Tambah Koleksi Lipstick NYX SMLC

Friday, October 23, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Perempuan memang rambang mata kalau nak pilih lipstick! Betul tak? Tak tahu nak pilih mana yang sesuai. Tapi sekarang tak kisah dah. Pilih je ikut suka warna apa yang kita nak. Kan?? Sesuai ke tidak tu jatuh nombor dua.

Fiza memang suka sangat dengan lipstick NYX Soft Matte Lip Cream (SMLC). sebelum ni dah ada Monte Carlo dan Sao Paulo. Suka jenis matte sebab tak melekit dan memberi effect ringan kat bibir. Macam bukan pakai lipstick. Sebab tu tak cari lain dah. Kemain memuji kan! Dah benda betul kot kan. Siapa dah pernah try je dah tahu ke'best'an dia.

Dulu beli harga boleh tahan murah juga tapi sekarang nak beli harga dah naik dan stok banyak habis. Jenuh juga nak mencari dan yang penting nak beli yang original. Nak pergi Sephora jauh. So beli online je la. Finally dapat jugak warna yang Fiza nak dan harga pun okay lagilah. Siap dapat free gift lip liner lagi. Yang penting original ye. Nanti Fiza review satu satu okay.

http://www.azhafizah.com/

Kalau korang nak beli boleh singgah 
Instagram : @nyxcosmeticoriginal
With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.