Responsive Ad Slot

Slider

Musim Bunga Ala-Ala Bunga Sakura

bunga sakura malaysia pokok bunga tecoma pokok tekoma anak pokok sakura malaysia sakura malaysia nama saintifik bunga sakura malaysia pokok tecoma
Yehaaa! Musim bunga sakura malaysia kembali lagi. Jangan tak percaya Malaysia dah ada musim bunga sekarang, musim bunga ala-ala sakura gitu. Bolehlah acah-acah kat Jepun kan. 

Tambah pula musim hujan ni, musim sejuk beserta musim bunga. Seronok je suasana dan pemandangan bila dua musim ni bergabung.


Pokok ini adalah Pokok Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman.

Di Malaysia,Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.

Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”.

Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa
Sebelum ni pernah viral musim bunga di Kedah tapi sekarang kat mana-mana dah ada pokok ni. Saya dengan Encik Suami teringin betul nak tanam. Kat mana agaknya ada jual pokok ni ye? Ke ada siapa yang tahu macamana cara terbaik untuk tanam pokok ni. 

Pokoknya memang ada merata tempat ada tapi nak tanam boleh ke ambil dahan hujung tu patahkan dan cucuk kat tanah je. Boleh hidup ke dengan cara macam tu? Nak tanam kat kampung, mesti nampak cantik je nanti bila berbunga dan bila bunga jatuh bertaburan tu. 

Kalau tanam kat rumah taman memang tak bolehlah kan. Nanti kacau kawasan jiran pula.


Bila musim bunga ni jangan lepaskan peluang photoshoot. Mesti nampak cantik gambar tu. Ni saya ambil kat UKM. Sekarang musim konvo kan. Haa..para graduan jangan lepaskan peluang ambil gambar kenangan di musim bunga ala sakura ni.

6
( Hide )
  1. Cantiknyaaaa..kalau ada kaler putih or pink sebelah2 sure kombinasi lg cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga tu dah warna pink kak..lagi cantik kalau bunganya lebat kan :)

      Delete
  2. Subhanallah...cantiknya...tak perlu pergi jauh2 ke luar negara untuk merasainya....

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu