Image Slider

Ranking Alexa Azhafizah.com November 2016

Wednesday, November 30, 2016


Masih mood musim sejuk di pagi hari. Lena tidur sejuk-sejuk ni, silap hari bulan dah boleh mimpi acah-acah dok negara sejuk. Kejap je November bakal berlalu, pejam celik pejam pelik (ayat cliche) esok dah masuk bulan Disember. Lepas tu masuk tahun baru. Sebelum November berakhir, rutin hujung bulan update sikit Ranking Alexa Azhafizah.com November 2016 ni sebagai penutup. Nak cashout nuffnang dah berbulan tak nampak penambahan sangat tu. Memang ada potensi bakal di gantikan dengan yang baru. Kalau takde pengganti yang terbaik, harap ada perubahan akan datang. Dapat juga tambah duit tabung nanti kan.

Untuk ranking bulan ni angka dah mengecil dah dari bulan lepas cuma tanda masih merah turun 66, 559. Fuhh berpeluh lah nak kejar naikkan ranking tu menjadi warna hijau. Ye, tahu! Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan kan. Kalau gagal jugak, maksudnya kena usaha lebih. Baiklah, kena usaha kena rajin. Tapi itulah, sekarang ni agak susah nak cari idea. Mungkin blog suruh rehat kejap kot. Ada masa otak perlukan rehat juga. Betul tak?

Statistik Ranking Alexa www.azhafizah.com 2016

January 2016
Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

Global Rank : 432, 991
Rank in Malaysia : 6, 230

Global Rank : 468, 731
Rank in Malaysia : 4, 594

Global Rank : 524, 947
Rank in Malaysia : 4, 485

Global Rank : 432, 309
Rank in Malaysia : 3, 297

Global Rank : 453, 040
Rank in Malaysia : 4, 919

Global Rank : 474, 433
Rank in Malaysia : 4, 617

Global Rank : 525, 454
Rank in Malaysia : 5, 913

Global Rank : 512, 989
Rank in Malaysia : 5, 039

Check rank Blog >>www.alexa.com

Nescafe White Coffee Rasa Pandan

Tuesday, November 29, 2016
Selamat pagi! Huarghhh..Rasa tak nak bangun pagi ni masih mengantok di pagi hari yang mendung setelah hujan lebat yang lama malam tadi. Mandi subuh pagi tadi air sejuk semacam je. Ketap gigi mengigil tahan sejuk air paip. Nasib ada water heater menyelamatkan keadaan. Kalau tak, setiap pagi nak kena berdrama berperang dalam bilik air dengan air sejuk.

Pagi yang sejuk ni memang syok sangat bila dapat air kopi panas yang umphhh. Betul-betul boleh buat rasa tenang jiwa dan raga menahan sejuk. Rezeki dapat merasa nescafe white coffee rasa pandan ni dari Parcel Of Joy Lazada yang Fiza dapat minggu lepas. Memang seronok dapat 1 canister nescafe white coffee ni yang mengandungi 8 sachets.

Apa yang buatkan Fiza tak sabar nak rasa ialah rasa pandan ni yang Fiza tahu memang sedap! Sebabnya sebelum ni pernah minum teh tarik pandan kat kenduri majlis akikah rumah kawan husband. Memang sedap! Jadi Fiza assume sedap  untuk nescafe white coffee. Tak berapa nak pelik sebab pernah minum teh tarik pandan sebelum ni cuma rasa pandan ni sangat unik di campurkan dalam minuman.


Lepas masukkan nescafe white coffee rasa pandan ni dalam cawan dan curahkan air panas, semerbak bau aroma wangi kopi beserta wangi pandan bergabung. Bagi Fiza rasanya sedap, kopi yang tak pekat kaw tu. Boleh di kategorikan sebagai light coffee yang sangat sesuai dengan rasa pandan ni. Just nice orang kata. Siapa suka kopi yang ringan tu boleh cuba. Limited edition rasa pandan ni tau. Dapatkan sebelum kecewa bila takde kat pasaran.


