Alang-alang dah ke Temerloh tu, ambil peluang untuk jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh yang terpanjang di Malaysia. Dikenali juga dengan nama Pekan Sari Temerloh oleh orang tempatan.
Disebabkan nak rasa pengalaman jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh ni, kami ambil keputusan untuk bermalam di Temerloh lepas kenduri kahwin hari Sabtu tu sebab Pekan Sehari ni hari Ahad.
Kami menginap di Big Tree Hotel yang agak berhampiran dengan Pekan Sehari Temerloh. Kena naik keretalah tapi, perjalanan lebih kurang 10 minit macam tu. Kalau nak dekat lagi kena menginap di Hotel Seri Malaysia. Tapi tak dapat menginap di situ sebab penuh. Cuti sekolah kan.

Seramai lebih kurang 600± peniaga menjual pelbagai jenis barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan tradisional, ulam-ulaman, produk tempatan, kraftangan, pakaian dan lain-lain lagi.
Jadi, kalau berkunjung ke Temerloh tu rugilah kalau tak singgah di Pekan Sehari Temerloh ni. Salah satu tempat menarik di Temerloh wajib singgah.
Setelah buat ulangkaji cara nak pergi ke Pekan Sehari ni dan nak parkir di mana lebih senang, kami ambil keputusan parkir di Stadium Temerloh je.

Dah parkir, teruslah menuju ke Pekan Sehari ni atas nun. Kena naik tanggalah kita. Dekat atas tu pun peniaga pun dah mula mengemas untuk buka jualan.
Oleh kerana banyak kedai tak buka lagi dan sedang buka, kami jalan leha-leha je. Laluan pun lengang je. Senang hati jalan tanpa perlu bersesak.

Kami jalan terus nak tengok-tengok dulu, nanti dah pusing barulah membeli. Jalan depan lagi dah mula ramai orang berkunjung di Pekan Sehari Temerloh ni.

Dah berjalan hampir jauh, tak pasti sampai hujung ke tidak. Kemudian kami berpatah semula lepas dah jauh berjalan. Gerai-gerai pun dah makin meriah dengan macam-macam jualan.

Tempting tengok tapai pulut daun ni. Banyak gerai jual tapai pulut. Beli sebungkus buat rasa-rasa. Bukan senang nak jumpa tapai pulut bungkus daun getah ni.

Dalam berjalan tu perasan permandangan matahari terbit yang cantik di belakang papan tanda Temerloh tu.

Kami terus masuk ke Kompleks Niaga Pelbagai Temerloh di tepi sungai tu untuk ambil gambar kejap. Rupanya ramai dok bergambar kat situ. Permandangan cantik, rugi kalau tak dipotretkan.

Kami mula memburu makanan-makanan yang menarik minat saya. Beli kuih kole kacang yang susah nak jumpa ni. Salah satu kuih kegemaran saya. Beli 5 potong je saya makan sorang, Encik Suami tak suka.

Buah perah dan ulam buah keladan antara yang saya nak beli. Belilah RM5 setiap satu tu. Semua buah perah yang dijual dah siap direbus. Boleh terus makan je. Cuma dia tak panas lah.
Bukan makanan je, belon warna-warni pun ada dijual ni ha. Budak-budak mesti suka lah ni kan.

Nampak buah durian tapi durian comel. Rasanya ni durian hutan kalau tak silap lah. Betul ke tidak? Tak ada pula tulis apa-apa. Lagi bagus kalau mereka letak papan tanda setiap barang yang dijual tu kan. Boleh kita tahu itu apa ini apa.

Buah keranji. Tak pernah makan. Ingatkan kena rebus, rupanya boleh dimakan begitu saja. Masam-masam katanya. Baiklah, saya beli RM5 je sebekas tu.

Nampak ada buah nam-nam dan buah cepu @mencepu. Buah cepu pernah makan, masam ya amat. Buah nam-nam tu tak pernah rasa tapi tak rasa teringin nak mencuba pula.

Beralih ke barang basah pula. Beli udang galah juga. Lama tak makan udang galah. Kalau dulu balik kampung arwah mak selalu simpan stok udang galah sungai yang orang hantar ke rumah. Sekarang kenalah kita beli sendiri dan masak sendiri bila teringin tu. Rindunya masakan mak.

Beli udang galah 4 ekor, RM26 je. Murah juga tu kan. Tak ingat pula berapa kilogram tu. Check harga kat history bank je sebab semuanya bayar guna QR je senang.

