Tempahan Design Blog Siti Eva

Friday, November 04, 2016


Salam jumaat. Masih lagi diberi kesempatan buat tempahan design blog untuk Siti Eva yang dah siap sepenuhya beberapa hari lepas. Kali ni rajin sikit Fiza update portfolio cepat sikit sebab adalah juga idea untuk update blog kan. Kalau tak, sunyi je tanpa update.

Cabaran untuk design full template blog adalah perlu memuaskan hati customer dengan sebaik mungkin. Ye lah kan, citarasa designer dan customer berbeza. Syukur berjumpa dengan customer yang tak banyak ragam dan faham tugas kita. Nak re edit pun okay je. Tema blog Eva warna gold dan ala-ala template yang Fiza pernah design sebelum ni. Cuma setiap design tu Fiza buat kelainan lah sikit. Kalau sama terus macam tak best lah kan. Sama tapi tak serupa.



Kalau nak tengok full view, korang kena singgah ke Blog Eva ye.

www.evaaman.blogspot.my

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.