explore tempat sendiri.

Kebetulan terajin nak explore. Anak buah pulak memang dok Segamat dan dekat je dengan rumah dorang. Jadi, gigih lah kamiorang pergi Kuari ni. Tempat ni sebenarnya agak tersembunyi dan tak ramai tahu. Dan sebenarnya dilarang masuk. Tapi kami ikut laluan yang sedia ada je la. Kat situ memang dah ada laluan mungkin sebab dah ramai yang masuk kat sini untuk ambil gambar.

Masa kitaorang datang tu sampai-sampai je dah hujan, lepas tu makin hujan lebat pulak. Dari jalan besar nak sampai ke sini kena jalan kaki dalam 5 minit macam tu. Kereta parking kat jalan luar. Dalam 5 minit perjalanan pun dah lencun. Belum sampai kat kuari ni dah basah sikit. Alang-alang dah sampai, teruskan juga perjalananan cuma tak sempat nak explore kawasan yang besar ni. Nampak je pemandangan ni terus je snap snap snap. Tak sempat nak ambil gambar banyak sebab hujan dah lebat. Takde rezeki nak explore lebih. Ini je mampu. 



Yang penting muka bahagia dapat sampai sini. Next time balik kampung harus kena jejak sini lagi. Nanti belanja gambar pemandangan yang cantik kat sini okay!

Direction untuk ke sini 
Masuk simpang bumbun , terus je sebelum corner tajam kekanan , ada jalan kecik belakang kedai uncle cina , masuk situ terus jeee. Terus sahaja yaa sampai jumpa papan tanda warna kuning tulis tokong cina kot . Haa parking , keluar kereta dan masuk jalan kaki

8
( Hide )
  1. senang la photographer cari tempat photoshoot nanti..lama dah tak balik segamat .banyak tempat tak tau..hehe

    ReplyDelete
  2. semangat berhujan semata nak ambik gambo.. tetiba terbayang kalau pengantin yg photoshoot kat situ dalam hujan.. kesian.. cair mekap

    ReplyDelete
  3. ada dlm waze / google map x kuari nih?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu