Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Noneh Kocak


Apa benda noneh kocak ni? Noneh kocak bersamaan dengan nanas kocak. Perkataan nanas disebut dalam loghat nismilan sebabnya noneh kocak ni di jual di Kuala Pilah. Of courselah kena sebut dengan loghat nismilan kan. Kalau yang biasa lalu jalan dari Seremban ke Kuala Pilah mesti ada ternampak gerai tepi jalan eden cowboy yang dulunya popular dengan coconut shake, kopi koboi, pisang keju dan lain-lain tu mesti dah tahu kan.

Rasanya jualan Noneh kocak ni baru je di jual sebab sebelum ni balik kampung Kuala Pilah tak nampak pula banner noneh kocak tu. Kebetulan masa raya nak balik kampung tu, ternampak banner tu terus mintak husband beli.


Fiza sebenarnya memang kurang sikit makan buah nanas ni sebab selalu termakan yang kurang manis. Itu yang macam serik nak makan. Tapi nak juga rasa noneh kocak ni. Yang menariknya noneh kocak ni ada aiskrim sekali atasnya.

Noneh kocak ni kira buah nanas blend dicampur air batu dan air sikit kot, rasanya manis buah dan bukan manis air gula. Memang rasa fresh bila minum. Rasanya bukan manis je, ada rasa masam sikit-sikit tapi takdelah masam sangat. Tapi bila dah campur dengan aiskrim tu rasa dia bertambah sedap. Okaylah kan. Kalau korang lalu jalan ke Seremban-Pilah atau Pilah Seremban tu bolehlah cuba rasa. Kedai di buka hari sabtu ahad je. Harga cuma RM2.90. Selain noneh kocak ada minuman kopi dan teh hipster tu. Pisang keju pun ada. Biasanya Fiza beli kopi je. Dah ada menu baru noneh kocak ni, haruslah kena cuba rasa.

Post a Comment

1 Comments

  1. hok aloh...nenas rupanya...sedpnya dia blend dengan air batu ke...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.