Mendaki Bukit Broga Kali Ke - 4

Wednesday, November 04, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Phew~ Letih betul semalam mendaki Bukit Broga untuk kali-4! Kemain lagi nak mention kali-4 tu kan. Tapi kali ni stamina stable sikit dari sebelum ni. Tahniah untuk diri sendiri. Untuk pendakian Bukit Broga kali ni untuk memenuhi permintaan anak buah. Sementara cuti, so ikutkan lah permintaan dorang tu. Bukan selalu kan.

http://www.azhafizah.com/

Baik tak ucu dorang ni? Sebelum ni pun anak buah yang lain ajak. Ni kalau 10 orang anak buah ajak, 10 kali jugak kena daki Broga ni. Pitam lah nak! Tapi yang best pendakian kali ni Fiza tak pancit teruk macam sebelum ni. Berhenti tu of course lah ada, sebab kamiorang mendaki pukul 11pagi kot. Matahari nak terpacak atas kepala kot. Mana lah tak penat dengan panas lagi. Saja cari pasal nak hitamkan kulit. Nak putihkan kulit punyalah payah kan.

Nak sampai ke puncak amek masa kurang dari sejam dah sampai. Kena laju sikit sebab panas terik. Disebabkan dah nak tengahari, memang tak ramai orang mendaki waktu macam ni. Kamiorang je buat kerja gila mendaki. Dah nak sampai puncak tu adalah satu team budak sekolah dan cikgu baru nak turun. Sampai atas memang takde orang lansung. Memang best! Tapi yang tak bestnya sebab panas sangat. Dahlah kat atas tu takde pokok. Yang ada hanya lalang. So terpaksa cari lalang yang tinggi untuk berteduh.

Sebelum ni Bukit Broga nampak cantik kehijauan tapi sekarang kecoklatan sebab musim panas sebelum ni. Jadinya lalang² dan rerumput makin layu dan mati. Nanti tumbuh yang baru mesti cantik.

http://www.azhafizah.com/

Husband dan anak buah dah terus ke Bukit lagi satu belakang tu tapi Fiza just stay Puncak Tinjau pertama je mampu.

http://www.azhafizah.com/

Wajiblah kan bergambar kat papan tanda ni. Bukti dah sampai. Berpeluh tak hengat!
http://www.azhafizah.com/

Happynye dah sampai atas.
http://www.azhafizah.com/

Belanja sikit view Bukit Broga, Semenyih
http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

Masa turun memang lancar. Kalau tidak sebelum ni memang berhenti banyak kali tapi kali ni jalan terusss je. Alhamdulillah berkat buat workout setiap hari kat rumah. Stamina jadi kuat dan kaki pun dah biasa buat senaman. Kira okaylah tu kan. Keep it up! 

Lepas ni kena panjat gunung pulak. Asyik layan panjat bukit je, cabarlah diri untuk panjat Gunung pulak kan.


Ada lagi tak gunung² yang best? permandangan cantik.  Meh la share.

With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. bestnyyyy.. Lissa hari-hari panjat bukit depan rumah ja.. sebab tinggal bawah bukit. ehek.

    ReplyDelete
  2. Done click..Well,gud luck Hafiza for the contest:)

    ReplyDelete
  3. Wahh, saya tak smapai lagi, kak..panjat gunung dato kt n9, best ! kaki ngn muka dah hampir jer, muahaha~

    saya zaman PLKN dulu trpkse jugak daki....hahaha~ memang tkde lg nak g sana..hoho~

    pssst, jommm join GA perrcutiann nih, malam nih last jam 11 malam tau :)


    http://nonasani.blogspot.my/2015/11/giveaway-tiket-percuma-penang-and-kl.html

    ReplyDelete
  4. Perghh tahniah kak!!! Ena ni jogging je ritu. Hiking tak pernah lagi. Huaaaaa teringinnya

    ReplyDelete
  5. wahhh..tahniah fiza..akak xpenah spi lg..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.