Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Cara Simpan Resit Pembelian Harian

Selalunya bila kemas handbag atau purse mesti ada terselit macam macam jenis resit. Itu yang kekadang buat penuh purse je. Kekadang ade juga terselit dalam poket seluar bila nak basuh seluar tu. Ada juga resit yang nak kena simpan kalau beli barang elektrik yang ada warranty tu. Kalau simpan pun kekadang lupa letak mana kan.

cara-simpan-resit-pembelian-harian

Jadinya bila macam ni apakata jadi lebih sistematik letak dalam satu buku khas segala resit harian mengikut hari. Ini cara Fiza simpan resit pembelian/perbelanjaan harian. Tak kisahlah keluar duit beli apapun. Kalau takde resit Fiza just tulis je untuk rekod.

Bila dah buat macam ni kita nampak ke mana duit kita guna setiap hari. Make sure kena rajin la hari hari buat. Make sure clear dalam kereta, bag, purse tanpa sebarang resit untuk dimasukkan ke dalam buku tu.

cara-simpan-resit-pembelian-harian

Mula mula buat mungkin macam malas kan tapi bila dah makin penuh buku rasa semangat dan rasa patut buat hari hari dan jadi lebih disiplin lah kot. Dah macam kerja office pulak anak buah Fiza cakap. hahaha.. Tak kisahlah nak cakap apa.

Cara macam ni lagi senang kot nak rujuk balik atau nak check apa yang kita dah beli. Cara korang camne pulak? Meh share..ke buang je?

Fiza baru je buat cara ni awal bulan February hari tu. So belum proper sistematik lagi ni. Buku pun hampir penuh pemberian dari blogger Suriamanda. Alhamdulillah digunapakai dengan baik. Next year kena stand by buku tebal sikit dan lebih sistematik gitu.

Post a Comment

15 Comments

  1. Singgah sini...
    Ya Allah...rajin nyer la akk nie...
    klu nieyl nie laaaa...simpan dlm wallet atau dalam handbeg je laaa...
    itupun lepas tuh ke tong sampah..hihi

    ReplyDelete
  2. bgsnye fiza..akak xsimpan pun sume ni..resit taska ank je smpan..

    ReplyDelete
  3. tpi kalau resit bank tu..cepat je hilang karbonnye.... mcm nona..nk cek customer punye pyment... kne awal2 update, hahaa..nanti ilang.....nyesal pulokk~

    ok ,nk try jugak la mcm ni.... kalau...rse rahjin amat... hahhaa~
    sis fiza ade buat pelan kewangan takk? bole share?

    ReplyDelete
  4. hehehe..akak tak pernah pun simpan resit pembelian harian fiza...

    ReplyDelete
  5. nice tips. saya memang selalu konon nak simpan resit, but at last bila dah macam sepah dalam beg cari kunci tak jumpe, ke tong sampah juga =))

    ReplyDelete
  6. wah, rajinnya fizah simpan resit.. akak simpan resit beli buku/majalah jer sbb nak clear utk income tax. tapi sejak dah kena gst ni akak simpan jugak resit.. sbb nak check brape gst dah kena byr huhu...

    good idea buat camni.. tq sharing ;)

    ReplyDelete
  7. Pernh juga buat mcm ni masa kira bajet kawin dulu, skrg ni mcm mls suda hihi

    ReplyDelete
  8. betul gak kan....menarik ni...

    ReplyDelete
  9. pernah juga buat macam nie tetapi bila dah missed 1 hari... langsung give up :P

    ReplyDelete
  10. Amalan macam ni memang bagus , senang nak buat rujukan.

    ReplyDelete
  11. Bila dah buat camni blh la jadikan amalan

    ReplyDelete
  12. bagus lah kak simpan resit.rabia kdg3 simpan dlm laci.kdg3 hilang gitu je resit.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.