Header Ads

Year End Holiday Promotion di Musim Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah bakal bermula tak lama lagi. Sementara nak tunggu musim sekolah ni ibu bapa masing-masing awal-awal lagi dah sibuk mencari tempat percutian yang menarik untuk bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah nanti. Masa cuti sekolah ni lah ibu bapa ambil peluang untuk cuti bersama keluarga. Kalau hari sekolah memang tunggu hujung minggu je untuk bercuti bersama.

Pernah dengar Traveloka tak? Sebelum ni Fiza pernah kongsikan Percutian di Pantai Batu Feringghi yang menakjubkan tu, Fiza ada sebut tentang Traveloka. Kali ni Traveloka buat promosi lagi. Haruslah korang jangan lepaskan peluang ni. Bookmark siap-siap entry Year End Holiday Promotion di musim cuti sekolah ni okay! Booking hotel dan flight dengan kadar yang lebih murah tanpa sebarang cas tersembunyi.


Fiza pasti setiap orang yang nak bercuti pun mesti kena tengok bajet dulu. Haa..inilah masanya menggunakan promosi percutian hujung tahun ( Year End Holiday Promotion) yang boleh digunakan mengikut bajet korang. Selain musim cuti sekolah ni, hujung-hujung tahun ni mesti ramai yang dah plan untuk bercuti, jadi korang kenalah booking awal untuk mengelakkan sebarang kekecewaan tak dapat pergi bercuti. 

Apa yang menariknya tentang Year End Holiday Promotion ni adalah boleh jimatkan sedikit kos percutian korang untuk tiket flight dan juga hotel. Kiranya sekali pakej flight dan hotel. Mudah pun mudah kan. Tak perlu susah-susah nak mencari hotel dah. Bajet selebihnya boleh digunakan untuk membeli belah dan juga makanan.

Katanya lagi, promosi percutian hujung tahun ni siap ada tambahan diskaun lagi yang boleh digunakan hampir 100 buah hotel di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapore. Nak tahu diskaun berapa banyak tu, korang kena semak sendiri di website sebab bergantung pada tempat dan tarikh yang korang nak book tu. 

YEAR END HOLIDAY PROMOTION

Promosi ni tidak tertakluk kepada mereka yang dah berkeluarga je. Untuk mereka yang nak berbulan madu atau bercuti bersama rakan-rakan pun boleh rebut peluang dapatkan pakej murah dan jimat dengan promosi percutian hujung tahun ni untuk bercuti di musim cuti sekolah ni. Bukan je boleh jimat, malah lebih berbaloi untuk percutian yang lebih menarik. Untung-untung boleh pergi bercuti banyak tempat kan.

Eh, macam teruja nak pergi bercuti pulak bila tulis entry cuti-cuti ni. Nak bercuti kan, siapa je yang tak teruja? Semua orang pun seronok nak bercuti! Betul tak? Sekarang ni bercuti dekat-dekat pun naik flight je sebab tiket pun boleh tahan murah dan lebih menjimatkan masa. Sebab tu Fiza kongsikan korang promosi ni untuk korang rebut peluang yang ada ni. Nak tunggu hujung tahun depan lambat lagi. Jadi, mulai sekarang dah boleh plan percutian bersama keluarga di musim cuti sekolah nanti.

Antara destinasi percutian yang menarik di Malaysia korang boleh bercuti di Cameron Higlands. Memang sesuai sangat sebab sekarang musim hujan kan. Alang-alang dah ke Pahang tu singgah ke Kuantan boleh pergi Ke Mini Zoo, Waterpark Gambar ataupun menikmati permandangan cantik di Pantai Teluk Cempedak.


Bercuti ke Melaka pun menarik juga. Sambil bercuti boleh tambah pengetahuan anak-anak tentang sejarah juga. Salah satu tempat yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga di musim cuti sekolah ni.

Nak menikmati percutian jauh sikit boleh bercuti ke Langkawi bersama keluarga sebab banyak tempat menarik untuk bercuti yang sesuai untuk seisi keluarga. Sambil bercuti boleh shopping sekali. Anak dapat berseronok bercuti di tempat menarik, ibu bapa pula seronok dapat shopping. Win-win situation. 


Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah ni. Kalau takde idea nak pergi mana, boleh pergi tempat yang Fiza cadangkan tu. Atau korang boleh pergi bercuti ke tempat lain dan perlu juga disesuaikan dengan keadaan cuaca.

Nak kelainan sikit boleh bercuti di negara luar yang boleh berikan pengalaman yang berbeza tapi dalam masa yang sama masih dalam percutian bajet.


Apa tunggu lagi korang, rebut peluang bercuti ke tempat-tempat menarik bersama keluarga di musim cuti sekolah dengan kadar flight dan hotel yang lebih murah. Selamat merancang percuti dan Selamat bercuti!

16 comments:

  1. best best.. tp yui xkan kemana sbb adk nak knduri..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh share promo ni dengan adik yui..mana tahu nak ber honey moon ke kan?

      Delete
  2. akak. blog ada error lagi kan ? sama la kita. dah 4 hari kan. macam mana nak baiki ni. sedih betul laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..masih ade lagi..stress juga dibuatnya ;((

      Delete
  3. Bila ada promosi macam ni rugi kalau dilepaskan. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. salam singgah. best nya cuti-cuti dalam malaysia kan. takyah nak ke luar negara sangat :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dalam malaysia pun tak habis jelajah lagi

      Delete
  5. adoyai pija bila bukak je kalender dia tu bnyak dah merah2 haha melepas

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum azha...seronoknya hujung tahun dpt bercuti kan...mama ni bila la nak pi bercuti lagi agaknya...:)

    ReplyDelete
  7. haihh bila lagi nak g bercuti ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.