8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

Azhafizah MN
By -
1
Huawei Best Wei! Generasi inovasi. Kini sudah mari. Gaya ranggi. I am my personality. Mesti korang dah biasa dengar lagu ni dalam iklan Huawei kan. Best ke wei huawei ni? Nak tahu best ke tidak, Fiza akan berikan 8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8 ni. Untuk pengetahuan semua, Huawei Honor 8 dah ada dalam pasaran di Malaysia. Jadi, jom sama-sama teruja nak tahu tentang Huawei Honor 8 ni. Mana tahu terminat dan bakal terbeli nanti kan.

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

1. REKA BENTUK YANG ELEGAN DAN ERGONOMIC

Fiza rasa semua orang meletakkan rekabentuk yang cantik sebagai sebab nombor 1 untuk membeli smartphone. Orang kata "dari mata jatuh ke hati". Oleh sebab tu kalau lihat pada reka bentuk Huawei Honor 8 ni mesti ramai yang jatuh hati dengan rekabentuk yang cantik menawan dan menarik. 
  • Huawei Honor 8 mementingkan kekuatan tersendiri
  • Menampilkan keindahan kaca yang menjadikan Honor 8 lebih nampak elegan, licin dan lebih penting ianya ergonomic!
  • Direka khas daripada 15 lapisan craftmanship dengan  kesan 3D yang menjadikan reka bentuk ni nampak canggih dan bergaya. 
  • Dilengkapi dengan Dual 2.5 kaca 
  • Setiap sudut berbentuk bulat

2. KAMERA DEPAN DAN BELAKANG YANG CANGGIH

Yang suka ambil gambar dan yang suka selfie, Fiza cadangkan Honor 8 ni untuk korang. Gerenti puas hati sebab ada kamera depan dan belakang yang super canggih. Nak ambil gambar letak dalam blog dan upload di laman sosial pun cantik je tau! 

  • Mempunyai 12MP (Mega Pixel) Dua lensa yang memberikan lebih banyak pencahayaan untuk menghasilkan gambar bewarna yang lebih cantik. 
  • Kamera depan memiliki 8MP dan 1.4aum saiz pixel beserta flash untuk memberikan gambar yang cantik walaupun dalam keadaan gelap. Perfect selfie mode!
  • Memiliki hybrid auto focus yang boleh meluaskan bakat photography korang.
  • Memiliki professional mode untuk pelbagai jenis tetapan aperture dan shutter speed.
  • Wide aperture modes yang boleh di set daripada F0.95 sehingga F16 untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan cantik. Paling menarik, boleh tetapkan semula fokus walaupun selepas mengambil gambar. Haa..teruja tak?

3. BATERI TAHAN LAMA DAN CEPAT DI CAS

Selalu on data mobile internet menyebabkan bateri cepat habis kan. Lagi-lagi kalau korang jenis yang suka online di lama sosial. Bateri yang tidak tahan lama agak menyusahkan sebab perlu cas bateri banyak kali. Tapi, jangan risau dah sebab bateri Honor 8 ni memang tahan lama dan cepat pula tu cas bateri sampai penuh. Jadi, boleh online selalu.
  • Memiliki sebanyak 3000mAH kapasiti bateri yang disokong oleh Smart Power 4.0 maximizes. yang boleh digunakan dalam 1.77 hari untuk penggunaan biasa dan 1.22 hari untuk penggunaan yang kerap.
  • Mempunyai 9V/2A teknologi cas yang cepat 47 % dalam masa 30minit!

4. PAPARAN YANG LEBIH MENARIK UNTUK PENJAGAAN MATA DAN AUDIO YANG BERKUALITI TINGGI

Jenis Fiza, memang suka tengok paparan skrin handphone yang menarik baru puas hati. Apa yang menarik tentang paparan Honor 8 ni, baca bawah ni :
  • Honor 8 memiliki paparan skrin 5.2 inches dengan 1080 Full HD menghasilkan warna yang lebih cerah dengan 96% high color gamut (NTSC), peningkatan warna serta menggunakan teknologi pelarasan pixel level yang dinamik. 
  • Menerapkan eye care mode yang dapat menapis sinaran blue (Blue Ray) untuk penjagaan mata bagi mereka yang selalu menghadap handphone. Bagus kan!
  • Mempunyai microfon tambahan untuk penindasan gangguan bunyi bising dan menghasilkan suara yang jelas dan kuat apabila berkomunikasi melalui hands-free.
  • Memiliki pembesar suara yang memberikan kuasa bunyi muzik yang berkualiti tinggi.

