Lepas membeli barang di Mydin Senawang, rasa macam teringin nak makan banana pudding. Carilah di TikTok kot ada yang jual dekat-dekat sini. Yang saya tahu ada satu di area Taipan 2 Senawang. Sekali jumpa dekat dengan Mydin depan Tealive sebaris Jakel tu je, Banana Puding by TheMoon.my.


TheMoon.my hanya jual banana puding sahaja dan ada dua jenis. Ada banana puding biasa (normal) dan biascoff. Saya beli yang biasa tu je, the original one.

Tak sabar nak rasa, lepas ambil gambar. Terus makan. Sekali suap dah rasa sedapnya. Lagi sedap berbanding yang pertama kali rasa banana pudding haritu. Yang ni lagi kurang manis dan sedap. Mungkin sebab dibuat segar atau baru dicedok gitu. So sedap!
Haritu beli dah siap-siap ready to eat dalam bekas. Kurang kesegarannya mungkin dah dibuat awal lagi. Sekarang Banana puding TheMoon.my jadi nombor syatu Lepas ni kita hunting banana pudding lagi. Nak cuba yang Bamibites Banana Pudding Senawang pula.![]() |
| harga banana pudding themoon.my |
Kaedah pembayaran guna QR je senang. Kamera makan dulu sebelum kita makan. Itu dah jadi ritual seorang blogger. Ada ambil gambar depan booth tadi tapi tak jelas lah pula. Ulang ambil dalam kereta.
Banana puding fresh di cedok dan dimasukkan dalam bekas. Atasnya ada biskut telur dan ditaburkan dengan apa saya tak pasti. Mungkin biskut telur juga. Tak ada penutup mangkuk dan plastik diberikan. Disekalikan dengan sudu plastik. Memang kena makan terus kot kan.

Tak sabar nak rasa, lepas ambil gambar. Terus makan. Sekali suap dah rasa sedapnya. Lagi sedap berbanding yang pertama kali rasa banana pudding haritu. Yang ni lagi kurang manis dan sedap. Mungkin sebab dibuat segar atau baru dicedok gitu. So sedap!
Tapi mereka ni tak buka selalu. Hanya buka pada hari Jumaat dan Sabtu je, itupun dari petang sampai habis. Siapa cepat dia dapat. Kadang tengok dorang update, awal lagi dah habis. Terlajak laris betul.
Sebelum pergi tu, baiklah tengok update dari dorang dulu melalui TikTok. Takut pulang dengan hampa nanti kalau tutup atau habis.
Orang lain terjebak dengan tiramisu, saya terjebak dengan banana pudding.
Orang lain terjebak dengan tiramisu, saya terjebak dengan banana pudding.

28 Comments
Dah 2x Fiza post pasal banana pudding ni, Akk pun jadi teringin nak try :)
ReplyDeleteHihi..sebab suka pulak makan banana pudding ni. Selamat mencari dan mencuba nanti. Harap kena dengan selera juga.
DeleteWhoa..Teringin pulak try..Jarang jumpa atau memang tak mencari l.. Nanti try pergi tempat dessert kalau ada..Huhu..
ReplyDeleteKalau ada nanti cubalah beli dan rasa Nona. Kot kena dengan selera ke kan.
Deletemknn ni tgh trending kan sekrg ni..nmpk sedap laa
ReplyDeleteYe, tengah trending saya tengok di TikTok. Banana pudding yang ni sedap.
Deletebila fresh baru cedok tu maybe rasanya lain kan..entry akak arini pn update banana pudding juga
ReplyDeleteBetul, tu yang lagi sedap kan. Oo ye ke..nanti saya singgah.
DeleteBanana puding ni macam tengah hype kan sekarang...kat blog Amy Mamatisya pun ada banana puding...ke salah...eh...hahahahaha
ReplyDeleteA'ah tengah hype. Ada baca juga tadi entry blog Mama Tisya. Betullah tu banana pudding. hihi...
DeleteMcm² jenis makanan sekarang nie
ReplyDeleteIyeee...macam-macam makanan baru muncul dan viral.
DeleteTrend sekarang ke dessert macam ni? Ramai jugak yang review. Tempat saya tak pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteAgaknya kot. Dia ala-ala tiramisu juga.
Deletebaru je baca blog mama tisya makan banana pudding, now baca blog kak fiza pulak. saya jadi curious dgn rasa banana pudding ni.... tiramisu pun tak makan2 lagi haha
ReplyDeleteNanti kenalah cari nak tahu rasa dia macam mana. Susah nak describe..hihi...
Deleteharganya berbaloi nampak besar jugak....
ReplyDeleteBerbaloilah juga ni. Sedap dan kena dengan saiznya.
DeleteSalah timing KSarie baca blogpost ini di waktu lunch tapi malas hendak keluar cari makan. Macam kena buat siasatan di mana banana puding sedap sebagaimana yang Fiza cerita ni. Adakah daku harus ke Senawang😅
ReplyDeleteSelalu salah timing masuk sini ek. Ampunn...Haruslah ke Senawang kalau nak merasa. Kena tengok dorang update juga kat TT kot kadang bertukar tempatnya.
DeleteBelum pernah rasa lg
ReplyDeleteKot ada orang jual berdekatan, nanti bolehlah cuba Rabia.
Deletex pernah try lagi banana pudding ni.. jangan sampai sis turun senawang cari banana pudding ni.. hahahaha..
ReplyDeleteTak payah turun Senawang pun takpe sebab saya tengok haritu masa stay Putrajaya, kat sana pun lagi banyak pilihan. hihi...
Deletearitu viral juga kan makanan yg berkait dgn pisang...sy tak ingat... lengat pisang kot? ke pisang ijo? entah laa hahaha laa ni bana puding pula... waduhhhh...
ReplyDeleteYe, betul. Lengat pisang kot yang orang jual mahal ada gold paper ke apa entah kan. Banana pudding ni sedap!
DeleteTapi susah juga kalau lokasi pindah2 yaaa. Susah nak cari, terutama bagi saya yg tak familier dengan area sana 😅😅. Harap2 nanti jumpa banana puding yg sedap juga
ReplyDeleteBetul tu, susah kalau pindah-pindah. Kena rajin tengok mereka update di medsos. Harap nanti Fanny jumpa yang sedap nanti.
Delete