Sepetang Bersama Blogger 2015 #SBB2015

Ramai bloggers menantikan pengumuman Sepetang Bersama Blogger 2015 yang katanya akan diumumkan secara rasmi pada pukul 3 petang semalam. Akhirnya terjawab sudah! Phew~ Tak tahu nak rasa apa kali ni sebabnya masih berkira² nak pergi ke tidak ni?

Macam ramai je blogger tak dapat join kali ni. Ada antara korang yang pergi tak? Tapi Sepetang Bersama Blogger 2015 kali ni banyakkkkk betul hadiahnya! Kecik besar kecik besar je tengok hadiah yang super awesome tu. Macam rugi je kalau tak pergi pulak kan? Mana tahu ade rezeki untuk tahun ni dapat hadiah ke.

sepetang-bersama-blogger-2015-sbb2015

Walaupun hadiah sangat menggoda tu but still.. Masih dalam dilema lagi.. =__=. Kalau takde clash date dengan plan lain inshaAllah bakal datang tapi kalau sebaliknya makanya takde rezeki nak join Sepetang Bersama Blogger tahun ni. 

Sepetang Bersama Blogger 2015Sekali lagi pihak Denaihati Network Sdn Bhd akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk kali yang ke 4. Majlis yang pada mulanya diadakan untuk memberi peluang kepada para blogger untuk berkenalan antara satu sama lain dan bersua muka di alam nyata. Pada tahun ini, majlis SBB 2015 ini diadakan dengan kerjasama pihak Yeo’s Malaysia yang menjadi penaja utama . Pihak Yeo’s telah bersama-sama menjayakan majlis ini sejak tahun 2014.
Setakat ini, pihak The Sumbs, eQurban Resources Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya telah sudi untuk sama-sama menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini. Sekiranya syarikat tuan puan ingin menaja majlis ini, boleh hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 akan membawakan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Pada tahun ini, majlis ini akan diadakan dengan aktiviti di luar dewan.
Acara akan diadakan di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015, bermula jam 8.00 pagi dan terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi untuk acara Blogger Treasure Hunt dan sesi petang acara Blogger Sharing Session.
Hashtag rasmi adalah #SBBYEOS2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent.
Acara treasure hunt dengan pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Hadiah berjumlah tunai RM5000 akan disediakan untuk peserta yang menyertai treasure hunt ini. Selain itu, terdapat hadiah-hadiah lain seperti iPhone 6, Samsung Note Edge dan pelbagai lagi hadiah lain menanti para peserta yang menyertai SBBYEOS2015 pada tahun ini.
Pihak Yeo’s juga akan menganjurkan Yeo’s Sitkom Blog Kontes untuk memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015. Kontes yang menawarkan hadiah GoPro Hero 4 sebanyak 3 unit untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman kontes ini daripada pihak kami.
Pendaftaran untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 akan dibuka mulai hari ini dan para peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari halaman rasmi SBB di www.sbb.my. Yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh ajukan kepada mana-mana team Denaihati atau email terus ke admin@denaihati.com- copy & paste dari shakiddo.com

8 comments:

  1. belum rajin lg nak pegi setakat ni, hehehe... tapi teringin la,klu ade blogger johor..boleh join sekaki, kannnnnn~,~

    ReplyDelete
  2. PG confirm tak datang T_T . Kalau dekat, nak juga hadirkan diri :)

    ReplyDelete
  3. Sesekali kalau buat luar dari KL pon best jugak..........

    ReplyDelete
  4. sbb datang lagi, untung siapa yang dapat join event hebat nie

    ReplyDelete
  5. belum pasti lagi dapat ikut atau tidak.... banyak sangat event dengan sini. :(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.