Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

7 Resepi Mudah dari Nutella

Suka Nutella? Apakata cuba 7 Resepi Mudah dari Nutella ni. Sangat mudah dan yang penting mestilah kena ada nutella. Dengan adanya Nutella ni boleh buat kek keju bakar Nutella, Kek Nutella, Biskut Nutella, Cupcake Nutella, Aiskrim Pisang, Roti bakar Nutella bersama marshmallow dan Puding Nutella.

Gerenti terliur bila tengok semua menu ni kan. Tak perlu susah payah nak beli. Buat sendiri je. Fiza share untuk korang dan juga untuk diri sendiri nanti ada masa bolehlah nak buat kan. Agak² craving Nutella ke, baru lah rajin masa tu. Kom cuba pelbagai resepi mudah berasaskan Nutella yang sedap ni.


1. Kek Keju Bakar Nutella
resepi-mudah-dari-nutella


Bahan bahan Kek Keju Bakar Nutella
2/3 cawan Nutella
12 keping biscut 'Oreo', dihancurkan 
3 sudu besar unsalted butter, di cairkan
1 cawan cream cheese, dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 cawan whipped cream

Cara membuat
1. Masukkan biskut 'Oreo' yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Dan bahagikan adunan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

2. Masukkan cream cheese dan Nutella ke dalam pengadun dan pukul sehingga sebati. Kemudian, campurkan vanilla ke dalam aduanan. Gunakan sudip untuk menggaulwhipped cream dan kacau sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan untuk dimasukkan ke dalam bekas untuk dihidang. Tutup bekas dengan pembalut makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 ja sebelum dihidangkan.

2. Kek Nutella

resepi-mudah-dari-nutella
Bahan Bahan Kek NutellaAnda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:
240g Nutella
4 biji telur (bersuhu bilik)
resepi-mudah-dari-nutella

Cara-cara membuat 
1.Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan bekas acuan bulat kek berukuran 20cm dan ratakan kertas pembakar di permukaan acuan.

2. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan laju sehingga benar-benar gebu. Ia akan mengambil masa selama 5-7 minit.

3.Sementara itu, masukkan Nutella ke dalam mangkuk berasingan dan panaskan ke dalam microwave selama 15-20 saat sehingga lembut. Kemudian, masukkan 1/3 daripada telur yang telah dipukul kedalam adunan Nutella. Pastikan anda menggunakan sudu besi untuk menggaul dengan cara menggulung adunan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan telur yang selebihnya ke dalam adunan sehingga adunan sebati.

4. Masukkan adunan yang telah dikacau sebati ke dalam acuan kek dan bakar selama 25-30 minit. Untuk memastikan kek anda cukup masak, cucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya tiada sisa yang melekat di lidi, ia bermakna kek anda telahpun masak secukupnya.

5. Biarkan kek sejuk sebelum dialihkan daripada acuan dan dihidangkan.


3. Biskut Nutella

resepi-mudah-dari-nutella

Bahan Bahan Biskut Nutella.
1 cawan Nutella
1 cawan (150g) tepung
1 biji telur
1/2 cawan (115g) gula kaster
resepi-mudah-dari-nutella
Cara membuat 
1.Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.

2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.

3. Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.

4. Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.

4. Cupcake Nutella
resepi-mudah-dari-nutella
Bahan bahan Cupcake Nutella
1 cawan Nutella 
3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara membuat 
1.Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.

2.Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.

3. Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari. 

4. Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.

5. Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersamacream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.



5. Aiskrim Pisang

resepi-mudah-dari-nutella

Bahan Bahan Aiskrim Pisang
Untuk membuat aiskrim pisang, anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:
2 sudu besar Nutella
2 biji pisang bersaiz besar

resepi-mudah-dari-nutella

Cara Membuat
1. Potong pisang menjadi kecil dan simpan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 2 jam. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.

2. Kemudian, masukkan Nutella ke dalam pisang yang telah dikisar dan kisar untuk beberapa saat lagi.

3. Alihkan ke dalam mangkuk kecil. Taburkan sedikit cip coklat dan hidangkan.


6. Roti bakar Nutella bersama marshmallow
resepi-mudah-dari-nutella

Bahan bahan Roti bakar Nutella bersama marshmallow
Nutella 
marshmallow
roti 
mentega

resepi-mudah-dari-nutella

Cara membuat
1.Letakkan marshmallow ke atas sekeping roti dan sapu Nutella ke atas sekeping roti lagi. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan apabila sudah cair, bakar roti yang di letakkan marshmallow. Pastikan marshmallow berada di permukaan  kuali. Kemudian, letakkan roti yang disapu Nutella di atas roti yang sedang dibakar. Terbalikkan untuk lekatkan kedua dua roti.

7. Puding Nutella
resepi-mudah-dari-nutella

Bahan bahan Puding Nutella
500g Nutella
800ml krim pekat
1 sudu besar air panas
2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara membuat
1.Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut. 

2. Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.

3. Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam. 

4. Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit whipped cream ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Credit info & image : sumber

Post a Comment

13 Comments

  1. nutella ni makan dgn apa pon sodap!

    ReplyDelete
  2. sedapnya Nutella. Rajin tak rajin nak buat jek. hehe

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak cecepat balik cuba resepi2 ni.. huhu

    ReplyDelete
  4. kalau kek batik..yg milo tu ganti nutella pun sedap.... nutella plus milo..huhuu~ x-)

    adoiiii, craving semuaaa berkaitan coklat yoouuuuuu~ x-)

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeeee..paling nk buat, roti bakar ngan marshmallow tu..sebab senang..yummmyyy..akak dah copy resepi ;)))))) :d

    ReplyDelete
  6. mudah jer resepi nutella nie..:)

    ReplyDelete
  7. roti bakar mashmellow nutella tu je kot yg cik nor blh buat..:)

    ReplyDelete
  8. entah dah berapa kali fiza post resepi kat blog.... akak salin jer buat belum lagi :P

    ReplyDelete
  9. akak salin resepi nie ye... TQ

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.