Tukar Bateri iPhone Original Di Taliponiesta Seremban Cepat Siap!

iPhone 6s yang saya beli sejak tahun 2017 jadi hak milik suami dah mula menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Kesihatan bateri dah tahap teruk dah. Kejap kejap kena charge. Lupa pulak tahap kesihatan bateri tinggal berapa peratus.

Saya pun cadangkan pada suami untuk tukar bateri baru je lah. Kebetulan ada follow satu kedai ni yang memang ada service tukar bateri iPhone original, Taliponiesta Seremban. 

Sebelum pergi tu dah survey siap-siap dan buat kaji selidik. Tengok iphone battery replacement malaysia price 2022 yang ditawarkan Taliponiesta masih dalam lingkungan bajet. Jadi, bolehlah tukar bateri iphone 6s original di Taliponiesta Seremban ni.

Nak tukar bateri iphone di switch atau machine risau kalau kena tinggalkan phone. Dahlah tak ada phone spare. Plus, procedure dia mesti leceh. Warranty pun tamat sudah. Harga tukar bateri iphone di switch pun tak tahu berapa. Takut tak dilayan pun ye jugak. Banyak persoalan bermain di fikiran.

tempat tukar bateri iphone original

Nak mudah dan yakin Taliponiesta ni iPhone Reseller & Repair yang boleh dipercayai, jadi kita ke sini je lah. Nasib baik juga masa kami pergi tu masih ada lagi stok bateri untuk model iphone 6s. 

Almaklumlah iPhone 6s mana trend lagi sekarang. Tak keluar dah pun. Yang ada second hand. Itu pun orang tak pandang dah.

Harga tukar bateri iphone original 6s RM109 dan siap lebih kurang 10-15 minit macam tu. Memang cepat siap! Tak perlu tunggu lama. Ada warranty selama 2 bulan. Tukar bateri bulan 8 haritu. Setakat ni dah masuk bulan 9 okay perform baik punya. Sehari kadang tak perlu charge.

Walaupun model iPhone 6s dah lama berlalu tapi masih perform lagi. Cuma bateri je kena tukar dan tak dapatlah lah nak turut serta iOS 16. InshaAllah ada rezeki lebih nak juga upgrade iPhone 12 Pro Max sekarang ke 14 Pro Max. iPhone 6s boleh simpan buat spare. 


Kot ada tercari cari kat mana tempat tukar bateri iphone original, bolehlah ke Taliponiesta Seremban ni. Nak tahu harga tukar bateri iphone original, semak iphone battery replacement malaysia price 2022 Taliponiesta.

Selain tu Taliponiesta ada menawarkan service kerosakan yang lain seperti tukar screen dan lain-lain. Ada juga ready stock premium used iphone dan juga boleh buat installment untuk products Apple iPhone, iPad, Apple Watch dan Macbook.

Taliponiesta @ Seremban | iPhone Reseller & Repair Centre Seremban

Business Centre, 140-G, Jalan Toman 7, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi : 10:00 pagi - 7:00 malam

8 comments:

  1. ok jugak harganya kan, tak terlalu mahal..yang penting tahan lama dan original

    ReplyDelete
  2. Dahulu ada kedai Taliponiesta di Ayer Keroh tapi perasan kedai dah tiada lepas PKP. Mungkin pindah.
    Haah cepat tukar bateri tidak perlu tinggalkan adalah perlu selain harga berpatutan.
    Semoga dapat iPhone 14 baru nanti. Insya Allah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tutup kot kak. Sebelum ni ada Taliponiesta Nilai juga, tapi dah tutup. Senang tak perlu tinggal phone. cepat pun cepat dorang buat kerja.
      Aamiin...

      Delete
  3. iphone 6 yg terakhir wak pakai., pastu pakai android smpi skrg., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih okay lagi tak wak ip6 tu? Saya masih setia dengan ip untuk long term used. Dah move on lama dengan android :)

      Delete
  4. tq info...senang nanti bila dah move back to Seremban next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Ohh nak pindah Seremban nanti ye. Selamat jadi warga Nismilan semula :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.