Design Logo Calysta's Jelly

Friday, September 23, 2016


Terlupa pulak nak update entry artwork hari ni. Takut korang jemu! Kalau korang jemu pun tetap nak update jugak. Selain untuk tambah portfolio diri sendiri, boleh jadikan sumber inspirasi juga kan. Jangan tiru bulat-bulat lonjong-lonjong sudah lah ye.

Tempahan ni dari customer yang sama untuk design Calysta's Baby Gourmet yang Fiza dah update sebelum ni. Untuk pengetahuan semua, Calysta ni ada bermacam cabang perniagaannya. Hebat betul! Kali ni design untuk agar-agar kering. Pada mulanya Fiza nak kekalkan logo Calysta yang sebelum ni tapi customer nak design lain. Jadi, kita ikut permintaan customer lah ye.

Logo yang simple tapi comel. Setuju tak? Disebabkan simple je, jadi takde ape nak cerita sangat tentang logo. Cukup dengan jenis tulisan yang comel dan agar-agar yang comel.



Terima kasih order!

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.