Header Ads

Latest Update
recent

Oat Mee Maggi. Mana Oatnya?


Nak cuba benda baru memang teruja sikit. Pantanglah nampak iklan tayangkan produk baru, mesti nak cuba terutamanya iklan makanan. Kan! Buat terliur je la. Baru-baru ni ada iklan baru dari Maggi iaitu Oat Mee  me goreng perisa kari.  Fiza ni pelik sikit, kalau lauk kari memang kurang makan. Tapi kalau maggi kari memang suka sangat. Kalau masak maggi kari biasa dengan kimchi pun Fiza masak separuh maggi je. Sayur yang lebih. Tu pun dah cukup kenyang dan buat lepas tekak yang teringin nak makan.

Kalau mee goreng ni Fiza kurang sikit tapi Encik suami yang suka lagi lagi mee goreng sedap yang ada kriuk kriuk tu. Memang gemar betul dia. Tengah sibuk-sibuk shopping barang dapur hari tu nampak pulak oat mee, memang terus sambar lah sebab nak rasa punya pasal. Sedap ke tidak belakang cerita.



Fiza masak cara biasa je. Rendam mee maggi dengan air panas sampai kembang dan tos. Kemudian gaul je dengan bahan-bahan yang disediakan dalam pek tu. Macam biasa ada minyak, sos kicap dan perencah kari. Nak lagi sedap korang tambahlah sayur ke sotong ke udang ke masak dalam kuali. So far rasa oat mee dia sedap macam mee goreng yang biasa ada di pasaran tu cuma rasa kari kurang sikit. Mee dia jenis halus sikit, biasa mee maggi dia kembang sikit kan. Rasa mee dia pun macam biasa je. Mana oatnya? Jenuh juga nak cari rasa oat tu. Mungkin sebab dia dah blend halus dengan tepung jadi tak rasa sangat kot oatnya. Ke camne ntah. Tu korang kena rasa sendiri lah sebab mungkin tekak korang rasa lain pulak.

4 comments:

  1. erkk pestem tgk.. kena cuba ni!!

    ReplyDelete
  2. mila belum rasa lagi tapi tengah bayangkan macamane rasa oat dengan maggie?

    ReplyDelete
  3. tuari nak beli..tapi husband dok sibuk nak amik tomyam...so dah tak dapa rasa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.