Nescafe White Coffee Rasa Pandan

Tuesday, November 29, 2016

Selamat pagi! Huarghhh..Rasa tak nak bangun pagi ni masih mengantok di pagi hari yang mendung setelah hujan lebat yang lama malam tadi. Mandi subuh pagi tadi air sejuk semacam je. Ketap gigi mengigil tahan sejuk air paip. Nasib ada water heater menyelamatkan keadaan. Kalau tak, setiap pagi nak kena berdrama berperang dalam bilik air dengan air sejuk.

Pagi yang sejuk ni memang syok sangat bila dapat air kopi panas yang umphhh. Betul-betul boleh buat rasa tenang jiwa dan raga menahan sejuk. Rezeki dapat merasa nescafe white coffee rasa pandan ni dari Parcel Of Joy Lazada yang Fiza dapat minggu lepas. Memang seronok dapat 1 canister nescafe white coffee ni yang mengandungi 8 sachets.

Apa yang buatkan Fiza tak sabar nak rasa ialah rasa pandan ni yang Fiza tahu memang sedap! Sebabnya sebelum ni pernah minum teh tarik pandan kat kenduri majlis akikah rumah kawan husband. Memang sedap! Jadi Fiza assume sedap  untuk nescafe white coffee. Tak berapa nak pelik sebab pernah minum teh tarik pandan sebelum ni cuma rasa pandan ni sangat unik di campurkan dalam minuman.


Lepas masukkan nescafe white coffee rasa pandan ni dalam cawan dan curahkan air panas, semerbak bau aroma wangi kopi beserta wangi pandan bergabung. Bagi Fiza rasanya sedap, kopi yang tak pekat kaw tu. Boleh di kategorikan sebagai light coffee yang sangat sesuai dengan rasa pandan ni. Just nice orang kata. Siapa suka kopi yang ringan tu boleh cuba. Limited edition rasa pandan ni tau. Dapatkan sebelum kecewa bila takde kat pasaran.


Agak-agak kalau buat kopi biasa, campur sikit pati daun pandan rasa dia camna pulak ye. Hehehe..jangan buat rajin nak buat eksperimen. Tak terminum pulak nanti. Tapi kalau nak cuba, silakan tanggung kalau tekak tak boleh nak terima. 


Jom sambung tidur! Eh, banyak kerja menanti kot.

12 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.