Pendakian Ke Puncak Gunung Datuk Yang Mencabar

Monday, September 26, 2016


Sabtu lepas dah bercadang dengan husband nak mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Dah lama tak mendaki konon nak menguji stamina. Kali terakhir mendaki Bukit Batu Chondong tu je yang tak berapa nak tinggi. Kali ni Gunung kedua Fiza cuba mendaki selepas Gunung Angsi. Husband kata nak mendaki Gunung Datuk ni lagi mencabar, setengah permulaan trail je dah kena mendaki laluan pacak yang dipenuhi dengan akar-akar dan ada juga laluan tanah yang agak licin. Kena berhati-hati lebih.

Mula mendaki pukul 8:++pagi dekat pukul sembilan macam tu. Selepas meregangkan otot-otot terus mulakan pendakian. Setengah permulaan laluan pacak tu memang Fiza kurang stamina juga, banyak berhenti tapi macam biasalah kena gigih, kuatkan mental untuk sampai ke puncak. Kalau tak, takde makna mendaki kalau tak sampai ke puncak tu. Hari tu memang ramai sangat yang mendaki dan ada juga yang berpatah balik selepas suku perjalanan. Budak-budak kecil mendaki pun seronok je tak penat gayanya. Hebat betul adik ni!

Separuh lagi nak sampai ke puncak, laluan sedikit senang ada mendatar dan ada pacak juga. Setelah berpuluh kali stop, akhirnya sampai ke puncak dalam pukul 12 tengahari. Betul-betul dah panas masa ni. Sampai atas rehat dulu memandangkan ramai orang dah sampai puncak, carilah ruang kosong untuk berehat sementara menunggu giliran nak naik ke puncak.


Untuk pengetahuan semua (yang belum pernah hiking Gunung Datuk), nak naik ke puncak ni ada beberapa stage, dah sampai ke puncak ada kawasan luas untuk kem perkhemahan (untuk mereka yang nak bermalam). Lepas tu, naik atas sikit ada ruang sedikit luas (kat tempat ni Fiza rehat sekejap sementara tunggu giliran nak naik ke puncak). Minum air dan makan coklat dulu nak topup tenaga dengan cepat.

Tinggi Gunung Datuk 2900 kaki, 884 meter

Selepas berehat sambil menunggu giliran, barulah naik ke puncak. Cabaran terakhir untuk sampai ke puncak agak mencabar sebab kena panjat batu tapi ada tangga disediakan. Nak naik turun tangga ni tak confident sebenarnya. Goyang-goyang dan takut tak kukuh. Kalau jatuh, memang jatuh ke bawah jawabnya. Jadi, kena hati-hati dan pegang tangga atau tali yang ada. 

Tangga pertama

Tangga kedua dan terus sampai puncak

Akhirnya sampai ke puncak yang paling puncak pukul 1pm. Memang panas gila kat atas ni sebab batu je kan. Jadi tak sanggup nak stay lama. Lagipun tak boleh lama sebab ramai yang menunggu untuk naik. Kenalah snap dan amek gambar disetiap sudut yang ada cepat-cepat. Elok ke tidak gambar belakang cerita. Surburn dan cepat pening kalau panas-panas ni. Kena jaga kesihatan juga sebab perlukan tenaga untuk turun ke bawah juga.

Kawasan batu landai. Baring pun best ni!

Wajiblah ambil gambar dengan papan tanda ni. Tanda dah sampai puncak!

Permandangan yang cantik kat puncak ni.

Batu yang kami bersandar ni batu paling tinggi kat puncak tapi kamiorang tak naik atas batu ni sebab susah nak naik. Tak pasal jatuh ke bawah nanti.

Jadi, naik atas batu kedua tinggi je la. Cantiknya permandangan!

Dah selesai ambil gambar semua. Mula turun pukul 1 lebih. Setengah perjalanan turun berjalan dengan lancar cuma stop beberapa kali je sebab sakit kaki. Kemudian terserempak pulak dengan geng satu sekolah yang nak naik. Bagi semangat sikit kat dia sebab baru pertama kali hiking gunung. Sembang kejap lepas tu teruskan perjalanan turun.