5. KOMUNIKASI PINTAR DENGAN 2 ATENNA DAN WIFI YANG LAJU

Pergi mana-mana pun signal talian dan Wi-Fi tu penting kan! Memiliki 2 attena dan Wi-Fi yang laju adalah salah satu kelebihan yang korang perlu tahu. 

  • Mempunyai 2 Atenna (Smart Double Antenna Switch) untuk dapatkan signal komunikasi yang lebih kuat untuk memastikan pengguna menerima sebaik mungkin. 
  • Dengan adanya  Smart Dual-Band Wi-Fi Switching dapat menyokong 2.4GHz sehingga 5GHz. Dah cukup laju dah tu.
  • Membantu dan memudahkan pengguna untuk menyambung ke talian tempatan dengan cepat ketika bercuti di luar negara.

6. MEMILIKI KAWALAN PINTAR UNTUK PERALATAN ELEKTRIK.

Yang ni sangat menarik untuk dikongsikan dan boleh dijadikan sebab utama untuk memiliki Honor 8. 
  • Kawalan pintar (smart control 4.0) mampu mengawal peralatan elektrik seperti penghawa dingin, TV dan lain-lain. Ciri-ciri ini mempunyai peranti sokongan yang dikeluarkan oleh lebih 5000 jenama antarabangsa dan lebih daripada 230, 000 model antarabangsa. Wow! Hebat dan canggih!

7. SISTEM PENGIMBAS CAP JARI YANG PANTAS DAN SISTEMATIK

Fiza percaya setiap pengguna yang memiliki handphone mesti ada ada password untuk dibuka. Dan sistem pengimbas cap jari yang lebih bagus dari sistem password tu sebabnya kalau orang lain tahu password dah boleh buka tapi kalau menggunakan cap jari memang tuan punya handphone je boleh buka. Salah satu ciri-ciri keselamatan barangan peribadi perlu di fikirkan juga ye. Penting sangat tu! Apa yang Honor 8 berikan untuk sistem Finger Print ni?
  • Unlock handphone sepantas 0.4 saat je!
  • 3D finger print (cap jari)
  • Disokong dengan NFC Tag read N write, P2P transfer dan SIM/HCE-based mobile payment

8. PRESTASI CPU YANG TERBAIK

Honor 8 memiliki prestasi Unit pemprosesan Pusat (CPU) yang bagus bagi mengatasi masalah handphone yang kerap tersangkut dan lembap.
  • Honor 8 dikuasakan oleh 2.3 GHz CPU OCTA-core serta memiliki 4GB LPDDR4 RAM yang. Sangat sesuai untuk multitasking dan pemain games tegar!
  • Mengandungi 15 co-processor yang mampu meningkatkan kelajuan pemprosesan, masa tindak balas dan jangka hayat bateri. Secara ringkasnya laju!


Dan sebenarnya banyak lagi sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8 ni. Tapi cukuplah dulu 8 sebab ni. Bagi yang dah teruja dengan Honor 8 ni, boleh dapatkan Honor 8 dengan harga yang berpatutan di Lazada  yang dikeluarkan dalam 2 pilihan dalam 4 warna iaitu hitam, putih, biru dan gold.

1. Honor 8 (4GB RAM + 64GB ROM) 
Percuma : Honor Band SS + Protective Cover (RM498.00). 
RM1,899.00

2. Honor 8 (4GB RAM + 32GB ROM) 
Percuma : Selfie Stick + 5000mAh Powerbank + Protective Cover (RM294.00). 
RM1,699.00 

UNTUK PEMBELIAN HUAWEI HONOR 8

Satu lagi berita baik yang nak Fiza kongsikan juga, Lazada bakal buat MYCyberSale diskaun sehingga 95% bermula 26 September 2016 sehingga 30 September 2016. Jadi, bolehlah beli Huawei Honor 8 ni kan.

[Klik banner untuk maklumat lanjut]

Post a Comment

1Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment