Resipi Roti Arang @ Charcoal Bread

Tuesday, November 08, 2016


Morning! Pagi ni terjumpa pulak Resipi Roti Arang @ Charcoal Bread yang dikongsikan di facebook resepi dari Amanda Rania Zafreen. Haruslah kena kongsikan kat blog senang nak mencari nanti kalau terajin nak buat. Setakat ni masih failed lagi nak meroti. Tengoklah nanti  akak cuba ye.

Walaupun rupanya hitam tapi roti arang ni dikatakan baik untuk kesihatan dan antioksidan menggunakan serbuk arang (charcoal bamboo powder) yang boleh di dapati di kedai bahan-bahan kuih dan kek. bukan dari arang kayu biasa tu ye. Kalau tak, lain pulak jadinya nanti. Roti Arang ni boleh dijadikan roti sandwich, roti burger dan lain-lain. Teringin betul rasa nak mencuba rasa roti arang ni. Rupa je hitam tapi mesti sedap ni kan.





Kalau korang rajin tu boleh lah mencuba Resipi Roti Arang @ Charcoal Bread ni.

Bahan-bahan Roti Arang @ Charcoal Bread

- 1kg tepung roti (high protein)
- 70gm gula
- 30gm tepung susu
- 20gm yis
- 10gm bread improver
- 10gm garam
- 50gm mentega
- 30gm serbuk charcoal bamboo 
- 50ml air sejuk.

Cara- Cara Buat Roti Arang @ Charcoal Bread

1. Gaul semua bahan-bahan kering.
2. Masukkan mentega dan gaul sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan elastik.(guna mixer).
4. Rehatkan dan bahagi adunan mengikut sukatan acuan. Adunan ni boleh dpt 4 buku roti. Acuan 7x4. Kalau nak buat adunan bulat-bulat macam bentuk roti burger pun boleh.
5. Dah siap bahagi doh, rehat sehingga kembang saiz berganda.
6. Bakar 180° utk 25minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing. Siap!
Kredit Resepi dan foto: Amanda Rania Zafreen

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.