Agak-agak kalau buat kopi biasa, campur sikit pati daun pandan rasa dia camna pulak ye. Hehehe..jangan buat rajin nak buat eksperimen. Tak terminum pulak nanti. Tapi kalau nak cuba, silakan tanggung kalau tekak tak boleh nak terima. 


Jom sambung tidur! Eh, banyak kerja menanti kot.

Cara Jimat Guna Sabun

Monday, November 28, 2016

Baru-baru banyak kali pulak ternampak video cara jimat guna sabun dengan menggunakan bekas yang diperbuat daripada span. Walaupun sekarang ni penggunaan sabun mandi jenis batang semakin kurang tapi sangat berguna untuk mereka yang masih menggunakannya.

Yang penting cara ni bukan setakat untuk berjimat cermat tapi lebih pratikal dan mudah untuk bersihkan serpihan sabun yang melekat pada bekas span. Boleh DIY je soap dish sponge ni. Cara nak buat pun mudah je.

Peralatan yang diperlukan

Span Besar
Pisau
Gunting
Sabun
Pen

Cara-Cara

1. Potong dua span besar dan bentukkan setiap penjuru dengan bentuk bulat untuk lagi menarik.
2. Lukiskan bentuk sabun di tengah span dengan  menggunakan pen
3. Potong dan buangkan span mengikut garisan bentuk sabun yang di lukis sedalam separuh daripada span.
4. Kemudian dah ada bentuk tu letakkan je sabun. Mudah je kan.

Dengan adanya bekas sabun span ni mengelakkan sabun cepat kembang sebab span bersifat mudah menyerap air lebihan pada sabun. Sabun lebihan yang melekat kat span tu boleh digunakan untuk mencuci semula bekas ni hanya perlu gosok dan perahkan je. Simple as that. Nak lagi jelas cara pembuatan bekas span ni boleh tengok video ni.

kredit : buzzfeed

Apa yang Menarik Dalam Parcel Of Joy Lazada Sempena Online Revolution


Parcel Of Joy dari Lazada Malaysia yang di tunggu-tunggu dah sampai hari jumaat lepas. Baru nak kecewa ingatkan tak de rezeki dapat Parcel Of Joy ni. Rupanya dapat untuk second batch. Alhamdulillah...ada rezeki. Tak jadi nak kecewa bila dapat Sekotak kegembiraan ni sempena Online Revolution.

Inilah kotak kegembiraan yang dimaksudkan. Apa yang menarik dalam Parcel Of Joy ni? Yes, Find Joy in every parcel. Siapa yang tak seronok kalau dapat parcel yang ada macam-macam dalamnya. 

Kalau yang dah tahu, 11.11.16 yang lepas Lazada dah bermula dengan sale. Sejak 11.11 tu memang ramai yang dah shopping sakan. Fiza pun tak ketinggalan beli apa yang perlu. Memang berbaloi sangat beli masa tengah sale sempena Online Revolution ni. Kalau yang belum tahu tentang Online Revolution ni, boleh baca sikit bawah ni.
Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

Nak tahu apa yang Fiza dapat dalam Parcel Of Joy ni dan apa yang menariknya? Jom kita tengok satu persatu.

1. Sticker Cermin Kereta- Lazada Malaysia

Sticker cermin kereta edisi terhad sempena Online Revolution. 

2. Voucher-Lazada Malaysia

Untung juga dapat voucher dari Lazada ni sebab boleh jimat sikit untuk shopping online akan datang. Sikit ke banyak ke yang penting ada penjimatan di situ.

3. Bag Sukan edisi terhad "Ola Bola"- Milo

Yeay! Seronok dapat bag sukan ni tau sebab boleh jadi merangkap beg balik kampung juga ni. Saiz pun cukup besar. Dapat pulak tu edisi Ola Bola untuk orang yang suka bola. Memang tepat pada masanya dapat beg ni. Korang boleh dapatkan beg ni secara percuma kalau korang beli barangan jenama milo yang terpilih di Lazada Malaysia. Tengok pada barangan yang ada tanda +FREE bag tu.

