Pulau Pulau Cantik dan Menarik Di Johor

Friday, November 27, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pulau, salah satu tempat percutian yang menarik untuk bercuti. Tak kiralah untuk berbulan madu ke ataupun bercuti bersama keluarga merehatkan diri dari suasana bandar yang sibuk. So Fiza nak kongsikan Pulau pulau yang cantik dan menarik di Johor

Cuma Fiza belum berkesempatan lagi nak pergi. Nama je orang Johor tapi belum habis explore Johor lagi. Sementara plan nak pergi tu, kita letak wishlist dulu dalam blog. Ada masa, ada bajet bolehlah pergi ke salah satu pulau pulau ni. Kebanyakkannya pulau ni terletak di Mersing, Johor.

Antara Pulau Pulau Cantik & Menarik Di Johor

7 Pulau Bahagian Utara
Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Gual, Pulau Rawa, Pulau Hujung, Pulau Tengah dan Pulau Besar

8 Pulau Bahagian Selatan
Pulau Tinggi, Pulau Apil, Pulau Mentigi, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujong

3 Pulau di Bahagian Timur
Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Aur

Pulau Harimau

Pulau ni memang cantik, air laut yang jernih dan boleh lakukan aktiviti hiking. Permandangan kat sini memang cantik sangat. Datang sini jangan lupa pakai sport shoes.

Pulau Rawa

Pulau Rawa adalah private island dan kalau nak stay kat sini harganya semalaman mencecah ribuan ringgit. Mana tak ribuan ringgit kalau dah permandangan punya cantik macam ni kan. Rasa tak puas kalau stay sehari je. Antara pulau yang popular tapi tak semua orang mampu stay sini. Setakat nak jejak kaki boleh lagi kot.
Rawa (Malay: Pulau Rawa) is a small, beautiful island located 16 km (10 mi) off the east coast of peninsular Malaysia. Surrounded by clean blue waters with jungle vegetation struggling for a foothold on the craggy cliffs, the island would have been bypassed by the tourist trade altogether were it not for the soft white sands fringing its western shore. Owned by the Johor Sultanate, the island has been sensitively developed with just two small resorts. For people seeking a secluded, weekend getaway, you can't find a more idyllic location than this one.-wikitravel
http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

Pulau Tengah

Duduk atas batu tepi pantai melihat keindahan Pulau Tengah ni memang boleh buat rasa tenang. Cantik dan bersih je.
Pulau Tengah merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ia terletak kira-kira dari pantai Mersing di perairan Laut China Selatan di pantai timur Johor, Malaysia. Ia memakan masa satu jam bagi tempoh perjalanan menggunakan bot dari bandar Mersing.
Ia terletak berhampiran dengan Pulau Besar, Pulau Tengah terletak kira-kira 16 km di luar pantai Pulau Besar dan tempoh perjalannya ialah 90 minit dengan menaiki bot. Ketika era 70-an, pulau ini menjadi terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal 80-an.
Pulau ini adalah lokasi pertama untuk penggambaran rancangan Expedition Robinson.
Pada tahun 1985, Pulau Tengah merupakan salah satu pulau yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai taman laut kerana ia merupakan habitat bagi ikan yang jarang ditemui dan terumbu batu karang.
Selain itu, Pulau Tengah adalah sebuah tempat untuk menyaksikan penyu belimbing gergasi mendarat ke pantai untuk bertelur sepanjang bulan Julai pada setiap tahun. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai padang golf dan resort di sebuah pulau. Resort atau chalet yang selesa boleh didapati untuk tempahan.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Besar

Pulau Besar, Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya.
Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai "Taman Laut". Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti selaman skuba, memancing dan sebagainya yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.
Keunikan lain yang turut memperkayakan khazanah alam di pulau tersebut adalah seperti sayuran liar (ulam-ulaman) yang hijau merimbun, bebatang nyiur (Pokok Kelapa) serta aneka khazanah alam yang terdapat di dalam hutan tropikanya. Di sana terdapat lebih kurang 7 hingga 8 kampung kecil yang menjadi penempatan kepada lebih kurang seratus orang laut (kaum nelayan) yang telah menetap sekian lama disana yang menjadikan pulau tersebut sebagai rumah dan lubuk carian rezeki mereka. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Tinggi

