Jadual Entry Untuk Blogger

Tuesday, May 26, 2015

Bermula tahun ni  dah siapkan satu notebook khas untuk Jadual Entry Blog. Kononnya nak nampak macam blogger yang lebih bersistematik dan dah tentu Fiza jenis yang suka buat kerja ikut sistem. Nampak progress dan nampak sikit usaha kat situ untuk perbaiki cara yang lama. Itu cara Fiza la, setiap orang ada cara masing masing.

Bagi Fiza cara jadualkan entry lebih mudah nak rancang ataupun rekod segala aktiviti blog. Kalau ada idea Fiza akan tulis entry macam biasa dan buat autopublish. Tapi kalau sebaliknya Fiza akan masukkan dalam jadual setelah publish entry untuk rekod aktiviti blog juga. So nampak  full aktiviti blog setiap hari.
jadual-entry-untuk-blogger

Target Fiza nak tulis entry 4-5 entry sehari. Kadang² maintain dan kadang² kelaut. Susah sangat nak konsisten tapi itu bukan penghalang. Kena usaha kalau nak berjaya. Update entry banyak² ade orang baca ke? Tak kisah takde yang baca atau komen asalkan sesuatu tu kita share ada maklumat yang orang lain mungkin mencari jugak kan.

Adakalanya entry santai je. Tapi kalau ada yang bosan, itu masing² punya perasaan. Kita cuma manusia masing berhak merasa apa² pun kan. No problemo. Bergantung pada cara masing² dan masing² hebat dalam penulisan.

Alhamdulillah dengan cara ini kita nampak apa yang kita dah tulis dan mudah nak semak semula mana yang dah tulis. Cuma yang susahnya bila takde idea.. Dah boleh stress tetiba kat situ. Tapi nak jadi blogger kenalah jiwa kental, sayang haters dan terus berusaha. Usah dengar kata² mereka yang memberikan kata negatif, jadikan yang negatif itu positif. Okay?

nak cuba cara Fiza ni silakan, Sekadar berkongsi idea. Bila selak selak notebook ni rasa seronok macam buat kerja sekolah lah pulak..hahaha.


15 comments

  1. wahhh.. ajarlah kite jadi blogger kental mcm fiza, hehe~

    ReplyDelete
  2. wahh, nanti kalau laptop kt rumah tu dh ok bebetul... nak buat mcm nila..tp sy target dua entri je minima... hahaa

    paling2 pun wordless laa sgt brmkneee... winkk !

    ok...semoga sis trus kental dan sado dlm dunia bloggingggg..huhuu ~ ~ keep it up ! (h)

    ReplyDelete
  3. Singgah pagi...bgs² nie
    wah!nieyl pun skrg nie pergi kemana sahaja..notebook ade dlm handbeg..
    sbb kdg² dpt idea secara spontan atau tak sengaja...:)

    ReplyDelete
  4. wah, nampaknya fiza konsisten buat 4 - 5 entry sehari.. akak dpt buat entry 1 hari 1 tu dah kira untung hehe...

    ReplyDelete
  5. akk selalu ke laut kalo apdet entry...
    tmbh lg sekarang mls nk bukak blog.. haha

    ReplyDelete
  6. bagusnya sis Fiza..saya update blog ikut mood..tapi sekali update memang panjang berjela

    ReplyDelete
  7. Sebelum bersalin, saya pun buat jugak jadual entry. bila dah beranak hari tu, lari terus semua jadual. ni pun dah nak dekat sebulan tinggal blog. ni baru nak start semula

    ReplyDelete
  8. Biasa buat gak utk up entri dan bw pastu lama2 jd malas dah huhu

    ReplyDelete
  9. cik nor dah banyak hari tak updates blog..haha

    ReplyDelete
  10. Rajinnye Fiza buat jadual... terbaiklah .

    ReplyDelete
  11. bila dah ada jadual ni,senang skit nak agihkan kerja..taklah terlupa nak buat.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.