Macam lama jugalah tak buat tempe goreng salut tepung yang rangup di luar lembut di dalam. Kebetulan ada tempe homemade organik non-gmo yang sedap tu, jomlah kita buat tempe goreng buat minum petang.

Saya potong tempe tak nipis sangat. Nanti rangup sangat susah saya nak makan dengan pakai braces ni. Jadi potong tebal sikit dan baru dapat rasa lembut isi tempe juga. Dapat pula tempe organik dan segar ni. Sedap tak tahu nak habaq laaa...

Saya suka buat tempe goreng bawang putih bersama kawan-kawannya biji ketumbar dan jintan manis. Tumbuk bahan-bahan tu baru diadun bersama tepung gandum, secubit soda bikarbonat, serbuk kunyit dan garam sikit. Bancuh dengan air tak cair dan tak pekat sangat.
Saya pernah update resipi tempe goreng versi ni. Boleh rujuk semula entry tu untuk lebih jelas. Tapi kali ni tak ada jintan manis pula. Ada bawang putih dan biji ketumbar saja pun dah cukup sedap juga.
Jangan lupa si sambal kicap. Wajib ada! Tak ada sambal kicap, saya pun tak lalu makan. Dah macam iklan kicap jalen. Nasib baik stok sambal kicap ada lagi dalam kulkas. Tak payah dah buat sambal kicap. Cedok je dari bekas.
Saya potong tempe tak nipis sangat. Nanti rangup sangat susah saya nak makan dengan pakai braces ni. Jadi potong tebal sikit dan baru dapat rasa lembut isi tempe juga. Dapat pula tempe organik dan segar ni. Sedap tak tahu nak habaq laaa...
34 Comments
Makan gitu je pun sedapkan Fiza... Cicah dgn sambal kicap ni mmg ngam teroks :)
ReplyDeleteBetul! Sambal kicap tu wajib ada baru sedap. hihi...
DeleteBubuh ketumbar jintan dan vawang putih tu yang buat harum aroma tempe goreng. Sedapnya makan, kalau tergigit ketumbar dan jintan yang masih kasar, tambahlah enaknya
ReplyDeleteBetul tu kak Amie. Saya suka tempe campur bahan-bahan ni, sedap. Tambah pula rangup diluar dan dalamnya lembut.
Deletetak pernah makan tempe goreng cicah sambal kicap, tapi nampak sedap.. memang bukan budaya tempat saya agaknya hehe👍
ReplyDeleteBoleh cuba nanti. Gerenti sedap. Di Johor memang dah biasa dengan sambal kicapnya.
DeleteMungkinlah tu bukan budaya, jadi kita kurang biasa.
Saya tak berapa makan tempe tapi kalau versi goreng rangup2 panas2 gitu, rasa mcm terliur la plakkk
ReplyDeleteOhh..suka makan jenis lain ye. Nanti boleh cuba versi ni cicah sambal kicap.
Deletemakan mcm tu je dah sedap kan
ReplyDeleteBetul, sebab dia segar baru matang.
DeleteUncle ni kalau tempe... boleh ratah cam tu je... takyah cicah2...
ReplyDeleteKalau dah sedap, tak kisah tak ada sambal kicap kan uncle. Uncle bukan orang Jawa kan.
Deleteya ampun... saya penggila tempe! jadi lapar pulak baca ni pukul 11 malam.
ReplyDeletetempe digoreng ngan bawang putih ni pernah tengok resipi dari khairulaming
Alamak, silap timing pulak datang sini.
DeleteSedap campur bawang putih ni, apatah lagi ditumbuk. Sedap! Nanti cubalah buat.
Kalau di sini tempe goreng makan sambil gigit cabe rawit kak, atau Cili padi yg pedaaas 😂😂😂. Udah kebiasaan orang sini kalo makan gorengan , pasti pakai cabe rawit. Sampai Macam2 cara gigitnya.
ReplyDeleteAda yg gigit cabe dulu, baru gorengan, atau gorengan dulu baru cabe hahahaha 😅😅
Cabai mentah tu ye? Uishhh tak sakit perut pulak makan mentah dan pedas-pedas. Kalau macam tu betul-betul core pedasnya Fanny.
DeleteArghh fav sangat ni. Kalau balik segamat wajib kami ke kg jawab mencari Tempe goreng. Pastu cam tak puas makan tiap minggu buat sendiri sampai jemu
ReplyDeleteKg Jawa eh? Ada satu lagi dekat Bukit Siput kan, kedai legend juga tu. Buat sendiri lagi best boleh makan banyak sikit kan. hihi...
Deletekalau yg nipis dan rangup tu, sekeping dua mmg tak cukup...
ReplyDeletehehehe...
sy suka kalau dijudukan dgn nasi (ayam penyet)...
Mana cukup tu Anies. hihi...ayam penyet tu dia goreng biasa je kan biasanya. Memang wajib ada tu tempe dan tauhu goreng.
DeleteCie suka buat goreng celup tepung bestari baru anak2 makan.
ReplyDeletePernah buat juga celup tepung bestari. Pun sedap guna tepung bestari spicy tu.
DeleteJika minum petang dan makan ni, namaya cicipan, selamat menjamu selera ya
ReplyDeleteYe, betul tu. Alhamdulillah...selamat sudah.
DeletePhizhaaa... thank you resipi tu, kita dah lama cari. thank you so much! nak catit dlm buku.
ReplyDeleteSama-sama. Jangan tak buat pulak ye. hihi...
DeleteFiza....thanks tau kongsikan resepi ni. KSarie anak beranak suka makan tempe goreng tapi selalu goreng macam tuh je. Nanti weekend ni boleh cuba resepi yang Fiza share ni (kalau kerajinan la ye😅).
ReplyDeleteHaa, nanti kena cuba tau masak macam ni. Baru sedap! Jangan tak cuba, sila rajin sikit. hihi...
DeleteSama² kasih KakSarie.
Tempe akak x berapa makan kalau goreng macam ni..tapi buat sambal siap ada ikan bilis dan kacang tanah goreng tu akak suka tapi kena potong nipis2...mengada kan..sama je tempe...hahahaa...
ReplyDeleteOo sambal tempe makan pulak. Padahal sama je tu kak kena goreng. hihi..biasalah kadang ada yang tak kena dengan selera kita ni.
DeleteSedap goreng tempe style gini.. harum bau ketumbar dan jintan.
ReplyDeleteBukan setakat haruma, rasa pun sedap kak. hihi...
Deleteteringin pulak nak rasa tempe organik ni. agak2 kalau lepas ni Fiza nak order, openlah order untuk kakak2 blogger di Seremban sekali.
ReplyDeleteHaa baikkk...Nanti saya open order. Eh, dah jadi PS lah pula kita.
Delete