Pulau Tinggi ialah sebuah pulau peranginan berbentuk bujur yang terletak kira-kira 20 batu nautika (37 kilometer) dari selatan tenggara Mersing di pantai timur Johor, Malaysia. Pulau Tinggi terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Rawa dan Pulau Sibu. Pada zaman dahulu, pulau ini digelar sebagai Pulau Topi Jeneral ("General's Hat Island") oleh kelasi Cina.
Pulau Tinggi mempunyai 448 penduduk pada tahun 2001 dan merupakan jumlah penduduk yang terbesar di kalangan pulau-pulau timur negeri Johor. Penduduknya menetap di Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang, and Kampung Sebirah Besar.
Pulau Tinggi mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Perjalanan ke Pulau Tinggi dari Mersing memakan masa 45 minit. Pedalaman pulau diselaputi oleh hutan pamah dipterokarpa. Titik tertinggi pulau ini ialah 2,000 kaki (600 meter) dari aras laut. Pulau Tinggi kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak serta gua-gua dan terumbu karang yang mengandungi banyak hidupan laut. Ia juga mempunyai sebuah pelabuhan perlindungan di garis lautnya yang panjang.
Sebagai pulau peranginan, Pulau Tinggi mempunyai banyak rumah penginapan dan chalet. Pantai terutama untuk peminat snorkel dan selam skuba ialah Tanjung Balang dan Sebirah Besar.-wikipedia

http://www.azhafizah.com/

Pulau Sibu, Mersing

Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Aur

Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.
Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.
Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Dayang

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

Pulau Pemanggil

Pemanggil Island (Malay: Pulau Pemanggil) is an island in Mersing District, Johor, Malaysia. It sits 45 km east of Mersing, the take-off point to most islands off the Southern coast of Peninsular Malaysia. It is situated next to Tioman, requires a 4- to 5-hour ride by boat from Mersing. To get to Mersing itself takes 4½ hours by car or roughly 6 hours by coach from Kuala Lumpur.
As with most inhabited islands in Malaysian waters, Pemanggil has its fair share of history, mystery and spooky tales. The island is fishermen's best-kept secret. It is known for deep-sea fishing and good hunting grounds for marlins and mackerels.
This remote island is also famed for the beauty and abundance of marine life within its clear emerald waters. Its other magnetic charms include endless stretches of white sandy beaches and awesome snorkelling spots. Fishing and diving is excellent here.
For the adventurous, the hill outcrop of the island makes for a challenging climb and the summit holds an inherent scenic beauty of the far reaching ocean.
On the north-eastern coast of Pemanggil Island is Teluk Lancang, an isolated bay where coconut trees grow in abundance amidst the tropical vegetation. At the heart of the island, there is a huge boulder known locally as Batu Buau which locals regard as sacred. It would definitely not go unnoticed and is clearly visible as far as 50 km from the south of Tioman Island.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Foto kredit to : Google
Sumber maklumat-wikipedia, wikitravel

Kalau tak dapat pergi semua dapat pergi salah satu pun dah kira bagus juga. Fiza kongsikan mana yang Fiza tahu dan dari hasil google menjadi satu entry. Kalau ada pulau pulau yang menarik di Johor yang Fiza tertinggal nak senaraikan, boleh tinggalkan maklumat di kotak komen. 

Mana maklumat dan gambar yang tiada tu Fiza tak letak sebab tiada maklumat yang betul betul tepat. Untuk maklumat lanjut, kenalah google lebih lagi okay.
Menulis entry sambil tengok permandangan Pulau ni pun dah rasa tenang apatah lagi sampai sana kan!

With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. ada pulau yang akak da pergi kat johor ni...paling banyak pulau bahagian mersing-endau tu lah

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaa...nak holiday sini la :D
    EHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
    ^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
    Guna #serenitysyiralokman di fb, twitter dan ig untuk tengok teaser :D

    ReplyDelete
  3. ada pakej ke untuk pergi ke pulau harimau tu?

    ReplyDelete
  4. MS Limo Travel & Tours ada menyediakan pakej pakej menarik di Pulau Pulau di Johor .
    Hubungi kami di 07-2270506/07-2260506

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.