Malaika Oil Merawat Kulit Muka Berjerawat, Berjeragat, Berminyak dan Berparut Dengan Berkesan

Wednesday, October 07, 2015

Cara hilangkan jerawat, jeragat, parut dan kecilkan liang roma dengan menggunakan Produk rawatan minyak Muka Malaika Oil.


Memiliki kulit muka yang sensitif seperti berjerawat, berjeragat, berminyak, berparut dan sebagainya agak memberi tekanan dan kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain. Untuk jalan yang singkat, kita boleh bermake up dengan menutup segala cela kulit tu akan tetapi ianya hanya waktu yang singkat.

http://www.azhafizah.com/

Dah tentu kita nak kulit kita sentiasa sihat dan cantik walaupun kulit jenis sensitif. Sekurang kurangnya kulit masih boleh dirawat dan terjaga dari makin teruk. Untuk tu, Fiza nak recommend untuk buat rawatan kulit muka dengan Malaika Oil yang membantu merawat kulit muka untuk kesan jangka masa panjang dan selamat untuk kulit. Lepas ni tak perlu pakai make up tebal² untuk cover cela kat muka tu dah.

Malaika Oil adalah pakar produk rawatan minyak muka semulajadi dimana ianya mampu membersihkan kulit muka secara mendalam dan sekaligus mampu menghilangkan jerawat dan jeragat degil. 

http://www.azhafizah.com/

Mungkin ada yang kurang percaya disebabkan ianya adalah minyak. Mula² agak was was juga nak gunakan Malaika Oil ni sebab muka Fiza memang jenis berminyak akan tetapi hasilnya memang  mengagumkan.

Selain merawat kulit muka, Malaika Oil ni boleh dijadikan make up remover ye. Mampu menanggalkan minyak kotor dan segala bahan kimia yang ada pada bahan make up tu.

Dan lagi boleh jugah dijadikan sebagai serum untuk menghilangkan parut jerawat dan jeragat dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah.
http://www.azhafizah.com/
Kira produk jimat ni boleh merawat masalah kulit dan boleh buat make up remover. Jimat dah beli make up remover. Ini salah satu sebabnya kenapa Malaika Oil adalah satu produk rawatan minyak muka yang unik kerana bahan² yang terkandung dalam Malaika Oil juga unik.

Bahan bahan :
Extra Virgin Olive Oil, Lemon Oil, Castor Oil, Temu lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan

malaika-oil-merawat-kulit-muka

Kelebihan Malaika Oil.

  • Menghilangkan Jerawat dengan Membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengecilkan liang pori di samping membunuh bakteria punca jerawat.
  • Menghapuskan Jeragat dengan meresap jauh ke dalam liang kulit dan mampu membuang bintik hitam dan putih dengan sangat berkesan.
  • Memudarkan Parut dengan membuang tisu mati di wajah dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang baru. Hasilnya parut menjadi semakin pudar.

Cara Penggunaan Malaika Oil. Di pakai dua kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
1. Goncang botol, titis di tangan dan sapu keseluruh muka, urut seluruh muka selama 1 minit kemudian bilas dengan pencuci muka kemudian lap. Nak lagi mudah boleh gunakan tisu basah selepas urutan Malaika Oil seluruh muka.

2. Sebelum tidur, sapukan malaika oil pada jerawat, jeragat, parut kemudian biarkan semalaman dan cuci muka menggunakan pencuci muka apabila bangun keesokan pagi.

Mudah je kan? Malaika Oil ni sangat sesuai untuk kesemua jenis kulit. So bagi mereka yang kulit berminyak macam Fiza jangan risau lah sebab ianya tidak meninggalkan kesan berminyak pun sebab Malaika Oil mampu membersih muka secara mendalam dan mampu menanggalkan minyak kotor dari muka terutamanya dari bahan make up dan bahan kimia.

Kiranya minyak semulajadi Malaika Oil akan menggantikan minyak kotor itu. Haa jelas tak penjelasan tu. So boleh guna dengan yakin dan tampil yakin dengan hasilnya.


Bila berpeluang menggunakan Malaika Oil ni memang best. Apa yang buat Fiza jatuh cinta adalah dengan bau dia yang wangi. Bau lemon! Ingatkan ade bahan lemon ni akan memedihkan kulit. Kotlah ada jerawat tu kan. Tapi tidak sama sekali. Tak rasa pedih pun tapi rasa macam nak buat air lemon pulak..Kes tak tahan bau aroma lemon yang kuat tu. Best betul bila sapu kat muka.
malaika-oil-merawat-kulit-muka
Warna Malaika Oil berbau lemon yang wangi
Dah sapu kesuluruhan muka tu memang berminyak tapi bila dah cuci memang terasa kesannya pada kulit muka. Kulit lebih lembut dan lembap. Bila dah sapu semula Malaika Oil pada tempat kulit bermasalah tu pun tak rasa berminyak sebab minyak dah diserap ke dalam kulit.

Guna untuk make up remover pun terbaik ni, muka lebih bersih sebab minyak kotor semua tanggal habis. Suka sangat guna Malaika Oil ni.

Lagi lagi bila ada didatangkan dengan dropper sangat memudahkan untuk menggunakan Malaika Oil. So Fiza recommend sesiapa ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, berminyak, berparut dan sebagainya cuba gunakan malaika Oil. InshaAllah puas hati dengan hasilnya. Tak percaya? Cubalah sendiri
malaika-oil-merawat-kulit-muka
Malaika Oil meresap ke dalam kulit dengan cepat ketika disapu rata
Ini hasil dari Fiza. Jerawat seketul jadi kecut terus. Hasilnya memang boleh dipercayai dan diyakini. Sebotol 50ml yang mampu tahan berbulan² dan harga mampu milik RM49 (S/M) dan RM59(S/S). Memang jimat kan untuk dipakai berbulan² tu.
malaika-oil-merawat-kulit-muka

Bila dah pakai berbulan²  gerenti hasilnya lebih bagus kalau dipakai secara konsisten. Setiap hasilnya bergantung pada masalah kulit masing² ye. Jangan pulak expect hari ni letak esok kulit terus licin. Kena rajin guna setiap hari. Jangan skip!

Selama seminggu Fiza pakai Malaika Oil ni banyak beri kesan kulit tambah lembut, lembap, kurang berminyak dan kurang jerawat nak tumbuh. Cuma kena ambil masa lagi untuk pudarkan kesan² jerawat tu dan mengecilkan pori². Ini baru seminggu pakai kan. 

Produk Malaika Oil selamat digunakan dan halal.

malaika-oil-merawat-kulit-muka

Note
  • Jangan campurkan malaika dgn apa² foundation atau bedak yg mengandungi bahan kimia yg tinggi.
  • Bagi pengguna pertama kali, anda disarankan menggunakan malaika oil 1x sehari dahulu iaitu pada waktu malam sahaja sebelum tidur.
  • Lemon oil sangat sensitif dengan cahaya matahari. Pastikan anda menyimpan malaika oil di tempat yang dingin dan jauh dari haba atau cahaya matahari.
Website 
www.malaikaoil.com

Facebook
facebook.com/malaikaoil

Instagram
@malaikaoilofficial

Antara Testimoni Pengguna



Terima Kasih Malaika Oil merawat Kulit Muka Saya ^__^

8 comments

  1. Memang best guna oil ni... kulit ena makin sembuh... suka suka suka

    ReplyDelete
  2. belum pernah guna lagi produk nie. nampak macam hebat.

    ReplyDelete
  3. Ha ah, dh popular lah malaika ni, mksudnye memg betul berguna la.....berkesan ...

    nama sedap, mcm nama anak mawi....
    and.... kaler tu pun cute jer

    ReplyDelete
  4. Kulit cepat berminyak tak klu pki serum ni sbgi pelembap muka? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia lebih kepada untuk mencuci muka dgn lebih berkesan dan juga merawat kulit..melembap tu rasanya macam kurang sesuai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.