Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Spaghetti Aglio Olio Tak Cukup Bahan


Morning! Dah sarapan ke belum korang? Of courselah dah sarapan kan. Kalau belum, jangan terliur pulak tengok gambar makanan pagi-pagi ni. Jamu mata je boleh. Nak menjamu korang jauh nun di sana. Spaghetti Aglio Olio tak cukup bahan hasil masakan di tengah malam tadi. Jenis Fiza, kalau lapar sebelum tidur memang kena makan. Kalau tak, memang tak boleh tidur. Tapi lepas makan kena delay pula waktu tidur. Takkan lepas makan terus tidur. Memang tak bagus dan kalau korang sendiri pun lepas makan terus baring mesti tak selesa kan. Mesti nak duduk biarkan makanan tu hadam dan selepas 1 jam baru lah boleh nak baring. Tapi kalau tertidur sambil duduk tu macamana pulak? Kekeke...Jangan buat perangai ye.

Bila dah lapar, terfikir nak masak benda senang untuk di masak. Kebetulan teringin nak makan spaghetti Aglio Olio ni. Bahan-bahan yang ada pun kira memadai lah untuk menu ni. Udang je ada, sotong takde stok dalam peti ais. Jadilah kan ada seafood sikit pun. Asal boleh lah. Dalam tak cukup bahan pun sedap juga. Cuma tak sesedap kat kedai. Kat kedai tu seafood memang banyak sikit. Mahal pun mahal. Kan? Setakat nak merasa lepas tekak sendiri why not masak sendiri guna apa yang ada. Bukan kena pandai masak sangat tapi rajin tu lagi penting dan di tambah dengan se kilang kasih sayang. Confirm sedap punya! Cewahhhh


Nak resepi spaghetti Aglio Olio yang mudah, korang google je. Berlambak resepi yang ada. Kalau ikut resepi Fiza, resepi campak-campak je apa yang ada. Janji boleh makan. Bila bahan tak cukup, kita perlu jadi seorang yang kreatif berfikir. Betul tak?

Dalam internet pun ada pelbagai versi. Ada yang letak bahan itu, ada yang letak bahan ini. Kadang-kadang jadi confused. Kalau bahan takde tu, kita gantikan dengan spesis bahan yang lebih kurang. Sebab tu Fiza cakap tadi kena jadi seorang yang kreatif juga nak memasak ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. sedapnya, huhu. rasa nk masak juga la cmni

    ReplyDelete
  2. tak cukup bahan tapi tetap nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  3. lapar terus tengok posting A'A ni ;)
    betul, kalau bab-bab memasak ni, kalau kurang bahan kat dapur tu, kita kena jadi seorang yang kreatif kat situ kan :D

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak buat spaghetti... EN somi request byk kali dah tp mood nak buat x de lagi takat ni.. hehehe.. Nampak spaghetti fiza ni sodap jerk..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.