Misi utama ke sini adalah untuk mencari ikan baung. Anak-anak buah request nak makan ikan baung macam arwah maknya masak. Arwah maknya pula banyak masak ikut cara arwah mak saya masak sebab sediakan masakan untuk abang saya kan.

Kraftangan pun ada. Geram je tengok hasil kraftangan semua ni. Tak membelek sangat, laju je jalan ambil gambar. Lepas tu baru perasan ada cawan tempurung yang comel tu. Kalau beli tu dapatlah buat props gambar kan.

Pakaian pun ada jual disini. Masa kami pergi tu boleh tahan ramai jugalah tapi macam tak seramai sesesak berlaga bahu tu. Cuma ruang kecil tu je lah kena berhati-hati sikt risau berlaga.

Disebabkan hotel tak ada sarapan, kami beli makanan sekali untuk sarapan. Beli nasi lemak dapur kayu. Sedap boleh tahan juga nasi lemak bungkus daun pisang. Nasi berlemak dan sambal pun sedap kena dengan selera saya. Encik suami pula kurang sikit dengan rasa sambal tu. Lain orang lain seleranya.

Encik suami beli juga nasi dagang buat rasa-rasa. Agak manis sikit katanya. Saya rasa sesuap, okaylah sedap juga.

Kuih 3 beradik yang popular di Pekan Sehari Temerloh kegemaran kak SK ni. Ramai juga yang jual kuih ni. Saya tak lepaskan peluang membeli juga sebab nak rasa.
Sedap juga kuih badak berkubang, kuih badak berendam versi santan pepejal bukan cecair. Dah sejuk kurang sikit rasa kesedapan dia. Kuih pena tu kurang sikit pada saya sebab tak ada inti dalamnya. Tepung semata-mata tapi ada rasa pandan tu.
Unlocked : Pekan Sehari Temerloh.

Pekan Sehari Temerloh
Pekan Sehari Temerloh telah diiktiraf sebagai pekan sehari terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR). Juga mendapat pengiktirafan rasmi sebagai pusat tumpuan ramai serta Tapak Warisan Negeri Pahang oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Beroperasi setiap hari Ahad bermula jam 7.00 pagi di sepanjang Sungai Pahang sepanjang kira-kira 2.2 kilometer.
Seramai lebih kurang 600± peniaga menjual pelbagai jenis barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan tradisional, ulam-ulaman, produk tempatan, kraftangan, pakaian dan lain-lain lagi.
Jadi, kalau berkunjung ke Temerloh tu rugilah kalau tak singgah di Pekan Sehari Temerloh ni. Salah satu tempat menarik di Temerloh wajib singgah.
Disebabkan pagi tu dah terjaga awal gara-gara motor mat rempit tu, lepas solat subuh kami terus bersiap menuju ke Pekan Sehari Temerloh ni.
![]() |
| shades of blue |
Setelah buat ulangkaji cara nak pergi ke Pekan Sehari ni dan nak parkir di mana lebih senang, kami ambil keputusan parkir di Stadium Temerloh je.
Kami datang awal, jadi tak banyak kereta lagi. Mudah dapat parkir. Kena bayar RM2 di pintu masuk stadium ada orang jaga. Bayar secara tunai, kena bawa tunailah ye.

Dah parkir, teruslah menuju ke Pekan Sehari ni atas nun. Kena naik tanggalah kita. Dekat atas tu pun peniaga pun dah mula mengemas untuk buka jualan.
Oleh kerana banyak kedai tak buka lagi dan sedang buka, kami jalan leha-leha je. Laluan pun lengang je. Senang hati jalan tanpa perlu bersesak.

Kami jalan terus nak tengok-tengok dulu, nanti dah pusing barulah membeli. Jalan depan lagi dah mula ramai orang berkunjung di Pekan Sehari Temerloh ni.

Dah berjalan hampir jauh, tak pasti sampai hujung ke tidak. Kemudian kami berpatah semula lepas dah jauh berjalan. Gerai-gerai pun dah makin meriah dengan macam-macam jualan.

Tempting tengok tapai pulut daun ni. Banyak gerai jual tapai pulut. Beli sebungkus buat rasa-rasa. Bukan senang nak jumpa tapai pulut bungkus daun getah ni.

Dalam berjalan tu perasan permandangan matahari terbit yang cantik di belakang papan tanda Temerloh tu.

Kami terus masuk ke Kompleks Niaga Pelbagai Temerloh di tepi sungai tu untuk ambil gambar kejap. Rupanya ramai dok bergambar kat situ. Permandangan cantik, rugi kalau tak dipotretkan.

