Buah Pulasan Yang Tak Berapa Nak Pulas

Monday, September 19, 2016



Mewah betul duduk kampung dengan segala buah-buahan yang tengah musim sekarang ni. Buah rambutan, buah durian, buah langsat, buah duku langsat (dukong-tak pasti ejaan dia, kalau salah tolong betulkan) dan macam-macam jenis buah ada. Buah rambutan dah jemu makan. Buah durian pula memang Fiza tak makan. Buah langsat tak berapa suka sebab ada getah-getah yang nanti akhirnya akan rasa kelat. Buah duku langsat Fiza suka tapi susah nak dapat kot. Satu lagi buah yang jarang dapat merasa adalah buah pulasan. Tak ramai yang tanam dan tak ramai yang jual.

Bila susah nak dapat, sekali dapat merasa agak jakun sikit. Ishhh tak habis-habis dengan jakun dia. Buah pulasan ni spesis buah rambutan je. Cuma rerambut dan kulit dia lebih tebal dari buah rambutan. Tapi isinya lebih umphh dan lebih manis dari buah rambutan. Kira macam premium buah rambutan la gitu tarafnya. Harga pun lebih mahal sikit kan? Paling teruja bila dapat buah pulasan ni sebab nak main pulas-pulas.


Konon-konon sekali pulas bolehlah terbuka kulitnya. Rupanya tak! Pulas punya pulas pun tak terpulas dah. Sudahnya gigit sikit dah pulas barulah boleh. Inilah buah pulasan yang tak berapa nak pulas sangat. Mungkin teknik memulas tu kena betul kot? Tu yang tak boleh-boleh. Terus mood down nak makan pulasan ni. =__='


6 comments

  1. Sedapnyeee.. lama tak makan.. :)

    ReplyDelete
  2. uiihhh..sedap..jiran baru bagi jugak haritu kat kampung....tapi tulah,batuk..tak boleh makan banyak

    ReplyDelete
  3. best dok kampung yang banyak pokok buah-buahan ni..tapi kalau kampung akak ada pokok rambutan je..

    ReplyDelete
  4. Betul kak.. sekarang ena jarng nampak orang jual buah pulasan ni. Favourite ena juga ni. Kalau time memulasnya memang habis tangan merah2 dan pedih. hahaha

    ReplyDelete
  5. haritu balik kampung makcik bagi buah pulasan ni..rupanya dia ada pokoknya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.