4. Beg Kecil dan Pen- Lactokid

Selain beg sukan edisi terhad Ola Bola yang besar tu dapat juga beg kecil edisi terhad Lactokid. Dapat juga 2 batang pen yang comel. Beg kecil tu boleh buat simpan barang make up untuk travel dan pen tu dah tentu untuk kegunaan menulis. Jangan ingat duduk rumah saja tak perlukan pen. Nak beli barang, nak tulis planner, nak tulis diari dan macam-macam nak di tulis lagi. Nak cerita sikit, untuk parents yang nak beli barangan Lactokid tu cepat-cepat beli sementara tengah musim Online Revolution ni sebab harga tengah murah. Bolehlah buat stok lebih sikit dan jimat belanja sikit.

5. Baby Wipes-Mamy Poko

Walaupun belum ada anak kecil tapi baby wipes sangat-sangat berguna untuk Fiza sebabnya senang nak bawak travel untuk tanggalkan make up. Selain tu boleh letak dalam kereta. Kalau makan something dalam kereta nak cuci tangan guna baby wipes je. Memudahkan kerja. Kalau ada anak kecil, memang sangat memudahkan kerja nak mencuci kalau baby buang air tu. Wajib ada benda ni.

6. Krim & Gel Rambut Dual Styler-L'oreal

Krim dan gel di satukan dalam satu produk yang memberikan kesan lembut pada rambut dan stail untuk rambut jenis kerinting. Tapi Fiza jenis rambut lurus. Mungkin boleh juga dapatkan rambut yang lembut kan. Kena cuba nanti ni. Untuk mereka yang berambut kerinting dalam masa yang sama nak lembutkan dan stailkan rambut dengan pelbagai gaya dalam tempoh yang lama, boleh try Dual Sylers L'oreal ni.

7. Cerelac -Nestle

Okay, barang untuk baby lagi. Takpe, kalau makanan untuk baby orang dewasa boleh je makan. Lainlah kalau makanan dewasa, baby tak boleh makan sembarangan. Dapat juga merasa makanan untuk baby ni kan. Cereal perisa pisang dan strawberi. Selain perisa ni, ada lagi perisa lain juga dan pelbagai jenis Cerelac.

8.Oat Mee-Maggi

Fiza pernah update sebelum ni tentang Oat Mee ni. Dapat pula extra 1 paket Oat Mee. Sesekali kalau teringin makan mee goreng oat mee kari bolehlah masak yang dapat ni sementara nak beli stok baru. Kalau korang nak cuba tapi malas nak pergi kedai, sempena Online Revolution ni korang boleh beli 2 bundles oat mee dengan penghantaran PERCUMA

9. Royale White Tom Yam- Maggi

Sejujurnya tak pernah lansung makan Maggi Royale ni. Biasa makan maggi kari tu je la sebab boleh divariasikan cara masakan tu. Tapi bila dapat sepeket maggi royale perisa white tom yam ni rezeki Fiza lah dapat rasa. Lagi-lagi memang suka dengan tom yam. Untuk Maggi royale ni pun ada penghantaran percuma untuk pembelian 2 bundles.

10. Full Cream Milk- Nestle

Ada makanan mesti kena ada minuman. Suka betul bila dapat sekotak susu ni sebab Fiza memang suka minum susu setiap hari. Korang boleh dapatkan random Nestle merchandise dengan syarat pembelian lebih RM50. 

11. White Coffee Rasa Pandan- Nescafe

Seronok bukan kepalang bila ternampak tin nescafe ni. Haruslah seronok sebab Fiza ni penggemar kopi. Dapat pulak tu white coffee perisa pandan yang terbaru. Tak sabar nak cuba rasa. Mesti sedap dan fresh sebab pernah rasa teh pandan yang sedap. Semestinya semerbak bau aroma pandan yang wangi tu.

