Upgrade Streamyx 4Mbps to 8Mbps FREE HyppTV

Friday, May 08, 2015

Disebabkan tak nak ada komitmen dengan astro makanya terus Upgrade Streamyx 4Mbps to 8Mbps dapat FREE HyppTV. Sebelum ni langgan streamyx 4Mbps je tapi kalau nak tambah HyppTV kena add on decoder HyppTV dengan bayaran. Tapi kalau upgrade ke 8Mbps dapat FREE decoder dan bayaran bulanan cuma tambah sikit je.


Dari tambah duit bayar decoder baik tambah sikit je untuk setiap bulan tapi dapat decoder FREE dan dapat upgrade ni kira lajulah sikit upload download dan usage tu kan. 

Nak upgrade streamyx cuma terus pergi ke TM branch yang berdekatan, isi form untuk upgrade tanpa perlu bayar apa² sebab bayaran akan dimasukkan dalam bil berikutnya mengikut plan baru yang dah upgrade tu.

Upgrade akan amek masa dalam 2-3 hari bekerja dan boleh pick up decoder HyppTV di mana² branch. Lepas tu decoder pasang sendiri ikut manual yang diberikan. Mudah je. Siap dah!


FREE beberapa channel untuk sebulan je. Tapi jarang jugak tengok TV. Kalau channel HyppTV memang okaylah gambar siaran tu kalau channel lain agak kurang sharp dan kadang² internet slow loading kejap. Itulah gangguan yang tak bestnya.

Ada juga channel dari astro yang di ambil macam astro oasis. Belum habis explore lagi sebab nak sentuh remote pun agak kurang. Memang kurang tengok TV. Upgrade pun sebab nak internet laju dan alang² tambah HyppTV sebab Free decoder kan. Okaylah tu.


Bila dah upgrade ni, so akan bermula kontrak yang baru selama 2 tahun dan jumlah bil pun akan berubah setiap bulan.
Nak tahu lebih tengoklah info kat sini ye
www.streamyx.info
www.tm.com.my/hypptv

14 comments

  1. ehhh nak jg la...laju2 g tukar, hehehe

    ReplyDelete
  2. akak baru lepas upgrade streamyx..tapi taklah besar sangat..by the way..hadiah dah sampai..thanks fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. upgrade pun dah okay kak..okay kak, thanks inform :)

      Delete
  3. mcm menarik je ni.. kiranya astro potong la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang xpasang astro pun yui..xde astro maksudnya.

      Delete
  4. laju gile tu...hahaa...tula..mcm sy... nk dedua laju.... sebab dedua kami guna,, ma n abah x men internet sgt.....

    anak2 jaaa... hahaa

    ReplyDelete
  5. Singgah pagi...Nieyl masih lagi guna astro..
    sbb x amek channel byk pun...streamyx pun still pakai jugak..
    belum fikir lagi nak tukar :) sbb jarang tgk tv..jarang ada kat umah...

    ReplyDelete
  6. hmm... dah tutup akaun streamyx nie..

    ReplyDelete
  7. rasanya kena sambung balik ... baru laju sikit update blog. :D

    ReplyDelete
  8. Lepas ni kalau nak download movie pun laju jer internet .. best pulak tu ..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.