Oleh kerana namplawan Takrai yang haritu macam mengecewakan. Terpaksalah cari yang baru. Yang tu sikit lagi kena habiskan. Buah dah habis pula. Saya makan dengan epal hijau je. Mangga tak ada. Payah nak cari mangga lemak tu.
Bekas pun elok dia seal bagi tak nak tumpah atau rosak. Untuk pembungkusan boleh dipuji.

Sos namplawan pun tak terlalu likat dan tak terlalu cair sangat. Teksturnya sedang elok. Saya lebih suka tekstur begini. Udang kering pun menggunakan udang kering kecil yang crispy tu macam udang hidup tu.
Tak ada bau yang pelik. Rasa pun sedap. Tak sabar nak cari mangga, nanas atau epal hijau. Kecur air liur dah!



Harga colek Garam Thai ni pun murah jugalah RM7.79 selepas diskaun. Di TikTok berbaloi beli kalau ada voucher. Dua-dua ni menepati selera. Boleh ulang membeli.
Saya beli pencicah namplawan ni di TikTok je. Lama dah masuk cart cuma tak submit je. Ada beberapa jenis yang saya add to cart tapi yang ni jadi pilihan. Ada satu lagi yang Anies recommend dalam kotak komen tu masih tak ada stok. Malas nak tunggu lagi, kita proceed yang ni je lah.
Masa beli tu tengok-tengoklah juga apa yang ada dalam kedai yang sama. Nampak colek garam Thai tu macam sedap je. Beli jugalah.
Penghantaran pun laju. Cepat je sama. Buat pesanan waktu pagi, petang dia pos. Esok dah sampai. Kejap betul dah sampai. Alhamdulillah mendarat dengan selamat. Bekas pun tak rosak. Dibalut dengan bubble wrap agak tebal juga.

Masa beli tu tengok-tengoklah juga apa yang ada dalam kedai yang sama. Nampak colek garam Thai tu macam sedap je. Beli jugalah.
Penghantaran pun laju. Cepat je sama. Buat pesanan waktu pagi, petang dia pos. Esok dah sampai. Kejap betul dah sampai. Alhamdulillah mendarat dengan selamat. Bekas pun tak rosak. Dibalut dengan bubble wrap agak tebal juga.

Bekas pun elok dia seal bagi tak nak tumpah atau rosak. Untuk pembungkusan boleh dipuji.
Namplawan colek buah Thai ILY Homemaker's Kitchen
Saya beli masa ada sale dapat RM9.99. Murah! Berbaloi dengan saiznya yang boleh tahan besar jugalah daripada yang saya beli sebelum ni (Namplawan Takrai di PETRONAS) RM16 dengan saiz lebih kecil.

Sos namplawan pun tak terlalu likat dan tak terlalu cair sangat. Teksturnya sedang elok. Saya lebih suka tekstur begini. Udang kering pun menggunakan udang kering kecil yang crispy tu macam udang hidup tu.
Tak ada bau yang pelik. Rasa pun sedap. Tak sabar nak cari mangga, nanas atau epal hijau. Kecur air liur dah!

Colek Garam Thai
Pertama kali cuba colek garam Thai. Ingatkan dia macam serbuk asam boi versi pedas. Rupanya bukan ye. Dia jenis kering macam campuran gula, cili kering pedas dan ikan bilis.

Dia tak kering sangat tapi macam sticky sikit. Kalau tabur pada buah macam mangga, epal hijau atau nanas sedap ni. Perah asam limau sikit lagi best agaknya ada rasa masam manis pedas tu. Sinonim 3 rasa tu dengan citarasa Thailand.

Harga colek Garam Thai ni pun murah jugalah RM7.79 selepas diskaun. Di TikTok berbaloi beli kalau ada voucher. Dua-dua ni menepati selera. Boleh ulang membeli.
4 Comments
Dia buat lagiiii beli namplawan. Kali ni ditambah colek garam pulak, buat kita yang menengok ni terkesip2 air liur. Masamnya tu macam boleh sampai ke sini. Nampaknya mereka kurangkan saiz dan naikkan harga jugak ke, sebab yang beli sebelum ni pun besar botolnya baru dalam RM10 ek.
ReplyDeleteHihi..sebab yang haritu kurang sedap. uiss vocab baru, terkesip². Adakah loghat Johor jugak tu? Kecur air liur kan cakap masam-masam ni.
DeleteEh tak, yang saya maksudkan sebelum ni tu jenama lain. Saya dah betulkan ayat dah. hihi...
colek garam tu kalu makan dengan limau kasturi memang ummpph..
ReplyDeleteYaa..saya pun terfikir macam tu. Perahkan sekali jus limau kesturi tu lagi sedap kan.
Delete