12. Cloud Camera, 300Mbps Wi-Fi- TP-Link

Untung sangat dapat Cloud Camera, 300Mbps Wi-Fi sebab digunakan sebagai CCTV (Closed- Circuit Televisyen). Kalau takde kat rumah pun kita boleh monitor dari jauh apa yang berlaku di rumah dengan syarat Wi-Fi perlu sentiasa ON untuk cloud camera ni berfungsi. Selain boleh monitor persekitaran, boleh di gunakan sebagai camera. Boleh ambil gambar dan boleh rakam video juga. Paling best boleh expand Wi-Fi network. Okay, nanti Fiza buat full review untuk Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi- TP-Link ni ye.


Klik Sini untuk baca Full review Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi- TP-Link


Kesemuanya ada 12 barang yang Fiza dapat dalam Parcel Of Joy ni di mana 10 barang dalam Box Of Joy dan 2 barang tak termasuk dalam kotak. Itulah yang menariknya Parcel Of Joy dari Lazada ni. Memang menggembirakan hati bila dapat hadiah yang bermacam-macam ni.



Terima kasih Lazada  kirimkan Parcel Of Joy ni. Korang jangan ketinggalan berseronok dapat Parcel dari Lazada. Pakat Shopping lah kita sempena Online Revolution ni. Jom Shopping!

Online Revolution-Lazada Malaysia

Bilik Tidur Warna Navy Blue

Thursday, November 24, 2016

Okay, mood bahagia pagi-pagi kalau dah siap kerja rumah. Lagi-lagi siap kemas sepenuhnya. Memang senang hati nak rehat lebih-lebih. Lepas siap mengecat bilik tidur cat warna navy blue hari tu tak sempat la Fiza nak kemas terus. Ambil masa nak masukkan dan susun atur perabot semula dalam bilik.

Phew~ Boleh tahan sakit pinggang dok mengemas ni. Bila dah siap susun semua memang puas hati sangat. Susunan biasa-biasa je lebih mementingkan ruang yang luas untuk solat berjemaah sekali. Jadi, tak kisah susunan tu betul ke tidak. Janji kemas, bersih dan sedap mata memandang. Kombinasi warna navy blue, putih dan perabot black brown. 


So far langsir tu dah padan dah sebab warna bunga dia navy blue tapi pillow case dan quilt cover kena hunting yang baru yang ada warna biru jugaklah nanti. Kena selak-selak buku bajet dulu. Pakai apa yang ada dulu lah ye. 


Updated on 25 December 2016
Dah tukar quilt cover yang baru. Corak warna putih dan navy blue.


Barulah  mengikut tema navy blue katanya!


Untuk bilik tetamu pulak masih mengekalkan warna biru. Buat kombinasi warna Neptune's Castle, Lighthouse view dan warna putih. Dua warna selain putih tu Fiza guna dari lebihan cat warna ruang tamu. Ada balance lebih, jadi cat je mana yang boleh. Jimat sikit kan. Lepas tu padankan je dengan warna putih. Warna putih pun murah sikit cuma warna putih tak guna yang silk. Guna jenis matte biasa je. Itupun jenuh nak kena cat 3 layer tu.



Okay baru siap dua bilik tidur. 1 lagi bilik tidur, bilik ampaian dan loteng, ruang makan, dapur, bilik air dan cat luar itu kemudian. Cat dulu mana yang cat dinding dah sampai masa kena cat baru. Bila tengok semua dah cantik, hilang rasa penat tu.


Rumah Kecil Tapi Dekorasi Macam Rumah Mewah

Wednesday, November 23, 2016

Morning! Mendung pagi ni rasa nak sambung tidur je kan tapi tak boleh sebab kalau sambung tidur satu kerja pun tak siap nanti. Pagi-pagi ni terpandang pulak gambar dekorasi rumah kecil yang dekorasi nya macam rumah mewah gitu. Rumah takdelah rumah kecil sangat. Rumah teres dua tingkat kira besar juga tu kan.

