Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut

Ketika menghadapi kematian ahli keluarga, keperluan kewangan adalah penting untuk menguruskan jenazah. Segalanya perlukan upah. Bagi yang kesempitan kewangan, pasti buntu untuk menguruskan jenazah sehinggakan ada kes terpaksa menangguhkan pengebumian.

Pernah berlaku sebelum ni ada kes ahli surau menolak untuk menguruskan jenazah seorang bayi  kerana ibu bapa tidak mampu bayar segala upah yang diperlukan. 

Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut

Bunyi macam kejam tapi hakikatnya itu yang berlaku. Dan tak semua surau mempunyai kewangan yang stabil.  Sistem khairat kematian masjid juga ada prosedur tertentu.

Jadi, khairat kematian adalah satu kepentingan untuk waris ambil tahu. Sebarkan supaya jika berlaku sesuatu pada pada kita atau pasangan atau ahli keluarga supaya boleh tuntut khairat kematian.

Apakah khairat kematian

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu bermaksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. 

Menurut Kamus Dewan pula, derma didefinisikan sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.

Ada banyak cara dan tempat khairat kematian yang boleh dituntut. Kegunaan duit khairat kematian dapat meringankan beban waris dan mempercepatkan proses urusan jenazah. Selain itu, boleh digunakan untuk bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau digunakan untuk tujuan yang baik. Terserah pada waris. Khairat kematian tidak dikira sebagai harta pusaka.

Apa apa pun khairat kematian perlu diutamakan untuk urusan jenazah terlebih dahulu. Boleh juga guna duit sendiri dana kemudian ganti semula. 

Senarai khairat kematian yang boleh dituntut

  • Tuntut khairat kematian khairiah MASJID 

Jumlah bayaran : Sekitar RM 500 - RM 5,000
Syarat : si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

  • Tuntut khairat kematian PERKESO

Jumlah bayaran : RM 2,000
Syarat : si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

  • Tuntut kematian KWSP

Jumlah bayaran  : RM 2,500
Syarat : si mati ahli/pencarum KWSP

  • Khairat kematian BANK RAKYAT

Jumlah bayaran : RM 3000
Syarat : si mati ada akaun Bank Rakyat, hanya untuk pemegang akaun saham dan akaun kredit sahaja

  • Tuntut khairat kematian ASNB

Jumlah bayaran : RM 200 - RM 2,000
Syarat : bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

  • Khairat kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI

Jumlah bayaran : RM 500 - RM 5,000
Syarat : si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

  • Khairat kematian PESARA KERAJAAN DAN PENJAWAT AWAM

Jumlah bayaran : RM3,000
Untuk Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam (Meninggal Dalam Perkhidmatan) disebut sebagai BANTUAN MENGURUS JENAZAH. Boleh tuntut melalui jabatan akhir gemulah (Penjawat Awam), dan melalui KWAP untuk Pesara yang meninggal dunia (Borang mohon melalui KWAP).

  • Khairat Kematian Takaful

Jumlah bayaran : RM 2000-RM5000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful masing-masing.
Syarat : Jika ada mencarum dalam mana-mana skim takaful. 

  • Khairat Kematian Ahli RELA

Jumlah bayaran : RM2500
Syarat : Pernah jadi ahli RELA. Boleh rujuk kepada pejabat RELA berkenaan.

  • Lain-lain

khairat kematian maybank
khairat kematian cimb bank
khairat kematian public bank
khairat kematian bpr
khairat kematian asb
khairat kematian ibu bapa penjawat awam
khairat kematian tabung haji
khairat kematian pembayar zakat

Cara tuntut khairat kematian

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Sebaik sahaja berlaku kematian, terus tuntut khairat kematian.

Yang bekerja sendiri, tidak mencarum dalam Perkeso dan KWSP, boleh carum secara sukarela. Datang ke pejabat Perkeso dan ikutlah prosedur yang diberikan.

sumber : Dr Khairul Faizie

20 comments:

  1. Baru OM tahu pasal khairat kematian, terima kasih untuk perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Wah,banyak rupanya cabang khairat kematian yang boleh dituntut..Saya pun jarang ambil tahu benda2 macam ni..TQ info

    ReplyDelete
  3. Sesetengah orang tidak ambil berat tentang khairat kematian.
    Terima kasih di atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. surau saya ni ada je khairat kematian tapi kadang-kadang kalau orang tak mencarum pun diorang bantu uruskan. tong-tong la sorang sikit. tak sampai hati agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bagus sangat kalau macam tu. Sesama berikan sumbangan membantu.

      Delete
  5. banyak juga cabang boleh mohon ya. tq sharing

    ReplyDelete
  6. Banyak saluran untuk dapat khairat kematian rupanya.

    ReplyDelete
  7. Banyak juga khairat kematian yang boleh dituntut. Ingatkan kat masjid je. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, banyak salurannya. Dan ada lagi yang kita tak tahu mungkin.

      Delete
  8. Dalam taman ni memang ada buat kutipan...Senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangat buat macam tu kan. Senang jika berlaku kematian boleh terus beri bantuan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.