Coral Flyer Zipline Terpanjang di Dunia

Kecemburuan tengok mereka yang bercuti-cuti ni. Tak kisahlah dalam negara atau luar negara. Nampak je tempat best mesti letak dalam wishlist tempat tempat menarik untuk bercuti. Salah satunya nak mencuba coral flyer zipline terpanjang di dunia kalau bercuti di Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah.

Laluan zipline dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi yang membolehkan kita melihat keindahan coral dari pandangan atas. Mesti menarik dan merupakan pengalaman terindah kalau tengok secara live dan merasakan pengalaman sendiri kan.


Fiza ni memang suka buat aktiviti yang mencabar. Fuhh..nasib juga kurang gayat sikit. Bolehlah mencuba kalau ada peluang dan rezeki bercuti di Sabah akan datang. Kenalah menabung dari sekarang sebab sabah terlalu banyak pulau dan tempat menarik untuk explore. Haruslah kena bercuti lama sikit kan. Setakat 3 hari 2 malam macam tak cukup je. Hihi


Apa yang menakutkan Fiza kalau tiba-tiba terhenti kat tengah-tengah. Boleh buat nangis sekejap sementara tunggu penyelamat datang. Tetiba terfikir risiko macam tu kan. Memang otak fiza ni suka fikir risiko sebaliknya. Risau juga dalam bergembira berlaku sebaliknya kan. Moga dijauhkan la dengan perkara-perkara yang tak elok.


Macam excited tengok gambar-gambar dorang mencuba zipline ni. Kalau sendiri yang mengalaminya entah nak rasa takut atau gembira ntah. 


Kalau dah dapat melihat keindahan pulau dan laut yang cantik ni, terus lupa segala takut. Betul tak?


Yang nak bercuti ke Sabah tu boleh letak ni dalam wishlist percutian korang ye.

Kredit foto dan info : FB Cempedak Cheese

4 comments:

  1. Bestnyaaaaa.

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. fiza buat ke zipline tu?hahaha kalau buat afzal mmg tabik spring la haha :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.