Tersuka dengan dekorasi minimalist dalam rumah ni yang dikongsikan di facebook oleh Oh! Media. Sekali tuan punya rumah ni renovate rumah dia terus jadi wow sangat! Yang tengok ni pun terus nak cakap wow sekali. Kalau tengok dari luaran rumah, boleh assume yang tuan rumah ni memang jenis berbajet lebih.


Walaupun rumah teres dua tingkat ni tak mempunyai laman yang luas tapi Fiza berkenan betul kalau rumah ada landskap kolam ikan yang comel ni. Teringin nak ada satu! Tunggu bajet lebih dan ada rumah besar sikit haruslah ada nanti. Husband pun suka dengan koi tu ha.

Perabot dan keseleuruhan dalam rumah menggunakan design yang sangat style dan nampak mewah. Lantai, pintu, design ruang tamu..Semua cantik! 


Suka juga jenis tangga macam ni.  Lampu sangat memainkan peranan yang penting.


Terjatuh cinta dengan design bilikt tidur ni. Simple tapi menarik sangat.

Dilengkapi dengan TV. Ni yang nak memerap dalam bilik je kan.

Dekorasi bilik air yang cantik. Lagi sekali teringin nak ada bilik air yang luas macam ni. Ada bilik air kering dan basah di asingkan.


Teringin juga nak ada tab mandi. Sesekali kalau musim panas, berendam je dalam air nak sejukkan badan.  

Toilet dia Kemain mewah luasnnya.

Bilik tidur kedua pula design minimal juga. Cantik style katil macam ni kan.


Bilik air yang putih bersih. Style pintu pun unik.

Jatuh cinta sekali lagi dengan dapur dia yang simple ni. Siap ada tempat untuk tanam apa yang patut. Ni kalau tanam segala serai, cili api, sawi dan macam-macam lagi senang nak masak main petik je. Segar dari ladang kaedahnya.


Menarik dapur ada island kitchen. 

Ruang makan yang sangat-sangat menarik. Nak makan pun rasa best


Beruntung tuan rumah yang memiliki dekorasi rumah kecil seperti rumah mewah ni kan. Nak keluar rumah pun rasa bersalah nak tinggalkan segala pemandangan rumah yang cantik macam ni. Kalau korang ada bajet lebih yang nak pindah rumah baru tu boleh jadikan rumah ni sebagai sumber inspirasi untuk mendeko nanti. 

Perisa Baru Sweet Potato Dari Mister Potato Crips

Tuesday, November 22, 2016

Selamat tengahari semua! Nak masuk waktu lunch break ni mesti tengah fikir nak makan apa lunch nanti kan? Yang kat rumah tengah dok fikir nak masak apa. Yang bawak bekal tu tunggu masa nak ngap je. Sabar sabar. Selamat menikmati juadah lunch masing-masing ye.

Petang-petang sikit sesambil buat kerja yang boleh berkudap-kudapan tu mesti syok kan. Korang mesti dah tahu Mister Potato Crips dah keluarkan perisa baru iaitu Sweet Potato. Tengok orang lain dah dok cuba sampai ada yang kata biadap sedap! Kemain sedap nau nau agaknya kan.


Bentuk dan rupa masih masih mister potato crips yang lain cuma yang istimewanya pada rasa dia yang sangat-sangat sedap! Rasanya seperti kerepek keladi atau keledek gitu. Rasa lemak-lemak manis ubi keledek/keladi dan kurang kemasinan. Itu yang best tu. 



Hari ni beli, esoknya Fiza beli lagi. Sekali hadap dah habis. Tak sempat nak simpan pun. Silap-silap nak berkudapan masa kerja pun boleh jadi kerja tak siap sebab asyik menyuap ke mulut je. Hehe.. Silalah cuba rasa. Setakat ni ada kat 7 Eleven je. Tempat lain tak tahu ade ke tak.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature