Jual Barang Kitar Semula Kertas & E-Waste
Hasil buat spring cleaning haritu dapat jual besi dan plastik je. Selebihnya kami jual di Foo Sun Trading Sdn. Bhd yang membeli pelbagai jenis kertas. Encik suami tanya, boleh jual e-waste kat sini tak? Dia kata boleh, so kami tolak sekali lah di sini. Plastik dia tak nak.

Besar betul tempat ni. Penuh dengan sampah kertas sana sini. Sistem di sini agak berbeza sikit. Dia akan suruh kita lalu di jambatan penimbang. Dia akan timbang berat kereta sebelum dan selepas.


Tudiaa menimbun kertas. Kita perhati je pekerja-pekerja ni buat kerja. Pertama kali datang sini, agak teruja sikit tengok prosesnya.

Selepas kereta ditimbang mula-mula tadi, terus park kereta dan keluarkan barang-barang kitar semula. Lepas tu lalu semula jambatan timbang lagi untuk kira susut berat. Park di tepi dan ambil hasil duit jualan di kaunter. Begitulah sistem dia.


Besar betul tempat ni. Penuh dengan sampah kertas sana sini. Sistem di sini agak berbeza sikit. Dia akan suruh kita lalu di jambatan penimbang. Dia akan timbang berat kereta sebelum dan selepas.
Jadi dari situ dia akan kira berapa berat barang kitar semula yang kami bawa tu. Berat sebelum tolak berat selepas, 30 kg. Tapi masa tu kami bawa e-waste juga. E-waste tu dia timbang lain. Jumlah 30kg tadi tolak berat e-waste dapatlah berat kertas.

Barang yang kami hantar tu dalam garisan merah tu. Ada kotak produk, kertas beli kopi, paper beg dan majalah/catalog. Banyak juga tu setelah dilipat dan dimampatkan.

Barang yang kami hantar tu dalam garisan merah tu. Ada kotak produk, kertas beli kopi, paper beg dan majalah/catalog. Banyak juga tu setelah dilipat dan dimampatkan.

Kalau ada kotak-kotak tu simpan dan boleh tukar jadi duit nanti. Dia tak ambil plastik tapi ada banyak pula sampah botol plastik di sini. Mungkin dah banyak lambakan plastik kot. Atau tak menguntungkan bagi mereka. Kita akur je lah. Dah orang tak sudi, nak buat macamana.

Tudiaa menimbun kertas. Kita perhati je pekerja-pekerja ni buat kerja. Pertama kali datang sini, agak teruja sikit tengok prosesnya.

Selepas kereta ditimbang mula-mula tadi, terus park kereta dan keluarkan barang-barang kitar semula. Lepas tu lalu semula jambatan timbang lagi untuk kira susut berat. Park di tepi dan ambil hasil duit jualan di kaunter. Begitulah sistem dia.
Jadi, hasil haritu dapatlah RM13. Bolehlah buat duit kupi-kupi.

Kalau barang kitar semula tu banyak, lebih lumayan di jual. Kalau sikit tu kami letak di depan rumah je lah setiap hari Selasa majlis perbandaran akan ambil.
Paper bag pun Fizah jual juga, ye. Akak susun elok dalam drawer, sebab ada kegunaan, kadang anak atau suami bawa bekal, boleh guna. Tak pun, isi barang shopping di kedai. Kotak mahal juga, kan, dia orang ambil, selain tin aluminium.
ReplyDeleteYe Kak Nur. Paper beg lama-lama yang disimpan tu. Yang baru-baru masih ada simpan untuk kegunaan akan datang.
Deletebagus ada kedai seebegini dapat menggalakkan orang supaya tidak membuang kertas merata rata sekaligus boleh dapat duit juga kan.
ReplyDeleteSalam kenal dari New Follower, jemput singgah di teratak yang tidak seberapa ni
Betul. Sambil tu boleh tambah duit poket sikit.
DeleteSalam kenal. Terima kasih sudi singgah.
Wah hebat
ReplyDeletesaya juga begitu, sampah botol maupu kertas bahkan besi, saya kumpulkan
Jika dirasa sudah banyak, jual dah. Lumayan hasilnya ,bisa buat jajan dan ngopi
Yang ni kebetulan buat spring cleaning, hasilnya banyak. Biasanya kalau mingguan tu sikit je dan saya letak di luar rumah sahaja untuk diambil oleh pihak majlis perbandaran. Betul tu lumayan boleh buat beli jajan dan kopi.
DeleteBaguih juga ada experience sampai ke kilang kan? Uncle selalu sampai kat center je.... Tak tau apa belaku belakang tabir.
ReplyDeleteTempat jual dan proses ni di tempat yang sama dapatlah kita tengok. Tapi ni dia proses pelupusan je kot.
DeleteCuya ada banyak buku2 lama
ReplyDeleteTapi cadangnya nak hantar ke perpustakaan negeri sebab diorang terima buku2 lama. Daripada dibuang, lebih baik beri pada library , senang keje Cuya
Okay juga tu. Ikut kemudahan dan keperluan masing-masing.
Deletemesti bnyk awak kitar semula sb dapat rm13..sy kalau jual minyak baru dapat 10++..pusat ni kat mane?
ReplyDeleteYa, banyak. Hasil spring cleaning memang banyak. Yang lama-lama tak guna buang je. Kalau sekadar kemas biasa tu tak lah banyak. Itu yang rajin nak pergi jual tu. Dalam gambar resit tu ada alamat penuhnya.
DeleteKami pun dah jadi rutin jual barang recycle ni. Bukanlah sbb duit sangat pun, tapi utk kelestarian alam.
ReplyDeleteSamalah. Setiap minggu akan letak barang kitar semula di luar rumah untuk dikutip pihak majlis. Yang ni sebab banyak, bolehlah jual untung sikit.
DeleteBarang kat rumah ni husband byk bagi kat jiran yg mmg kumpul2 barang gini. Konsep sedekah ke apa ntahlah huhu
ReplyDeleteOkay juga tu. Ikut masing-masing punya cara gitu.
Deletebagus hantar barang untuk kitar semula.barang boleh diguna pakai semula dan kita pun dapat duit juga
ReplyDeleteBetul. Amalkan konsep reduce reuse recycle.
Deletedkt ofis, bldg mgmt panggil company dtg, kita jual kat mereka..ada ewaste lg mudah nak lupuskan kamera, handphone,, cartridge ink yg lama2...
ReplyDeleteSenang macam tu ada company datang dan boleh lupuskan e-waste. Kalau tidak tak tahu nak buang kemana.
Deletesennag, timbang sekali dengan kereta...mcm nak jual buah sawit pula
ReplyDeleteOhh macam tu jual sawit ye. Jenuh tu kalau nak angkat satu-satu. Better macam ni sekali timbang dan terus angkut keluar je kan.
Delete