Kami mula memburu makanan-makanan yang menarik minat saya. Beli kuih kole kacang yang susah nak jumpa ni. Salah satu kuih kegemaran saya. Beli 5 potong je saya makan sorang, Encik Suami tak suka.

Buah perah dan ulam buah keladan antara yang saya nak beli. Belilah RM5 setiap satu tu. Semua buah perah yang dijual dah siap direbus. Boleh terus makan je. Cuma dia tak panas lah.
![]() |
| buah asam jawa, buah perah dan ulam buah keladan |
Bukan makanan je, belon warna-warni pun ada dijual ni ha. Budak-budak mesti suka lah ni kan.

Nampak buah durian tapi durian comel. Rasanya ni durian hutan kalau tak silap lah. Betul ke tidak? Tak ada pula tulis apa-apa. Lagi bagus kalau mereka letak papan tanda setiap barang yang dijual tu kan. Boleh kita tahu itu apa ini apa.

Buah keranji. Tak pernah makan. Ingatkan kena rebus, rupanya boleh dimakan begitu saja. Masam-masam katanya. Baiklah, saya beli RM5 je sebekas tu.

Nampak ada buah nam-nam dan buah cepu @mencepu. Buah cepu pernah makan, masam ya amat. Buah nam-nam tu tak pernah rasa tapi tak rasa teringin nak mencuba pula.

Beralih ke barang basah pula. Beli udang galah juga. Lama tak makan udang galah. Kalau dulu balik kampung arwah mak selalu simpan stok udang galah sungai yang orang hantar ke rumah. Sekarang kenalah kita beli sendiri dan masak sendiri bila teringin tu. Rindunya masakan mak.

Beli udang galah 4 ekor, RM26 je. Murah juga tu kan. Tak ingat pula berapa kilogram tu. Check harga kat history bank je sebab semuanya bayar guna QR je senang.
Kerang segar besar-besar. Tak rasa nak makan kerang, jadi tak membelilah. Dia macam tu lah, kalau teringin bila cari tak ada. Bila ada depan mata, tak nak pula membeli.

Misi utama ke sini adalah untuk mencari ikan baung. Anak-anak buah request nak makan ikan baung macam arwah maknya masak. Arwah maknya pula banyak masak ikut cara arwah mak saya masak sebab sediakan masakan untuk abang saya kan.
Sama-sama kami merindui masakan mak sendiri. Jadinya sayalah yang kena masak sebab saya biasa balik masak sama-sama dengan mak ikut cara mak masak. Nanti baru planning bila nak masaknya. Yang penting beli ikan baungnya dulu.
Beli 5 ekor RM75. Ikan baung sangkar ni sebab hitam. Kalau ikan baung liar tu kuning-kuning sikit dan lagi sedap rasanya. Harap nanti sedaplah macam arwah mak masak.

Itu je barang basah yang kami beli. Yang lain tu senang cari di pasar je. Kami siap beli cooler storage lagi malam tadi untuk simpan barang basah ni. Lepas beli barang basah terus beli ais di 7E.
Ada orang jual madu kelulut. Siap pamerkan sarang lebah sekali tu. Yang ni saya dah biasa tengok sebab arwah abah dulu ada pengalaman juga cari madu lebah masuk hutan. Dapatlah rasa madu asli dan pernah juga makan madu tu sekali dengan sarangnya.

Itu je barang basah yang kami beli. Yang lain tu senang cari di pasar je. Kami siap beli cooler storage lagi malam tadi untuk simpan barang basah ni. Lepas beli barang basah terus beli ais di 7E.
Ada orang jual madu kelulut. Siap pamerkan sarang lebah sekali tu. Yang ni saya dah biasa tengok sebab arwah abah dulu ada pengalaman juga cari madu lebah masuk hutan. Dapatlah rasa madu asli dan pernah juga makan madu tu sekali dengan sarangnya.

Kraftangan pun ada. Geram je tengok hasil kraftangan semua ni. Tak membelek sangat, laju je jalan ambil gambar. Lepas tu baru perasan ada cawan tempurung yang comel tu. Kalau beli tu dapatlah buat props gambar kan.

Pakaian pun ada jual disini. Masa kami pergi tu boleh tahan ramai jugalah tapi macam tak seramai sesesak berlaga bahu tu. Cuma ruang kecil tu je lah kena berhati-hati sikt risau berlaga.

Disebabkan hotel tak ada sarapan, kami beli makanan sekali untuk sarapan. Beli nasi lemak dapur kayu. Sedap boleh tahan juga nasi lemak bungkus daun pisang. Nasi berlemak dan sambal pun sedap kena dengan selera saya. Encik suami pula kurang sikit dengan rasa sambal tu. Lain orang lain seleranya.

