Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Gelabah Akaun Instagram Kena Hacked

Pagi tadi lepas upload gambar kat instagram, ada dapat beberapa message kat inbox facebook bagitahu yang something wrong dengan account instagram Fiza. Bila dapat tahu, terus tengok akaun instagram tu. Tengok gambar, information semua dah bertukar. Cuma gambar post masih ada. Ahhh sudah! ayoyo apa sudah jadi? Akaun instagram Kena hacked ke ni? Terus pergi kat setting nak tukar semua dengan harapan bolehlah kembali ke asal balik. Tapi dapat tukar gambar default profile je. Username dan yang lain tu dah di taip pun tak boleh tetap save maklumat hacker tu. Adoiii..gelabah dan blur.
Dah minta bantuan mereka yang pernah kena hacked macam ni. Dah buat report bagai. Dalam masa yang sama Fiza explore dan cari jalan yang boleh membantu. Cari punya cari, cuba untuk log in akaun dan dalam masa yang sama menggunakan password yang sama. Eh, boleh pula masuk tapi gambar dan maklumat zero! Okay, rasa nak nangis masa ni. Tapi tahan dulu Fiza. tahannn.. Fikir positif! Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Harap-harap akaun dapat dipulihkan dan dikembalikan. Sedih betul kalau semua gambar hilang begitu je dan paling tak best bila sebelum ni banyak post review produk dan sekarang ada job review produk yang nak kena post kat instagram. Bila akaun instagram jadi macam ni, kerja lain juga terlibat sama.

Sangat menakutkan kalau jadi macam ni. Sebab ianya ada maklumat peribadi dan secara tak lansung mencemarkan peribadi. Tak pasal-pasal boleh tahu maklumat peribadi dan memburukkan imej kita. Nasib baik password email dan facebook lain-lain. Kalau tak memang habis la di godam sama. Harap-harap takde benda buruk berlaku. Dah hati-hati pun terjadi juga. Benda yang tak boleh dijangka kan. Buat masa ni hanya mampu bersabar menunggu.

One Love,
Fiza yang sedang bersedih =_='

Post a Comment

5 Comments

  1. Ya Allah, kesiannya akak. skrang ni mmg bnyk sngt kes hacked ni. harap akak sabar k. inshaAllah insta akak akan okay..

    ReplyDelete
  2. huhuhu. bertabah lah kak. In shaa Allah nnti dpt balik

    ReplyDelete
  3. Ya Allah jahatnya. Semoga dapat dikembalikan balik and jadi macam asal.tergendala keja kalau mcm tu. sabar yer.

    ReplyDelete
  4. Allahu T___T

    cuak jugak tgk description dia tuu

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. Harap Instagram dapat diselamatkan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.