Riang Ria Raya Haji

Saturday, September 17, 2016


Masih ada yang bercuti panjang ke awak-awak semua?? Untunglah kan cuti lama. Kadang-kadang bagus juga berehat lama sikit kalau dah lama tak bercuti tapiiii...bila dah lama bercuti tu mulalah lemau sikit nak sambung bekerja. Samalah dengan update blog ni. Kalau lama tak berupdate, sekali nak update blog ayat tunggang langgang jadinya. Makanya, jomlah kita sentiasa merajinkan diri.

Bagi peluang kejap Fiza nak bercerita sikit tentang ria raya haji ye walaupun macam dah basi je kan. Raya haji tahun ni Fiza dan husband beraya di kampung Fiza di Segamat, Johor. Sebelum balik Segamat macam biasa singgah kampung husband dulu di Kuala Pilah. Bab balik raya ni takde istilah gaduh-gaduh. Nasib dua-dua kampung dekat je. Untung kan. Ala yang kahwin kampung jauh pun untung juga, untung berjalan jauh luas pengalaman orang kata. Tak payah nak sembang cakap "ala, berlagak kampung dekat senanglah nak balik kampung". Oh tidak! Masing-masing ada kesenangan masing-masing kan. Tak payah nak iri hati sangat boleh tak? sentap tau!

Tahun ni raya haji tak ramai adik-beradik Fiza yang balik. Almaklumlah yang jauh-jauh nak balik cuti pun sehari je kan. Jadinya beraya di rumah masing-masing je la. Raya haji pun tak banyak bergambar. Yang ada pun selfie laki bini dan melayan anak buah je la. 


Beraya pun setakat sebuah rumah je. Tengahari sampai ke petang duduk rumah je menikmati juadah raya sampai perut pun dah tak sihat macam-macam makanan masuk. Rugilah kalau raya tak makan makanan yang hanya di jamu waktu raya je macam lemang, ketupat semua tu. Paling best kalau di johor dapat makan soto. Sedap! Kebetulan pergi beraya rumah sedara dapat makan soto. Rezeki sangat. Kat rumah sedara ada pulak buaian ni ha. Apa lagi tak lepaskan peluang bergambar macam orang jakun. Ye, memang jakun sekejap. Kat rumah sendiri tak berapa nak ada. Tumpanglah sekejap kat rumah orang.


Bila raya haji menu raya kebanyakkannya lebih kepada berasaskan daging. Banyak juga dapat daging lembu korban. Tapi Fiza kurang makan daging cuma setakat merasa tu je la.Husband pun sejenis yang tak makan daging. Untunglah orang lain dapat makan lebih sikit bahagian yang kitaorang tak makan tu. 

Petang raya pun dah ramai yang balik sebab cuti sehari je. Fiza dan husband balik esok harinya. Ada lah masa sikit duduk kat kampung menikmati suasana kampung sendiri. Itu je la cerita raya Fiza. Cerita sikit je la sebab dah janji nak cerita sikit je tadi.


5 comments

  1. dah abes dah cuti! skg dah masuk keja..serious betul kalau cuti tuh nak masuk keja balik alahai lemau sangat.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidiladha. Nani ni lah salah sorang yang bercuti seminggu nanti nak start balik buat kerja tu tak tahu lah macam mana. Hahaha

    ReplyDelete
  3. akak tak beraya mana pun.main masak-masak kat rumah..lepas tu bawak kakak ipar datang rumah jalan-jalan ke nusajaya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.