Lepas membeli barang di Mydin Senawang, rasa macam teringin nak makan banana pudding. Carilah di TikTok kot ada yang jual dekat-dekat sini. Yang saya tahu ada satu di area Taipan 2 Senawang. Sekali jumpa dekat dengan Mydin depan Tealive sebaris Jakel tu je, Banana Puding by TheMoon.my.

Banana Puding TheMoon.my Sedap

Mereka buka table je dan kadang lokasi berubah-ubah. Kena rajin tengok mereka update di TikTok. Buat masa ni mereka di depan Tealive sebaris Jakel Senawang ni. Di area parkir depan yang ada banyak gerai jualan tu.

Banana Puding TheMoon.my Sedap

TheMoon.my hanya jual banana puding sahaja dan ada dua jenis. Ada banana puding biasa (normal) dan biascoff. Saya beli yang biasa tu je, the original one. 
Banana Puding TheMoon.my Sedap
harga banana pudding themoon.my


Kaedah pembayaran guna QR je senang. Kamera makan dulu sebelum kita makan. Itu dah jadi ritual seorang blogger. Ada ambil gambar depan booth tadi tapi tak jelas lah pula. Ulang ambil dalam kereta. 

Banana puding fresh di cedok dan dimasukkan dalam bekas. Atasnya ada biskut telur dan ditaburkan dengan apa saya tak pasti. Mungkin biskut telur juga. Tak ada penutup mangkuk dan plastik diberikan. Disekalikan dengan sudu plastik. Memang kena makan terus kot kan. 

Banana Puding TheMoon.my Sedap

Tak sabar nak rasa, lepas ambil gambar. Terus makan. Sekali suap dah rasa sedapnya. Lagi sedap berbanding yang pertama kali rasa banana pudding haritu. Yang ni lagi kurang manis dan sedap. Mungkin sebab dibuat segar atau baru dicedok gitu. So sedap!

Haritu beli dah siap-siap ready to eat dalam bekas. Kurang kesegarannya mungkin dah dibuat awal lagi. Sekarang Banana puding TheMoon.my jadi nombor syatu Lepas ni kita hunting banana pudding lagi. Nak cuba yang Bamibites Banana Pudding Senawang pula.

Tapi mereka ni tak buka selalu. Hanya buka pada hari Jumaat dan Sabtu je, itupun dari petang sampai habis. Siapa cepat dia dapat. Kadang tengok dorang update, awal lagi dah habis. Terlajak laris betul. 

Sebelum pergi tu, baiklah tengok update dari dorang dulu melalui TikTok. Takut pulang dengan hampa nanti kalau tutup atau habis.

Orang lain terjebak dengan tiramisu, saya terjebak dengan banana pudding.