Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Telur Bistik Special

Telur Bistik Special antara menu yang senang nak masak. Kenapa special sebab terlebih bahan so nampaklah special kat situ. Sekali tengok dah macam masak paprik pun hado sebab telur dadar pun tak berapa nak nampak ye sebab bahan pun terlebih sudah.

Telur bistik favourite menu hubby itu sebabnya kena buat special sikit. Senang pun senang nak masak. Jimat masa dan juga bahan senang menu 2 in 1 sekali dengan sayur. Masak satu menu je sudah. Cukuplah kan untuk kami berdua pun.
resepi-telur-bistik-special

Ini baru nampak telur dadarnya...
resepi-telur-bistik-special

Resepi Fiza mudah je.
Bahan bahan Telur Bistik Special
Telur 2 biji
 1 sudu mayonis
Setengah biji bawang besar 
 2 ulas bawang putih 
beberapa cili api 
Minyak masak 
cili kisar 2 sudu
1 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
carrot dipotong dadu
tomato dipotong dadu
brokoli dipotong²
kacang panjang dipotong²
sotong dipotong kecil *boleh ganti dengan isi ayam. Kalau takde takpepun.
garam
1 sudu tepung jagung

Cara masak
1. pukul telur bersama mayonis dan buat telur dadar macam biasa. Dah masak masukkan dalam pinggan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api yang telah dipotong atau blend.
3. Setelah naik bau masukkan cili kisar dan biarkan sehingga garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan garam secukup rasa.
4. Kacau dan masukkan air sedikit dan masukkan sotong 
5. Bila sotong dah masak sikit masukkan carrot, kacang panjang, tomato dan akhir sekali masukkan brokoli. Masukkan sayur mengikut kecepatan sayur tu masak ye. Nanti kalau masuk awal layu sangat pulak.
6. Last sekali bancuh tepung jagung dengan air sikit dan masukkan sebab nak bagi kuah nampak pekat sikit. Kacau² sikit dah siap. Kemudian tuangkan atas pinggan telur dadar yang dah siap tadi.

Mudah je kan? Cuma banyak bahan sikit sebab special lah sangat kan. Selalunya kalau basic telur bistik cuma ada jagung dan kacang peas je kan. Nak letak bahan lain ikut suka.

Post a Comment

11 Comments

  1. Wah sedapnya telur bistik special :-)

    ReplyDelete
  2. Nak test resepi ni nt..hehe..mmg nmpak menggiurkan..

    ReplyDelete
  3. sedappp betol ..... nyumm3!!!!

    ReplyDelete
  4. terliur tgok.. sedapnye!
    blh try nt..
    =)

    ReplyDelete
  5. ni pun dah nampak sedap dan menyelerakan fiza,

    ReplyDelete
  6. betul2.. skrg ni msk 1 lauk yg ada 2 menu - sayur dan ikan/udang/sotong...

    ReplyDelete
  7. Menu yang ringkas bagi golongan yang bekerjaya ..

    ReplyDelete
  8. Wah bila tgk terasalapar la pulak hehehe

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik jer..Mesti sedap lazat dan memnuhi citarasa ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.