Tarikh Cantik Tahun 2022

Sejak habis PKP, semakin rancak kenduri kahwin sana sini. Tapi majlis tetap diadakan secara sederhana mengikut SOP yang ditetapkan. Biasa bulan Disember ni meriah dengan kenduri kahwin sebab dah bermula cuti sekolah.

Ada cuti sekolah, ada lah kenduri. Itu dulu. Sejak COVID-19 duduk sekali dengan kita, cuti sekolah entah kemana, nak ramai ramai pun tak boleh. Yang terpaksa tangguh kahwin pun ada. Kenalah merancang semula pilih tarikh cantik tahun 2022.

Angka tahun 2022 pun dah cukup cantik dah, kan? Ada yang tengah cari tarikh cantik kahwin 2022, tarikh cantik untuk nikah 2022, tarikh cantik bertunang 2022, bolehlah pilih antara tarikh cantik tahun 2022 nanti.

Biasa tarikh cantik cepat kena sambar terutamanya nak booking dewan, katering, mak andam dan macam-macam urusan lagi.

Rindu pulak nak pergi kenduri kahwin. Lepas PKP belum ada rezeki lagi merasa nasi minyak. 

Tengok gambar bunga manggar hasil buatan saya masa majlis kahwin saya, perasan juga zaman sekarang dah jarang nampak bunga manggar. 

jom baca : fungsi bunga manggar | DIY bunga manggar

Tarikh Cantik Tahun 2022

Tarikh Cantik Tahun 2022

JANUARI 

1.1.22 (Sabtu - Cuti Sekolah)
2.1.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
22.1.22 (Sabtu)

FEBRUARI

2.2.22 (Rabu - Tahun Baru Cina)
20.2.22 (Ahad)

MAC

13.3.22 (Ahad - Cuti Sekolah)

APRIL

2.4.22 (Sabtu)
24.4.22 (Ahad - Ramadhan)

MEI 

2.5.22 (Isnin - Akhir Ramadhan & Cuti Ganti Hari Buruh)
22.5.22 (Ahad)

JUN

6.6.22 (Isnin - Keputeraan Agong)
26.6.22 (Ahad)

JULAI

2.7.22 (Sabtu)
22.7.22 (Jumaat)

OGOS

20.8.22 (Sabtu)
28.8.22 (Ahad)

SEPTEMBER

2.9.22 (Jumaat)
16.9.22 (Jumaat-Hari Malaysia)

OKTOBER

2.10.22 (Ahad)
22.10.22 (Sabtu)

NOVEMBER

11.11.22 (Jumaat)
20.11.22(Ahad - Cuti Sekolah)

DISEMBER

2.12.22 (Jumaat-Cuti Sekolah)


26 comments:

  1. Dulu, sanggup vacum satu rumah semata nak dapatkan tarikh cantik bersalinkan Iman 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya macam exercise nak bersalin awal ke camne? Hihi..

      Delete
  2. Rasanya 20.2.2022 paling cantik nombornya.

    ReplyDelete
  3. Kenapa tarikh 22.2.22 tak tersenarai… lupe kot…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tarikh tu tapi bukan hari jumaat sabtu ahad yang biasa buat kenduri. Tapi boleh je kalau nak buat. Mungkin typical hari kenduri jumaat sabtu ahad je.

      Delete
    2. owh... hari jumaat, sabtu, ahad je ker... ok

      Delete
    3. Jarang orang buat majlis hari bekerja. Hari Jumaat tu orang dah start cuti dan ada beberapa buah negeri cuti Jumaat. Boleh je kalau nak buat date yang cantik yang kita nak :)

      Delete
  4. Baca entri ni tengok link bunga manggar..Maa sha Allah cantiknya bunga mangga DIY tu Fiza..Pastu ralit pula baca old post...Comel gambar kahwin..Eh..macam stalker pulak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh.. jauh perginya tu beberapa tahun lampau. Heheh.. terima kasih mama cella. Puas hati dapat DIY bunga manggar sendiri.

      Delete
  5. apalah erti tarikh cantik kalau tiada calon. bak kata bebudak sekarang: padan muka sape suruh singlet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pernah dengar ayat first tu. Huhu.. jodoh ada tu. Cuma tunggu masa je.
      Budak budak sekarang macam macam ayat jadi trend.

      Delete
  6. Saya suka 22.11.22 tuh! Tapiii, takde plan majlis pape plak..HAHHAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bertemu jodoh. Mana tahu betul betul dapat nikah date cantik tu.

      Delete
  7. cntik je smua date tu… yg nk kahwin boleh set date dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bertemu jodoh tu kena cepat cepat pilih tarikh cantik dan booking awal persiapan tu kan.

      Delete
  8. Saya termasuk yg tak kisah Ama tarikh cantik 😄. Yang penting pas nak nikah, tanggal apapun je lah... Tap perlu tarikh cantik. Justru di tarikh cantik biasa sewa gedung lebih mahal lagi 🤣.

    Selama pandemi nih, belum ada sekali saya datang ke wedding reception kak. Bukan tak ada yg nikah, tapi temen2 saya yang sudah menikah semua, atau kalopun ada yg belum, dah tak nak nikah mereka 😅. Jadi udah sepi lah undangan nikah nih 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu, kalau tarikh cantik ni harga boleh tahan jugak sebab jadi rebutan kan.
      Ohh macam tu, tunggu jemputan saudara mara je lah kan :)

      Delete
  9. tarikh cantik ramai yg akan pilih utk abadikan majlis kenangan nanti ...mcm bertunang, berkawin

    ReplyDelete
  10. hmmmmm akak nak booking utk apa ek, fiza?
    anak nak kawin, mcm melampau awal.
    bersalin? kilang closed production oredi :) ha ha ah ah ha...

    akak tgk dah jugak kalendar thn depan.
    siap beli satu kalendar islam tempek kat rumah.
    plan utk holiday @ camping.
    kena plan sebab thn depan anak2 exam SPM dan PT3.
    penting kalendar ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...gelak besar tu kak. Manalah tahu, boleh cadangkan date untuk mereka yang nak melansungkan majlis besar ke kan.

      Tahun depan macam tak ada cuti sekolah rasanya selain sabtu ahad. Anak anak exam besar kena plan betul betul cutinya tu :)

      Delete
  11. 2.2.22 anak buah ammi bersanding di Johor.. nikah dah lepas, tp sanding je tak sudah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh persandingan tertangguh lah ni. Musim covid ni memang dahulukan nikah dulu. Tak boleh nak nikah terus sanding macam dulu sebab SOP berubah ubah kadang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.