Encik suami beli juga nasi dagang buat rasa-rasa. Agak manis sikit katanya. Saya rasa sesuap, okaylah sedap juga.

Kuih 3 beradik yang popular di Pekan Sehari Temerloh kegemaran kak SK ni. Ramai juga yang jual kuih ni. Saya tak lepaskan peluang membeli juga sebab nak rasa.
Saya beli dua beradik je, kuih pena dan badak berkubang. Yang satu lagi dodol kukus, saya tak beli sebab kurang gemar dodol. Setiap satu berharga RM4.
![]() |
| kuih badak berkubang, hijau tu kuih pena dan sebelahnya nampak sipi-sipi tu dodol kukus |
Sedap juga kuih badak berkubang, kuih badak berendam versi santan pepejal bukan cecair. Dah sejuk kurang sikit rasa kesedapan dia. Kuih pena tu kurang sikit pada saya sebab tak ada inti dalamnya. Tepung semata-mata tapi ada rasa pandan tu.
Kalau cedok makan panas-panas mungkin sedap lagi kan.
Tak lama pun kami jalan-jalan membeli di Pekan Sehari Temerloh ni. Dalam 1 jam macam tu. Orang pun tak sesak sangat senang nak membeli. Harga pun murah-murah juga berbaloi membeli belah makanan dan barang dapur.

Masa balik baru nampak penuh parkir di stadium ni. Di pintu masuk tu orang jaga parkir. Selesai membeli apa yang saya disini. Habis tak banyak, seratus lebih je. Beli ikut keperluan gitu. Kalau rumah dekat tu bolehlah beli banyak sikit kan.

Geram je nak beli sayur dan ulam segar semua tu tapi tulah, perjalanan jauh takut rosak sayur layu kalau singgah mana-mana. Cooler storage dah simpan barang basah.
Tapi takpe, sayur segar dan ulaman tu ada je yang jual di pasar sini. Mana yang rare tu je lah kita beli kat sini.
Unlocked : Pekan Sehari Temerloh.

12 Comments
Seronok jalan² pekan sehari Temerloh ni, macam² ada.
ReplyDeleteBuah keranji tu Akk suka. Masam² manis rasanya. Sedapkan buat kudap².
Btw, blog Fiza okay ke? Blog Akk bloglist-nya tak auto update dari semalam :( nak baca entry terbaru kawan2, kena klik blog satu satu huhu
Seronok kak, cuci mata dan boleh beli makanan yang rare. Sedap macam buah asam jawa juga kan.
DeleteTak okay juga dari semalam. reading list pun sama kak. Itulah tu, kena klik satu-satu jugak. Letihlah dengan blogspot ni.
pernah jugak pi termerloh tp belum pernah sampai sini. tp nk dtg sini kena g kapel je dgn cik abe, bdk2 tinggal. lg2 si kecik tu kang penat jln mak dia kena dukung pulak. bengkok pinggang mak... haha
ReplyDeleteLepas ni bolehlah plan ke sini. Boleh je bawa stroller sekali. Datang awal tak sesak sangat.
DeleteSeronok kan..PZ dah berzikir bila nak pi lagi...nak beli ikan baung ngan ikan patin katanya..Kak SA cakap boleh pergi tapi dengan syarat la..habiskan dulu stok dalam fridge dan freezer...hahahaha
ReplyDeleteSeronok boleh shopping macam-macam . Ke sini memang motif utamanya cari ikan baung jugak. hihihi...
DeleteLepas ni kalau dia dok cakap lagi mesti berdesup je terus pergi.
kuih 3 beradik tu femes kt pekan sari..tkpernh merasa lg
ReplyDeleteBetul, popular kat sini. Itu yang beli nak merasa jugak. Kalau pergi sini wajib beli.
DeleteTeringin juga nak kesini... dah berapa kali plan dengan kakak ipar di Senawang manjang je dia boleh ammi tak boleh, ammi boleh dia tak boleh.
ReplyDeleteKacang merancang tu payah nak jadi. Kot lah nanti last minit plan ke kan terus menjadi. Tahu-tahu sampai je nanti.
DeleteBetul itu cari yang jarang jumpa. Rupa kuih badak berkubang dengan kuih pena itu lebih kurang rupa cuma beza warna.
ReplyDeleteKann..cuma badak berkubang tu ada inti dalam dia macam badak berendam. Pena tu tak ada inti.
Delete