Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir

Kita nak bantu mangsa banjir tapi kadang tak tahu nak sumbangkan apa. Mana-mana individu atau pertubuhan yang nak menyumbangkan bantuan barang keperluan mangsa banjir, boleh tengok senarai barang keperluan yang diperlukan semasa pasca bencana banjir.

Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir
sumber : Public Health Malaysia


Senarai barangan keperluan mangsa banjir

1. Minuman bersih - air mineral
2. Susu kotak atau Milo kotak/minuman kotak
3. Barang makanan segera - Jenis yang boleh terus dimakan, contohnya roti atau makanan dalam tin
4. Pakaian Dalam
5. Pakaian bersih
6. Krim kulit - elakkan kulit gatal terkena air banjir
7. Lilin
8. Pampers/ tuala wanita
9. Tuala
10. Telekung/ tudung
11. Dapur portable + gas
12. Sweeper
13. Genset + Waterjet + Petrol - kena check dulu rumah ada air ke tidak
14. JCB & Roro - Memudahkan bersihkan selut dan angkut sampah sampah 
15. Air manis
16. Tong air - Simpan barang makanan atau air bersih dengan selamat.
17. Ubat ubatan asas - seperti panadol, ubat gamat, minyak angin dan sebagainya
18. Selipar
19. Tilam & bantal
20. Face mask
21. Kit hygiene

Ada lagi? Boleh tambah di dalam kotak komen.

Sama-samalah kita doakan semoga bencana banjir berakhir segera dan mangsa banjir diberikan kekuatan mental dan fizikal menghadapinya. Aaaminnn...

Bantulah selagi mampu
Kita kena cuba ikhtiar untuk membantu. Kalau ada duit, sedekahlah, Kalau kurang berduit dan berani untuk sumbang tenaga, buatlah. Kalau tak mampu sedekah dan sumbang tenaga? Berdoalah dan sebarkan kebaikan. Sekecil-kecil tindakan kita, Allah yang menilai.- Jentik hati

   

20 comments:

  1. harap janganlah ada yang bagi beras, tepung atau minyak masak. garu kepala mangsa banjir nak masak kat mana. kalau nak bagi baju pun biarlah yang senang pakai macam Tshirt, seluar dan tudung sarung. orang takde masa nak melilit shawl atau cari brooch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua makan sebaiklah ready to eat. Pakaian pun bagilah yang elok dan kena dengan kesesuaian.

      Delete
  2. Semoga mangsa2 banjir dipermudahkan urusan mereka...
    semoga smeua nya dalam keadaan selamat dan sihat...
    Semoga semua nya cukup makan , pakai ....

    ReplyDelete
  3. Setuju tu mendoakan pun dah dikira membantu juga. Ada juga rakan-rakan sekolah dan tempat kerja Mrs. A yang terjejas kami sebagai kawan-kawan dan rakan sekerja ada jugalah membantu serba sedikit.

    ReplyDelete
  4. Bnayak keperluan yang perlu disediakan buat mangsa banjir selain makanan...harap- harap dipermudahkan buat mereka semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu kak. Banyak keperluan selain makanan.
      Aaaminn..

      Delete
  5. insyaAllah,..semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terbabit

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan mangsa. Moga Allah gantikan yang hilang/rosak dengan perkara yang lebih baik. Amin.

    ReplyDelete
  7. betul gak kan. powerbank tu penting juga tu

    ReplyDelete
  8. berat ek kali ni ujian banjir. terkenangkan manik urai few years back.
    now, ulu langat plak tu. KL pun. aduhai...
    banjir lumpur plak tu, fiza, Allahu Akbar! sukar nak ngemas balik.
    lom lagi harta benda, kan. kuat betul ujian mereka.

    tu la tu, byk jenis bantuan. sesungguhnya benda ni bukan boleh jangka.
    tak pernah banjir, tetiba banjir. sekelip mata, semalaman! suspen semua org.
    beri bantuan ikut kemampuan dan keupayaan, kan.
    doa tu paling penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa sangka banjir boleh berubah jadi teruk sekelip mata. Berbagai ujian setahun dua ni. Semoga mereka terus kuat semangat. Mana yang mampu kita tolong, kita tolong.

      Delete
  9. Memang betul-betul tak sangka banjir kali ini dasyat..
    semoga idpermudahkan urusan semua yang membantu tak kiralah dari segi barang, makanan, duit, tenaga mahupun doa..

    ReplyDelete
  10. Haritu ada orang cari spray untuk serangga, deodoran pun iye jugak... Macam Febreze punya penyembur pun dorang nak.. untuk memana barang yang selamat lagik... Fuh, mencabar memangnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berguna jugak sparay serangga tu kan. deodoran termasuk dalam hygiene kit jugak tak. Banyak sebenarnya keperluan yang diperlukan. Naka hulurkan barangan kena tengok dulu apa yang tak cukup. Jangan jadi macam bagi pakaian tu, berlonggok longgok pakaian orang taknak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.