Cara Masak Beras Moghul Faiza Basmathi

Cara Masak Beras Moghul Faiza Basmathi. Bagaimana caranya?  Ada sesiapa yang berpengalaman masak beras moghul faiza basmathi ni tak? Dah lama mencari cara masak beras ni dengan betul. Sebelum ni Fiza masak mesti melekat dekat periuk. Rugi pulak rasanya dah beli beras mahal tapi yang tepi² tu melekat kat periuk. Padahal kalau masak nasi biasa okay je pulak. Tetiba rasa macam tak pandai masak nasi pulak. Newbie gitu!

cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi

Google punya google dan ikut cara mereka tapi masih result yang sama. Melekat! Terbaca pulak kat satu blog ni rupanya ada cara masak kat packaging beras ni..Punyalah sengal tak baca kan. Haishhh..Salahkan diri sendiri. So dah ikut dah cara yang ni. Tapi tapi masih mengecewakan. Melekat jugak sikit². Macam hari hari kena buat eksperimen masak nasi lah pulak gayanya..kurangkan air, tambahkan air..lansung tak menjadi.=__='


cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi

Agak agak ada tak yang tahu cara yang terbaik nak masak beras moghul faiza basmathi tanpa melekat kat periuk nasi. Harap sangat ada yang membantu. Ke ada yang mengalami masalah yang sama jugak? Help help...

cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi
Camnilah bila lepas masak tu. Melekat kat periuk. Rugi kan?
cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi
Rasa suka dengan beras ni sebab cepat kenyang. Makan sikit je dah kenyang. Wangi pulak tu dan boleh memanjang dua kali ganda dari beras biasa. Sebab tu cepat kenyang dan lebih cepat masak. Ke? Lepas ni nak cuba beras herba ponni pulak. Kotlah tak melekat kat periuk dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan.

Mohon bantuan kalian..Terima Kasih :)

15 comments:

  1. ohoii, x penah guner lagi..gune beras biase jeee..... alamatnye...nk kne try yg sihat punye nii..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. cpt kenyang tuuuuu, bagossss ! hehee

    ReplyDelete
  3. Akak biasanya bulan2 selang seli beras herba ponni dgn basmathi Faiza...herba ponni rasa lebih rare ..sesuai utk yg on diet..x sesuai utk kanak2 sbb kandungan karbohidrat yg rendah :)

    ReplyDelete
  4. mcm dalam iklan "emmmm panjanggggggg" :)

    ReplyDelete
  5. Letak minyak zaitun sikit.,. Biasa msk nasi arab guna la beras ni.. klu msk biasa kna air btul2 cukup.. x lbih dan tak kurg.., cara sukat guna jari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukatan air dah buat pelbagai sukatan dah kak..still macam tu jugak. sukat guna jari macam biasa pun dah..kecewa =__='..apepun thanks ye kak, lepas ni boleh try letak minyak zaitun..harap okaylah tak melekat.

      Delete
  6. tak pernah lagi guna beras ni. mahal. >< hehe

    ReplyDelete
  7. Beras ni mahal sikit laa tp klau masak nasi minyak ke ok tak melekat kat periuk

    ReplyDelete
  8. Setakat ni tak penah guna utk masak nasi putih lagi

    ReplyDelete
  9. beras basmathi cik nor selalu buat nasi jagung jer..sedap..:)

    ReplyDelete
  10. o... beras bila melekat di periuk memang rugi kan... nak kena kikis pulak.
    Kalau tak nak bagi melekat, cuba bila nasi masak jangan terus buka tudung periuk. Tunggu dulu sekejap. tapi jangan lama sangat... dah lapar nak makan kan :D

    ReplyDelete
  11. Saya makan beras basmasthi sebagai nasi putih harian kerana khasiatnya yang banyak seperti dinyatakan dalam media dan sudah cuba Pusa 1121 parboiled, pusa sella cream parboiled, bird of paradise royale, jasmine basmathi king dan faiza moghul. Saya dapati semua beras tu melekat di periuk nasi elektrik. Jadi apa saya buat ialah mula2 beras (2 cawan beras)itu dibasuh sebersihnya(4,5 kali bilas) kemudian direndam selama 30 minit dan selalunya sehingga 1 jam lebih. Kemudian tos beras dengan penapis lalu dimasukkan kedalam periuk nasi. Masukkan air pada sukatan 1 cawan beras: 1 cawan air. Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun, 1 camca teh garam dan perahan setengah buah lemon kemudian dikacau rata. Pasang suis periuk bila sudah masak gunakan sudip gemburkan nasi perlahan2. Nasi yang melekat di dasar periuk bila digemburkan akan terlerai kerana minyak zaitun melincirkannya dan perahan lemon akan memutihkan lagi nasi itu. Diantara semua jenama yang dicuba, Pusa 1121 parboiled dan Faiza Moghul memang sedap. Saudari kena banyak membaca tentang cara memasak beras basmathi (plain rice) dari internet yang dalam bahasa inggeris, bukan dalam bahasa melayu yang sangat terhad perbincangannya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.