Dalam masa suku perjalanan ke bawah, lutut kaki kiri dah mula sakit-sakit. Dan bila lama-lama Fiza paksa berjalan akhirnya tewas. Nak luruskan dan bengkokkan kaki berjalan tu sakit sangat. Terpaksa berhenti banyak kali sebab tak tahan sakit. Nak menangis rasanya. Tapi tahan je. Berapa kali Fiza mengadu sakit kat husband. Husband nak call mintak bantuan pun Fiza tak bagi. Dia nak dukung pun Fiza taknak. Terpaksalah kuatkan semangat teruskan perjalanan. 

Terpaksa buat jalan macam ketamlah, jalan macam itik lah asalkan boleh sampai kat bawah walaupun lambat. Husband carikan kayu untuk sokong kaki berjalan. Alhamdulillah, boleh berjalan laju sikit. Tapi tulah, banyak berhenti jugak.

Sementara berhenti, ada sorang pakcik ni kebetulan tengah turun dan tengok Fiza macam sakit je. Dia pun tanya Fiza sakit kaki ke? Terus dia offer panadol active fast untuk hilangkan sakit sikit. Pada mulanya taknak sebab Fiza ni jarang sangat makan panadol sebab biasa tak pernah berkesan. Tapi ambil je la, kotlah tetiba okay pulak kan. Air pulak masa tu tinggal sikit. Cukup-cukup untuk minum makan panadol tu. Lepas makan tu, tiada perubahan juga tapi tetap kena gigih bergerak walau hakikatnya hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya lutut masa tu.

Jalan sikit-sikit akhirnya sampai bawah pukul 5 Petang. Bayangkan dari pukul 1 lebih dan sampai bawah pukl 5petang. Ambil masa 3jam lebih tu. Dengan cuaca panas dan kehausan memang mencabar sungguh pendakian kali ni. Tak pernah jadi macam ni bila turun daripada mendaki. Kena jadikan pengajaran untuk pendakian akan datang. Kena bawak air lebih. Pendakian kali ni bawak 2Liter air masak dan 500ml air isotonik je. Ingatkan macam cukup tapi tulah bila benda kebetulan nak jadi kan. Bersyukur sangat berjaya sampai ke bawah walaupun dalam keadaan sakit lutut. Masa ni terbayang dah teh ais bagai. Memang nikmat kalau dapat masa ni.

On the way balik tu terus singgah kedai beli air. 1 Liter air 100plus, 1 Liter air masak dan 1 kotak air teh bunga kekwa tu. Sekejap je habis air tu cuma air masak tak buka. Sampai rumah, mandi, solat dan rehat. Malamnya tengok lutut ada bengkak sikit. Paling sadis bila nak tidur tak selesa sebab tak boleh nak bergerak mengiring ke apa. Asal kaki bergerak sikit memang sakit. Bertabahlah wahai Fiza oiii. Pagi esoknya lutut masih dalam keadaan yang sama sakitnya. Risau pulak macam ni. Harap tak berterusan sakitnya. Hanya mampu bertahan. Nak urut tak pandai, takut lain jadinya. Sembahyang pun terpaksalah sembahyang duduk. Kalau duduk dan baring lama lagi sakit bila nak bergerak tu. Fiza ambil keputusan taknak merehatkan kaki sangat, aktifkan sikit kaki berjalan sikit-sikit. Alhamdulillah malamnya kaki dah okay sikit nak berjalan.

Tak serik ke hiking? Mungkin tidak lah kot! Untuk pendakian Gunung Datuk ni rekod Fiza naik selama 3 jam dan turun 3jam lebih (sebab sakit kaki). Kalau mereka yang dah biasa hiking dan stamina kuat mungkin ambil masa 2 jam naik dan 1 jam turun.

Opss..sorry entry terpanjang kali ni. Rasa macam buat karangan sekolah pulak. Terima kasih sudi baca sampai habis.(kalau habis bacalah :p). Sayang awak ketat-keta. Eh, macam dah lama tak dengar ayat ni.

3 comments

  1. moga cpt smbuh ya fiza.. risau gak jd gitu. apa pun smgt kena kuat kan!!

    ReplyDelete
  2. kalau sy mmg tak beranilah tgk korang amek gambar dekat puncak tuh pon dah ketar lutut.hehe

    ReplyDelete
  3. sy baca sampai habis :D yeay

    teringin sgt nak hiking kat gunung msia ni tp tak berkesempatan :D seronok baca pengalaman orang :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.