Header Ads

Jual Besi Dan Plastik Di Tempat Kitar Semula

Minggu lepas kami buat spring cleaning. Segala barang yang dah tak elok, tak berguna kami asingkan ikut kategori masing-masing. Bila dikumpul-kumpul macam banyak pula. Rugi kalau dibuang begitu saja. Baik jual!

Biasanya barang yang boleh dikitar semula kami akan letak di luar rumah je sebab setiap hari Selasa pihak majlis perbandaran akan datang kutip. Jadi, tak perlulah ke tempat kitar semula untuk buang barang-barang tersebut. Cara begitu, tak dapat pulangannya lah. 

Kami dah terbiasa buang sampah asingkan, mana yang boleh dikitar semula. Bekas makanan kertas dan plastik akan dibersihkan dahulu. Tak lupa segala tin dan botol. Semua tu kumpul dan letak di luar setiap hari Selasa. 

Untuk sampah sisa makanan pun ada bekas khas sendiri supaya tak bercampur dengan sampah kering. Sampah domestik ni akan dikutip setiap hari Isnin dan Khamis. Jadual pun dah dah semat dalam kepala. 

Disebabkan yang kami kumpul kali ni banyak. Rasanya lebih berbaloi kalau dijual. Besi-besi spare part kereta, kotak-kotak dan bekas plastik. Besi jenis berat jugalah. Kalau dijual pada yang bawa lori surat khabar lama tu, tak berapa lumayan.

Pernah jual besi apa entah dan juga majalah lama. Dapat RM2 hengget je. Tak berbaloi sungguh lah. Sejak tu memang tak jual lah pada mereka. Jadi, kami pun carilah tempat yang boleh jual barangan kitar semula di Sekitar Seremban ni.

Hasil carian encik suami, jumpalah KCA Metal Trading ni di jalan Jelebu yang tak jauh sangat dari rumah. Disini hanya terima besi dan plastik je. Kertas mereka tak nak. Walaupun saya nampak ada lambakan kertas. Mungkin mereka tak terima dah kot.

KCA Metal Trading Seremban

Terkejut bila masuk dalam ni, penuh dengan lambakan besi, aluminium dan plastik. Jadi, rajin-rajinlah ye asingkan sampah kitar semula. Selain jaga alam sekitar, boleh juga tambah pendapatan jika dijual. 

Takpun boleh kitar semula jadi benda baru yang boleh kita guna. Yang penting jangan buang merata-rata.

Tempat Kitar Semula

Di kejauhan ada jentolak sedang memenyekkan besi. Kita perati je. Senang betul dia musnahkan sebuah kereta.

Tempat Kitar Semula

Macam-macam jenis besi ada di sini. Proses jual beli pun cepat. Lepas timbang, mereka keluarkan resit dan ambil duit di kaunter. Inilah hasil yang kami dapat, RM19 jual beli dan plastik. 

Harga besi dan plastik
  • Besi RM0.85/kg
  • Plastik RM0.40/kg

Tempat Kitar Semula

Lepas tu kami ke MBS (Majlis Perbandaran Seremban) nak jual kertas dan e-waste pula. Tapi kami tak jadi jual. Sebabnya apps KITARecycle tu tak function. Tak ada tempat timbang. Dah tu macamana nak jual dan claim points? Kiosk pun tak ada orang jaga. Hmmm...

So tak tahu lah nak jual kertas dan e-waste di mana. Siapa tahu, jangan lupa komen. Area Seremban, Bangi dan Putrajaya. Kalau ada satu tempat tu boleh jual semua benda lagi bagus.

8 comments:

  1. Dapat RM19 hasil jual barang kitar semula, memang kira lumayan!
    Bagus kan buat gini, boleh bantu selamatkan alam sekitar dan bantu tambah duit mengopi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun rasa begitu. Kira berbaloi jugalah. Betul, setuju tu kak Ujie. hihi..duit mengopi ek.

      Delete
  2. Memang elok sangat. Kami kumpul di rumah, ada hari tertentu, lori datang ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Senang ada lori datang ambil setiap minggu.

      Delete
  3. linda pun setakt asing botol2 plastik dengan kaca je lah...minyak masak pun dah ada 2 botol penuh (5kg punya) juga tu...
    kalau nak jual dekat majlis nie, rasenya macam hari kerja je deme beroperasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat banyak tu kalau 2 botol penuh 5 kg. Saya punya botol minyak belum penuh lagi. Jarang buat goreng-goreng.
      Oh, weekdays je ke. Tapi tengok jadual dia weekend pun ada. Mungkin masa saya pergi tu tak ada orang jaga kot. Nanti kena check balik. Terima kasih share.

      Delete
  4. Rajin betul spring cleaning siap kategori segala! Kalau aku, baru asingkan plastik dengan kertas je pun dah rasa macam menang cabaran eco-warrior 😅. Tapi betul lah, daripada buang terus, baik jual dan dapat jugak RM19, boleh beli teh ais 5 gelas! 😂. Harapnya lepas ni ada juga tempat one-stop centre jual semua barang. Best senang hidup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang mood rajin begitulah jadinya. Hahaha..sangat mencabar tu.
      Mak aihh sampai 5 gelas. Segelas pun payah nak habis.
      Harapnya begitulah. Mudah urusan. Memang senanglah hidup.

      Delete

Powered by Blogger.