Bilik Tidur Warna Navy Blue


Okay, mood bahagia pagi-pagi kalau dah siap kerja rumah. Lagi-lagi siap kemas sepenuhnya. Memang senang hati nak rehat lebih-lebih. Lepas siap mengecat bilik tidur cat warna navy blue hari tu tak sempat la Fiza nak kemas terus. Ambil masa nak masukkan dan susun atur perabot semula dalam bilik.

Phew~ Boleh tahan sakit pinggang dok mengemas ni. Bila dah siap susun semua memang puas hati sangat. Susunan biasa-biasa je lebih mementingkan ruang yang luas untuk solat berjemaah sekali. Jadi, tak kisah susunan tu betul ke tidak. Janji kemas, bersih dan sedap mata memandang. Kombinasi warna navy blue, putih dan perabot black brown. 


So far langsir tu dah padan dah sebab warna bunga dia navy blue tapi pillow case dan quilt cover kena hunting yang baru yang ada warna biru jugaklah nanti. Kena selak-selak buku bajet dulu. Pakai apa yang ada dulu lah ye. 


Updated on 25 December 2016
Dah tukar quilt cover yang baru. Corak warna putih dan navy blue.


Barulah  mengikut tema navy blue katanya!


Untuk bilik tetamu pulak masih mengekalkan warna biru. Buat kombinasi warna Neptune's Castle, Lighthouse view dan warna putih. Dua warna selain putih tu Fiza guna dari lebihan cat warna ruang tamu. Ada balance lebih, jadi cat je mana yang boleh. Jimat sikit kan. Lepas tu padankan je dengan warna putih. Warna putih pun murah sikit cuma warna putih tak guna yang silk. Guna jenis matte biasa je. Itupun jenuh nak kena cat 3 layer tu.



Okay baru siap dua bilik tidur. 1 lagi bilik tidur, bilik ampaian dan loteng, ruang makan, dapur, bilik air dan cat luar itu kemudian. Cat dulu mana yang cat dinding dah sampai masa kena cat baru. Bila tengok semua dah cantik, hilang rasa penat tu.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.